Monday, 12 October 2020

Apakah Yang Dimaksudkan Healing Crisis Ataupun Krisis Penyembuhan

Ramai yang memberikan respond yang positif kepada Sisyat tentang kebaikan dan kesan terhadap diri mereka selepas mengambil produk Shaklee. 

Tetapi, tak kurang juga yang mengadu tentang ada 'kesan sampingan' berlaku kepada diri meraka selepas mengambil produk Shaklee.

Tak dinafikan, ada yang akan merasai lebih baik selepas megambil apa-apa suplemen, tetapi ada juga yang mengalami sebaliknya. Sebenarnya proses ini yang disebutkan sebagai Healing Crisis ataupun Proses Penyembuhan. Proses ini bergantung pada tubuh individu berkenaan.

Apakah Yang Dimaksudkan Healing Crisis Ataupun Proses Penyembuhan


Ia berlaku apabila badan mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita.  Proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula.

Proses ini membuatkan seseorang itu berasa 'tak sedap badan' dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk.

Ini merupakan tindakbalas apabila badan mengeluarkan toksin yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun

Adakah anda berasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee? Jom berkongsi tentang soal jawab berkaitan "healing crisis" ni.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 
  • Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. 
  • Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. 
  • Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan. 

Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan atau suplemen? 
  • Menurut Professor Yoshio Niwa seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. 
  • Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. 
  • Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru. 

Q: Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 
  • Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau suplemen yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. 
  • Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku. 

Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 
  • Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. 
  • Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya. 

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini? 
  • Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya. 

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa? 
  • Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (conto : tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) 
  • Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti: 
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari 
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan 
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya 
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat 
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh 
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan 
  7. Mengalami masalah emosi 

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan 



Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

kredit:
http://supermomndaddy.blogspot.com/2012/05/anda-rasa-sakit-sakit-lepas-ambil.html

Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
  • Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAlah. 

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012

23 comments:

  1. thank you sbb sharing ni, i rasa, i mmg ada masalah crisis ni... sebab tanda2 ada.. but hari ni baru tau... oh ini la nama penyakit dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st timer yang try apa2 produk akan pernah ada pengalaman mcm ni. jangan lupa banyakan berehat dan minum air kosong ye atie ;-)

      Delete
  2. terima kasih diatas perkongsian ini, moga ianya bermanfaat pada yang lain juga. ada juga sedikit ilmu tentang penyembuhan healing crisis

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Bonde. semoga dapat memberi manfaat pada yang lain juga :-)

      Delete
  3. Ohhh baru tahu pasal Healing Crisis ini ingat ia adalah sakit tapi adalah sebahagian daripada pemulihan hurmm go sharing lah banyak belajar kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mahamahu kasi sisyat semangat nk lebih sharing info kat sini:-)

      Delete
  4. Terima kasih di atas sharing info ini. Rupanya itu krisis penyembuhan ye. Bagus info sebegini mesti akan ada yang mengalaminya kan

    ReplyDelete
  5. Satu perkongsian yang baik untuk kesihatan bagi mereka yang kurang memahami krisis pemyembuhan.

    ReplyDelete
  6. Sepanjang LH ambil suplemen atau tukar suplemen baru, tak pernah pula melalu healing crisis ni. Kecuali, buang air makin lancar ada lah

    ReplyDelete
  7. Ada tak kiralah makan ubat apa pun, nak serasikan dengan diri memang akan ada proses macam ni kan, cuma antara teruk dengan tidak jee.. ada orang tak tahan terus stop aje.,.dan biasa tempoh seminggu laa nak kasi stabil..
    Thanks for the more info about this..

    ReplyDelete
  8. Baru tau pasl healing crisi ni.. Nampaknya kene baca lebih banyak psal ni.. Bukan biasa2 ni

    ReplyDelete
  9. Good sharing and ini first time baca about healing crisis.. Interesting and will definitely read more about this..

    ReplyDelete
  10. Bagus sgt info ni. Mmg kadang2 ada yg kte amik sesuatu supplement atau ubat yg kte akan alami proses ni

    ReplyDelete
  11. Bagus perkongsian ni! Sebab kadang-kadang bila ada orang mengalami masalah lebih ambil sesuatu produk, terus fikir produk tu tak berkesan atau membawa mudarat padahal itu antara kesan sampingan sebelum betul2 berkesan kan.

    ReplyDelete
  12. Info yg menarik. Baru tahu ttg Proses penyembuhan. Tq atas perkongsian

    ReplyDelete
  13. Penerangan yang sangat jelas dan mudah untuk difahami. Yang penting kena tenang dan amal gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
  14. Sama la kalau kita guna skincare baru pun kadang2 ada purging process sebelum kulit mula pulih.

    ReplyDelete
  15. Bagus info ni sis yat..terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  16. Tq for sharing memang macam tulah tindak balas bila kita mengambil satu2 produk tentu kita mengalami Healing Crisis kadang2 kita tak faham

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.