Assalamualaikum.. waktu tengahari yang panjang...kesakitan ulser menggangu kosentrasi yat kerja hari ni..bukan sebijik tau..3 biji naiknye..yang paling tak tahan kt lidah laaa..uihhhh, nak bercakap punye laaaa sakit...huhuhu
Tapi tak pe, sebenarnya kesakitan mcm ni adalah salah satu ujian Allah pada kita di bulan yang suci ni kan? Penghapus dosa-dosa kecil. Kesakitan ini laa yang membuatkan kita muhasabah diri..merenung kembali apa yang telah kita buat dalam bulan baik ni...hehhehe
Disebabkan itu laa..selalu muhasabah diri sekiranya menghadapi kesulitan... yat suka baca doa pendek ini disaat di uju dengan 'ulser' ni or demam... :-)
Done citer pasal ulser tu..meh kita kongsi plak macamana nak minum air kosong dengan cukup (3 liter) di bulan puasa ni. Maklum laaa, bila da pekena ais masa berbukak tu, konpem laa kenyang kan??? Rasa mcm puas je..padahal badan x cukup lagi air kosong..dah laa siang hari x boleh minum kan??? So, jom kongsi tips dengan yat... bermanfaat untuk semua..anda dan yat juga...(serik..x mau kena ulser lagi..huhuhu)
- Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam. Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong
- Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong sama ada 500ml atau 1 liter dan minumlah selepas salam di antara setiap solat.
- Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda. Apabila anda terjaga di waktuk, minumlah sedikit.
- Semasa bangun sahur jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti ketika anda bertarawih.
# Sila laaa duduk time nak minum tu. Pendek kata, jangan minum sambil berdiri. Tak elok. Orang tua-tua pun selalu pesan kan?
# Baca Bismillah dan teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula. Jangan diminum terus sehingga habis segelas dulu baru nak bernafas. In sha allah, anda pasti merasa nikmat air kosong tersebut.
**************************************************
Da habis bebelan...heheheh... jom amalkan sama2... baik untuk kesihatan..dan bagus jugak untuk anda yang nak kurus secara semulajadi..heheeh
Love: yat mama dasuki....
0 comments:
Post a comment
Terima kasih atas komen anda :-)