Wednesday, 23 September 2015

Puasa Arafah

Hai semua... Bersiaran dari dalam kereta :)

Alhamdulillah, hari ini dah memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman, Kelantan untuk meraikan Aidil Adha bersama keluarga tersayang.

Hari ini juga, 9 Zulhijah adalah hari kemuncak dalam menunaikan haji iaitu wukuf di Padang Arafah. Ramai yang mengambil kesempatan untuk melaksanakan ibadat puasa Arafah.

Niat puasa Arafah ~ "Sahaja aku berpuasa sunat Arafah lillahitaala.
Terima kasih Allah kerana memberi peringatan awal untuk rebut peluang terbaik ini, berpuasa dan memohon doa pada waktu mustajab ini. Alhamdulillah.

Banyak manfaatnya berpuasa pada hari ini. Berpuasa sehari je setahun sekali, tapi dapat menghapuskan dosa dua tahun. Setahun yang lepas dan setahun akan datang.


Disebabkan atas jalan dalam perjalanan pulang, yat cuma sempat sahur dengan roti dan 1 tin air milo. In 9shaa Allah, tahan kot sampai waktu berbuka petang nanti.

0 comments:

Post a comment

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.