Saturday, 1 December 2018

Selamat Tahun Baru 2019

Selamat tahun baru 2019 sahabat alam maya.


Hari ini masih meneruskan cuti demi anak-anak. Tiada aktiviti khusus semasa cuti umum ini. Cuma lebihkan masa di rumah untuk membuat persediaan terakhir persekolahan.

Gara-gara bercuti tanpa dirancang dua tiga hari lepas, memang agak kalut sedikit untuk membuat persediaan.

Hari ini kami cuba selesaikan perkara untuk si sulong. Berbagi tugas begitu.

Balut buku teks sekolah kebangsaan oleh mama.

Bawa baju sekolah kepada tukang jahit untuk tampal lencana dan tanda nama oleh papa.

Masih lagi belum selesai.

Sebabnya, buku teks sekolah agama masih belum terima dan buku-buku untuk sekolah tadika si tengah belum lagi dapat.

Maksudnya, kerja-kerja persediaan sekolah akan berlanjutan sehingga habis minggu ini laa kot.

Begitulah cara kami menyambut kedatangan tahun baru sejak bergelar MamaPapa kepada dua anak yang bersekolah.

Anyway, selamat tahun baru lagi sekali kepada anda sahabat alam maya cekyat. Semoga tahun 2019 ini membawa rezeki berkat yang melimpah ruah kepada kita.

Amin.


0 comments:

Post a comment

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.