Saturday, 16 September 2017

Pengalaman Lecithin Shaklee Membantu Masalah Bengkak Susu

Siapa pernah mengalami masalah bengkak susu? Tak kisah la samada ketika dalam tempoh berpantang ataupun sepanjang penyusuan.

Pengalaman Bengkak Susu

Cekyat sendiri pernah mengalami masalah bengkak susu. Pertama kali menghadapi masalah bengkak susu ialah semasa penyusuan Darwish tiga tahun lepas.

Masa tu baru 3 hari tempoh berpantang cekyat. Bagi sesetengah ibu menyusu, bengkak susu mungkin berlaku disebelah payudara sahaja tapi cekyat mengalami di kedua dua belah payudara. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Pelbagai usaha alternatif cekyat cuba buat untuk mengurangkan bengkak susu tetapi hasilnya tidak membantu. Dan cekyat cuba mendapatkan info daripada kawan kawan berkenaan ubat atau supplement yang boleh membantu masalah bengkak susu.

Dan, hasil perkongsian kawan kawan yang telah mencuba ikhtiar dengan mengambil Lecithin Shaklee untuk membantu mengurangkan masalah bengkak susu tersebut, cekyat pun mencuba juga.

Alhamdulillah, pengambilan 6 - 8 biji yang cekyat ambil pada masa itu sangat sangat melegakan cekyat. Pengalaman mengambil lecithin Shaklee selama 3 hari berturut turut pada masa penyusuan Darwish amat membantu cekyat. Lega sangat.

Begitu juga semasa penyusuan si puteri kali ini. Hari ketiga berpantang, lagi sekali cekyat kena bengkak susu.

Nasib baik ada lecithin shaklee yang cekyat memang amalkan semasa hamil. Terus ambil 6 - 8 biji sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, asbab lecithin Shaklee itu cekyat lega menghadapi bengkak susu.

Bengkak Susu Kerana Duktus Susu Tersumbat

Dalam bahasa inggeris, ada banyak terma untuk duktus susu tersumbat ini. Anda boleh cuba google blocked milk duct, clogged milk duct atau plugged milk duct.

Apajua termanya, fenomena duktus tersumbat (blocked duct) ini ialah satu keadaan di mana terdapat satu kawasan pengaliran susu di dalam payudara yang terhalang. Keadaan tersumbat ini boleh berlaku di permukaan puting, atau boleh juga berlaku jauh ke dalam sistem duktus.

Duktus tersumbat ini berulang secara berkala, dan biasanya efek kepada sebelah payudara sahaja. Tapi ada juga ibu-ibu mengalami bengkak susu di kedua dua payudara.

Bagaimana Lecithin Membantu Masalah Bengkak Susu

Menurut Doktor Jack Newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.

Lecithin ialah sejenis pengemulsi lemak dan minyak. Lecithin banyak digunakan sebagai aditif makanan, dan turut dijumpai secara semulajadi dalam pelbagai makanan. Lecithin Shaklee merupakan daripada sumber kacang soya.

Suplemen Lecithin sesuai untuk ibu menyusu. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang kontraindikasi dilaporkan sekiranya Lecithin diamalkan oleh ibu menyusu.

Cadangan Dos Lecithin Untuk Rawatan Bengkak Susu atau Duktus Susu Tersumbat

Pakar laktasi Kelly Bonyata (IBCLC) dalam artikelnya mencadangkan Lecithin sebagai rawatan bagi masalah yang dipanggil bengkak susu ataupun duktus susu tersumbat. Dos yang dicadangkan ialah:

  • 3,600 – 4,800mg Lecithin sehari.

Selepas 1 – 2 minggu tanpa sebarang blockage, kurangkan dos 1,200mg Lecithin.

Jika dalam 2 minggu kemudiannya tiada blockage juga, ibu boleh kurangkan lagi 1,200mg.

1 kapsul Lecithin Shaklee mengandungi 600mg. Merujuk kepada pakar laktasi tersebut, para ibu yang mengalami masalah bengkak susu boleh mengambil Lecithin Shaklee 6 hingga 8 biji sehari bagi memenuhi dos yang disarankan.

Penting:

Ibu mungkin perlu teruskan makan 1,200 – 2,400mg kapsul Lecithin sehari selama yang mungkin, jika sekiranya dengan menghentikan pengambilan Lecithin akan menyebabkan pembentukan duktus tersumbat lagi.

Kapsul Lechitin Shaklee diperbuat daripada gelatin bovine dan bersumberkan kacang soya. Satu botol Lecithin Shaklee mengandungi 180 biji kapsul. Dengan pengambilan 6 biji kapsul sehari, satu botol Lecithin Shaklee tahan sehingga satu bulan.

Sekiranya anda ibu yang menghadapi masalah bengkak susu dan ingin mencuba supplement Shaklee lebih lebih lagi Lecithin Shaklee tetapi ingin mendapatkan konsultasi terlebih dahulu, boleh hubungi cekyat.

Cekyat Shaklee
Pengedar Sah Shaklee sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

2 comments:

  1. Wowww, tq mama sharing. Boleh jadi panduan utk wawa nanti ni. Hehe

    ReplyDelete

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.