Sempena promosi Advance Joint Health Tablet ni, yat nak tambah pengetahuan berkaitan sakit sendi. Sedang google2 tu, terjumpa artikel berkaitan sakit sendi ni. Jom laa kita share..sharing is caring orang kata...hehehhe
*********************************************************
Hari Artritis Sedunia jatuh pada 12 Oktober ini. Pada hari berkenaan, mereka yang menghidapi penyakit artritis dari seluruh dunia akan bersama untuk menyuarakan sokongan terhadap usaha menentang kesakitan ini.
Arthritis merupakan penyakit degeneratif (penuaan) kronik dan berbeza dari jenis yang sederhana sehingga ke jenis yang tenat dan melemahkan.
Oleh kerana kelazimannya untuk tersebar luas dan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan, penyakit ini menyebabkan sebahagian besar jumlah pengidapnya selalu berjumpa doktor.
Artritis ditakrifkan sebagai radang pada satu atau lebih sendi dan gejalanya termasuklah kemerahan, kebengkakan, keempukan, kekakuan, rasa sakit dan kepanasan di kawasan terbabit.
Terdapat lebih 100 jenis artritis termasuk osteoartritis, artritis reumatoid, ankylosing spondylitis, lupus dan gout.
Artritis yang paling biasa dijumpai ialah osteoartritis (OA), berlaku apabila rawan yang menampan hujung tulang keras pada sendi kita, lama-kelamaan merosot. Perkataan 'Oste' atau 'Osteo' bermakna tulang dalam bahasa Yunani.
Osteoartritis
Osteoartritis (OA), juga dikenali sebagai osteoartroses atau penyakit sendi degeneratif, merupakan jenis artritis yang paling biasa ditemui.Osteoartritis ialah keadaan yang sudah kronik disebabkan oleh kerosakan rawan sendi. Rawan ialah bahagian sendi yang melapisi dan menampan hujung-hujung tulang dan membolehkan kita menggerakkan sendi-sendi dengan senang.
Rawan yang sihat adalah amat kuat serta anjal dan membolehkan sendi bergerak dengan licin tanpa sebarang kesakitan.
Tetapi apabila diserang osteoartritis, rawan itu menjadi rosak dan kemudian beransur lusuh dan haus.
Proses melusuh ini akan berterusan sehingga sedikit sahaja atau tidak ada lagi rawan yang tinggal pada sendi terbabit.
Ini menyebabkan tulang bergeser sesama tulang. Dalam keadaan yang sedemikian, sendi anda mungkin mengeluarkan bunyi berkeriut. Kesakitan dan kekakuan yang dirasai adalah perkara lazim bagi penyakit osteoartritis yang berlanjutan.
Osteoartritis lazimnya membabitkan hanya sendi-sendi tertentu sahaja, seperti bahagian pinggang, tangan, lutut, bahagian bawah belakang dan leher.
Osteoartritis akan berlaku lebih kerap apabila kita semakin berumur. Sebelum umur 45 tahun, osteoartritis akan berlaku lebih kerap pada lelaki. Selepas umur 55 tahun, ia akan berlaku lebih kerap pada wanita.
Fakta rawan
Rawan boleh dibina semula dan tumbuh semula secara semulajadi. Namun demikian, dalam penyakit osteoartritis, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia boleh dibina semula.Ramai orang yang menghidapi osteoartritis tidak menyuburkan rawan mereka. Kita perlu membekalkan nutrien-nutrien perlu kepada badan agar ia dapat membina rawan-rawan yang kuat dan anjal.
Mempunyai rawan yang kuat dan anjal merupakan langkah pertama untuk mewujudkan sendi-sendi yang sihat.
Oleh itu, dengan sokongan nutrisi yang betul, para penghidap osteoartritis dapat membina dan membina semula rawan-rawan mereka yang telah menghaus dan melusuh itu.
0 comments:
Post a comment
Terima kasih atas komen anda :-)