Sunday, 3 December 2017

Steamboat Murah Di Klang: Captain Steamboat

Hai semua..

Cekyat nak kongsi dengan anda semua yang mencintai sesangat steamboat. Nak dijadikan cerita, hujung minggu kali ini lebih meriah disebabkan adanya ibu dan bapa mertua cekyat. Katanya nak datang tengok cucu-cucu sempena cuti sekolah.

Jadi, sempena kehadiran orang tua ni kami suami isteri mengambil keputusan untuk bawa mereka menikmati 'lauk pauk' makan sampai lebam. Makanya, bermula la pencarian lokasi paling menarik, murah dan sedap di Kapar untuk menu steamboat ni.

Hasil pencarian kami dengan mr.google, kami sepakat untuk mencuba steamboat di 'The Captain: Steamboat & Grill' setelah diracuni oleh blog ini. Seriusssly, memang kami teracun. Sudahnya, memang mendapat laa. En.Suami singgah sekejap petang tu di restoren berkenaan untuk buat tempahan. Kalau tak buat tempahan, gamaknya tak ada meja kot untuk kami. Ramai sangat pelanggannya.

Okeh, sini cekyat kongsi details restoren steamboat ni ye.

Lokasi: 
Lot 2658,, Persiaran Hamzah Alang, Meru, 41050 Klang, Selangor
(019-235 4796)
 
Harga: 
Dewasa: RM25.00
Kanak-Kanak: RM10.00 (Bawah 7 tahun dikira PERCUMA)
Warga Emas: RM15.00 

Cekyat pergi malam tu 2 dewasa, 2 kanak-kanak bawah 7 tahun dan 2 warga emas. Jumlah keseluruhan cuma RM80.00 untuk makan sampai lebam. Harga memang murah dan berpatutan bagio cekyat. Makan sampai lebam dengan harga murah camni, siapa la nak tolak kan? :-)

Masa kami sampai lebih kurang jam 9.00 malam, restoren ni sudah penuh. Dan di meja-meja yang kosong telah ada sticky note kuning yang menandakan 'RESERVE'. Nampak tak kat situ, betapa restoren ni menjadi pilihan ramai.

Pendapat cekyat


1. Lokasi ditepi jalan utama memudahkan para pelanggan 'nampak' or jumpa restoren berkenaan. Tapak parking yng luas turut disediakan bersebelahan kedai.

2. Pelbagai jenis lauk pauk steamboat ada. Seperti fish ball, mushroom ball, fish cake dan banyak lagi la. Yang bentuk-bentuk macam bintang / angry bird tu pun ada.

3. Udang, sotong, ayam & kambing perap jua ada. Yang paling best, saiz udang tu aak besar la bai cekyat. Sedap dimakan. Terasa isi udang tu. Sotong pun sama.

4. Kuah steamaboat ada dua jenis. Sup dan tomyam. Kami cuba kedua-duanya, tapi kami lebih prefer kuah sup. Secukup rasa dan bahan sup. Untuk kuah tomyam, perlu upgrade lagi dari segi bahan dan rasa.

5. Menu berat lain yang sangat banyak pilihan. Masa 'rombongan' cekyat ni, ada nasi lemak, bihun goreng, mee goreng, telur rebus, ayam goreng dan macam-macam lagi. Bubur kacang pun ada. Sedap sangat.

6. Yang paling menarik ialah tuan punya restoren sediakan menu kesukaan kekanak. Ada ais krim, ais krim malaysia dan pop corn warna warni. Memang ini lah yang diulang-ulang tambah oleh abang dan adik. Sedap katanya diorang.

7. Ada toilet yang bersih untuk kegunaan pelanggan. Iya laa kan, makan steamboat ni jenis makan sampai lebam dan jenis lama duduk habiskan makanan kan?. Kalau nak membuang macamana? Alhamdulillah, disediakan dengan kondisi yang bagus.

8. Fast service. Kuah dah habis, minta tambah kuah, cepat je staf diorang datang.

Ini pendapat cekyat je tau. Sebagai pelanggan yang telah merasai makanan dan service di situ. Memang tip top. Padan dengan harga yang murah.

Tapi, hari ISNIN restoren ni tutup tauuu... Jangan pergi pula. hehe

Sila laa layan gambar kitorang yang lebih kurang sama je gayanya. cameraman dah lapor, ini laa hasilnya.. haha

Yang penting, sikecil Auji lena sangat-sangat walaupun suasana bising ya amat :-)




10 comments:

  1. Replies
    1. cuba laa cik manggis.. berpatutan dengan harga yang diberi tau :-)

      Delete
  2. Wow murah Tu. Boleh Cuba nanti

    ReplyDelete
  3. lamanya tak makan steambot. skrg dah kurg makan kt luar. klu keluar dgn kawan baru pegi. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm cekyat laa ni..lama x mkn stemboat tu.. tp sekali pekena..fuhhh..kenyanggg..hehe..

      Delete
  4. lupe pulak nak jmput.
    jom la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyy.. nanti cekyat join ye sis raydah :-)

      Delete
  5. Replies
    1. betul tu wawa.. sedappp..kena laaa dengan selera org tua kte tu.. :-)

      Delete

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.