Monday, 19 November 2018

Intermittant Fasting Cara Kurus Seperti Lisa Surihani

Intermittent Fasting atau IF merupakan kaedah yang makin menjadi pilihan dalam cubaan untuk mengurangkan berat badan.

Lebih-lebih lagi jika selebriti ternama juga mengamalkan IF ini. Selebriti Lisa Surihani membuat kemunculan kembali selepas melahirkan anak lelaki beliau dengan bentuk badan seperti zaman bujang beliau. Lebih kurus dan 'fit' sedangkan ketika hamil, beliau seperti inu-ibu lain juga.


Apa rahsia di sebalik keanggunan ibu muda ini?

Antara yang dikongsi oleh beliau di sini ialah:-

1. Bertukar kepad beras herba ponni

Kebiasaanya umum menggunakan beras biasa. Namun, dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, Lisa memilih untuk menggunakan beras herba ponni yang lebih tinggi kandungan serat. Walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit, ia mampu membuatkan anda lebih kenyang.

2. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman

Seperti yang diketahui ramai, gula adalah salah satu bahan yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan jika diambil secara berlebihan. Untuk itu, Lisa seboleh mungkin mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan dan minuman hariannya.

3. Amalkan intermittent fasting

Kaedah ini merupakan cara diet yang mudah dan tidak menyeksakan. Apa yang diperlu dilakukan ialan membahagikan masa selama 16 jam untuk berpusa dan 8 jam untuk makan. Cara amalan ini bergantung kepada individu.

Anda boleh menggunakan waktu malam untuk mula berpuasa. Contohnnya bermula pada 8 malam dan berkahir pada jam 12 tengahari keesokan harinya. Manakala dalam 8 jam selebihnya anda boleh makan dalam jumlah yang sedikit dengan kerap dan terkawal.

Dalam masa yang sama, anda perlu minum lebih banyak air kosong dan sebaik-baiknya elakan meminum atau memakan makanan yang manis.

4. Lakukan senaman

Anda tidak perlu melakukan senaman yang berat. Boleh lakukan apa saja jenis senaman asalkan badan sentiasa fit. 

Adakah anda bersedia untuk berubah seperti beliau?

1 comment:

  1. BROKER TERPERCAYA
    TRADING ONLINE INDONESIA
    PILIHAN TRADER #1
    - Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
    - Sistem Edukasi Professional
    - Trading di peralatan apa pun
    - Ada banyak alat analisis
    - Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
    - Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
    Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
    Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
    Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
    Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......

    Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.