Sunday, 16 September 2012

Info Produk : B Complex Shaklee

Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.
Vitamin B Complex Shaklee

Apakah yang dimaksudkan dengan Vitamin B-Complex? 

Merupakan vitamin yang larut di dalam air yang penting dalam sistem metabolisme. Tubuh badan kita memerlukan vitamin B-complex supaya tubuh menjadi sihat dan kuat. 

Disebabkan semua vitamin B adalah larut air dan tersebar di seluruh tubuh, jadi kebanyakan vitamin B mesti diisi semula dengan kerap, kerana apa-apa lebihan dikumuhkan dalam air kencing dan ini boleh menyebabkan air kencing yang dihasilkan menjadi warna hijau kuning yang cerah. 

Bagaimana Mengenali B-Complex yang Lengkap dan Seimbang?

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

8 Jenis Vitamin B Yang Terkandung Dalam B Complex Shaklee

B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.

Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.* 

Berikut adalah fakta kandungan nutrisi bagi setiap 8 jenis vitamin B di dalam B Complex Shaklee. Klik gambar untuk imej yang lebih jelas.

Fakta Nutrisi Kandungan B Complex Shaklee

Apakah Fungsi Vitamin B Complex Shaklee?


Antara fungsi-fungsinya ialah:-
"B" is for beauty. Jadi vitamin B adalah antara elemen penting untuk kecantikan (inner beauty..heheh)
  • Bertindak sebagai pembekal tenaga - membantu pengeluaran tenaga
  • Membantu meningkatkan kadar metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
  • Bertindak sebagai penenang (anti stress)
  • Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan saraf tunjang dan otak.
  • B6, B9, dan B12 membantu mengurangkan paras homosisteina dalam darah
  • B12 membantu menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak (komplikasi kecil atau biasa bagi pesakit kencing manis)
Punca Kemusnahan B Complex Shaklee.
  • B Complex adalah vitamin yang larut dalam air, jadi ianya sentiasa perlu diganti.
  • B Complex juga boleh musnah oleh cahaya matahari, haba, dan suhu. Contohnya ialah sayur yang dimasak terlalu lama dengan suhu yang tinggi.
  • Pengambilan gula yang banyak juga boleh memusnahkan vitamin B Complex
  • Alkohol dan stress juga menyumbang kepada kemusnahan B Complex
  • Pil-pil seperti antibiotik, pil penenang, ubat tidur juga boleh memusnahkan B Complex.
Kesan Kekurangan B Complex Shaklee

Sekiranya badan kita kekurangan B Complex, kita akan mengalami simptom-simptom berikut:-
  • Rasa letih, lesu, hilang selera makan dan lemah badan
  • Mengalami gangguan tidur dan sentiasa gelisah
  • Sakit pada bahagian abdomen
  • Sembelit
  • Mengalami gangguan mental dan emosi
  • Mengalami penyakit matabolic disorder (beri-beri) - gejala; bengkak buku lali kaki, kebas tangan dan kaki 
Siapakah Yang Perlukan B Complex Shaklee?

Siapa yang perlukan?? Sebenarnya, semua orang tanpa sebab yang kukuh pun perlukan B Complex dalam diet harian kita demi kesihatan tubuh badan kan?? 

Apatah lagi bagi mereka yang mengalami kesihatan yang kurang baik.

Berikut adalah antara yang memerlukan Vitamin B Complex yang lengkap:-
  1. Individu yang selalu terdedah kepada cahaya matahari
  2. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi & migraine
  3. Wanita yang mengandung dan yang mengambil pil perancang
  4. Individu yang terdedah kepada tekanan dan bebanan kerja yang teruk
  5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a comment

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.