Tuesday, 27 October 2015

EBM Darwish MENCAIR

Lama tak meluahkan rasa kat sini dek kerana kekangan kerja hakiki.

Hari ni sedih sangat. Bangun subuh hari, check deep freezer seperti biasa.

Allahuakhbar..luruh jantung..sedih sangat.

4 drawer deep freezer yang yat simpan susu Darwish, habisss!! EBM manja yat semuanya cair.

Apa yang anda nak buat kalau anda jadi yat??? Terduduk.... Call suami yang bekerja shift malam, mengadu dengan air mata.

Lama yat usaha simpan EBM hanya untuk lengkapkan 2tahun penyusuan Darwish hanya dengan susu ibu. Tapi yat tetap bersemangat. Walaupun hancur luluh tangok setiap 'plastic storage' yang mengandungi 8oz EBM tu semuanya cair.

Dalam pada bersedih, yat berfikir yang yat kena pasrah. "Allah tak akan menguji hambaNYA di luar kemampuan." Dan ujian ini hanyalah sedikit sahaja.

Jadi, yat fikir disebalik EBM ini mencair pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi. Mesti ada janji Allah yang terindah.

Terima kasih Allah di atas sedikit 'jentikan' ini. In Sha Allah, hambaMu ini pasti akan lebih menghargai 'rezeki' yang Engkau berikan ini. Ameen.

**Nota - tak sempat nak snap picture dek kerana terlalu sedih.

0 comments:

Post a comment

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.