Tuesday, 29 January 2019

8 Langkah Mudah Untuk Bayar Bil Elektrik

8 langkah mudah untuk membayar bil elektrik lebih-lebih lagi bil elektrik ibu bapa kita. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang merantau jauh untuk mencari rezeki tetapi menjalankan tanggungjawab untuk ibu bapa.

Tidak perlu lagi telefon mak atau ayah untuk mendapatkan maklumat berapa jumlah bil semasa penggunaan elektrik di rumah mereka.

Dengan 8 langkah mudah ini, anda pasti dapat menjimatkan masa anda untuk mendapatkan maklumat tersebut. Segalanya dihujung jari anda.

Terima kasih kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana menyediakan sistem ini.

1. Mulakan pendaftaran di laman web TNB . Klik https://www.mytnb.com.my/ untuk memulakan pendaftaran.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas. 

 2. Isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran. Yang penting ialah alamat emel. Perlu emel yang sah dan aktif.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas


3. Selepas selesai mengisi maklumat di laman web myTNB, anda akan terima satu emel arahan untuk pengaktifan di emel yang didaftarkan.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas


4. Selesai aktifkan sepertimana arahan melalui emel, anda boleh login di portal https://www.mytnb.com.my/ untuk pendaftaran butiran peribadi.

Username adalah alamat emel yang didaftrakan. Kata laluan adalah 'hak anda'

Klik gambar untuk paparan lebih jelas 

5. Untuk mendaftarkan bil akaun, anda perlu klik butang 'Add Favourite'. Masukkan maklumat peribadi penama bil dan no akaun bil elektrik berkenaan.

Melalui portal myTNB ini anda boleh memantau dan menyemak seberapa bil elektrik yang anda inginkan, asalkan anda mendaftaran no akaun bil dan juga nod kad pengenalan penama bil.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

6. Untuk menambahkan akaun lain, anda hanya perlu tekan button 'Add Favourite' sahaja.  Dengan ini anda boleh menyemak dan membayar bil selain bil ibu bapa anda.

Boleh juga masukan bil elektrik rumah mertua kan :-)
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

7. Apabila selesai mengisi butiran lengkap penama dan no akaun bil, anda boleh menyemak maklumat lanjut bil eletrik penama berkenaan.

Berapa bil semasa?
Berapa penggunana semasa?

Semuanya anda dapat akses tau. :-)

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

8. Ini dia yang anda akan dapat lihat melalui myTNB. Memudahkan urusan dan menjimatkan masa.
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Semoga dengan perkongsian ini, ianya memudahkan anda untuk terus berbakti kepada ibu bapa anda.

"Berbaktilah kepada kedua orang tua kita selagi mana dia dan kita bernafas."
Continue Reading

Monday, 28 January 2019

5 Tips Pilih Sumber Protein Yang Berkualiti

Ramai yang mengetahui mengenai kebaikan protein terhadap tubuh badan. Protein memberikan nutrient dan manfaat kepada kesihatan tubuh badan samada terhadap kanak-kanak atau dewasa.

Protein merupakan nutrient yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh badan.

Di antara peranan protein ialah:-
  • Menggantikan sel-sel dan tisu yang rosak atau mati.
  • Mengawal proses badan
  • Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan
  • Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
  • Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi serta menguatkan sistem imunisasi badan
Sehubungan itu, pemilihan protein yang terbaik adalah sangat penting bagi menjamin badan menerima yang terbaik .

5 Tips Pilih Sumber Protein Yang Betul 


1. Pilihlah protein berasaskan tumbuhan semula jadi


2. Pilihlah juga protein yang berasaskan tumbuhan yang tidak di uubuah genetiknya. (Non GMO)


3. Pilihlah protein yang berasaskan tumbuhan kerana ianya sifar kolestrol dan bagus untuk kesihatan badan.

4. Protein berasaskan tumbuhan juga bebas lemak. Jadi pilihlah ia.


5. Protein berasaskan tumbuhan juga selamat dan tidak mengandungi bahan kimia merbahaya serta berpenyakit berbanding protein haiwan.


Dan yang menariknya, Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee memenuhi kriteria pemilihan sumber protein yang betul.

Dengan 5 tips berkenaan, ESP menjadi hot item / produk paling laris.


Jangan lupa untuk merebut peluang mendapatkan ESP Shaklee dengan harga promosi sepanjang bulan Januari 2019


Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba produk ESP Shaklee, anda boleh hubungi kami di talian 019-397 9157 untuk maklumat lanjut dan tempahan ataupun klik sahaja button Whats App di bawah sebelah kiri blog.
Continue Reading

Friday, 25 January 2019

Sijil Halal Shaklee 2019

Adakah anda masih was-was terhadap produk Shaklee?

Jangan risau, Shaklee mempunyai sijil halal yang telah yang telah diperakukan oleh Islamic Services Of America

Ini adalah sijil terkini produk Shaklee yang dikeluarkan sempena tahun 2019. Untuk makluman juga, Shaklee akan memperbaharui Sijil Halal produk setiap tahun

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung status halal Shaklee di link berikut:-


Sijil Halal Shaklee 2019
Islamic Service of Ameriaca (ISA) merupakan badan halal Islam di luar negara yang telah diiktiraf  oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Oleh itu, anda tidak lagi perlu ragu-ragu dengan status halal semua produk Shaklee. Gunakan tanpa was-was.
Continue Reading

Thursday, 24 January 2019

Testimoni Ibu Hamil Bersama ESP

ESP memberikan tenaga kepada ibu hamil sejak daripada trimester ketiga sehingga berpantang. Orang dah mula tegur apabila jalan laju ketika berpantang. Penangan tenaga mencukupi rasanya ni. hehe



Yang paling best ialah ESP membantu menurunkan berat badan daripada 97kg kepada 65kg ketika dalam pantang. Best kan?




Apa lagi yang di ingini oleh seorang ibu yang baru sahaja bersalin adalah menyusukan simanja dengan susu badan.

Minggu pertama selepas kelahiran hanya berjaya dapat 10z sahaja tetapi setelah berikhtiar mencuba ESP dan Alfafa, Allah izinkan susu keluar mencurah-curah sampai penuh peti sejuk.

Alalhuakhbar, alhamdulillah. ESP menjadi asbab untuk mendapatkan stok EBM yang meriah.



Keloid czer mengecut? Boleh ke? ESP bersama Vitamin C menjadi asbab perubahan paling besar ibu ini.

Yang penting, konsisten mengamalkan kedua-dua produk ini. Dan bonus lain yang beliau dapat ialah kulit menjadi lebih cantik dan putih

Allahuakhbar. Menjadi asbab untuk seseorang ibu kelihatan lebih yakin dengan diri sendiri semula.


Terima kasih Energizing Soy Protein.
Terima kasih Shaklee kerana menyediakan makanan tambahan yang berkhasiat ini untuk ibu hamil dan wanita-wanita yang memerlukan.

Untuk dapatkan ESP Shaklee pada harga promo, boleh klik link dibawah:
Anda juga boleh mendapatkan cara menyediakan minuman ESP untuk diet sihat di link:-

Continue Reading

Tuesday, 8 January 2019

Minuman Resepi Smoothie ESP Untuk Diet Sihat

Minuman smoothie memang menjadi pilihan bagi individu yang sedang dalam proses diet. Selain mempunyai rasa yang sedap, ianya sangat berkhasiat dan sangat mudah untuk disediakan.


Adakah betul smoothie boleh mengurangkan berat badan?

Sebenarnya, penyediaan smoothie bersama buah-buahan dan bahan-bahan lain seperti oat dan juga chia seed memberikan rasa kenyang kepada badan.

Tambahan pula, jika disediakan bersama ESP akan memberikan rasa kenyang dan bertenaga lebih lama memandangkan ESP adalah daripada sumber protein soya yang berfungsi memberikan tenaga berpanjangan kepada tubuh. Keadaan ini akan membantu anda mengurangkan rasa ingin makan dengan kerap yang menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Berikut adalah cadangan untuk menyediakan minuman smoothie untuk diet sihat yang sangat sedap bersama Energizing Soy Protein (ESP).




Selain daripada menyediakan ESP smoothie bersama buah-buahan, ESP juga boleh disediakan dengan pelbagai cara seperti link berikut:-


Nikmati hari anda bersama smoothie ESP untuk diet sihat sepanjang hari.


Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba produk ESP Shaklee, anda boleh hubungi kami di talian 019-397 9157 untuk maklumat lanjut dan tempahan ataupun klik sahaja button Whats App di bawah sebelah kiri blog.
Continue Reading

Monday, 7 January 2019

Kebaikan Intermittent Fasting Bukan Sahaja Boleh Kuruskan Badan

Intermittent Fasting (IF) sudah tidak asing lagi di kalangan individu yang ingin mendapatkan berat badan yang diidamkan.

Lebih-lebih lagi apabila selebriti kesayangan ramai, Lisa Surihani telah membuktikan bahawa IF yang diamalkan telah mengembalikan bentuk badan beliau selepas melahirkan anak lelakinya.

Begitu juga dengan cekyat. Sejak pelakon berkenaan berjaya menurunkan berat badan dan mendapatkan semula bentuk badan asal, cekyat terus menerus mencari maklumat berkaitan IF ini.


Akhirnya, cekyat terjumpa secara tidak sengaja perkongsian LIVE daripada seorang doktor di socmed berhubung diet IF ini.
 


Dr.Jue adalah seorang doktor dikenali ramai melalui socmed yang sering berkongsi berkaitan penjagaan kesihatan.

Terdapat banyak manfaat yang boleh didapati dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui kaedah IF termasuklah mengelakan diri kita terkena serangan kanser. Terasa rugi sangat jika tidak mengambil tahu kebaikan IF ini.

16 jam puasa, 8 jam makan

Bagi yang masih belum tahu apa itu IF, cekyat kongsikan dengan anda yang IF ialah bukan satu diet yang menahan lapar dan dahaga. Tetapi IF adalah satu diet yang mengubah waktu makan anda.

IF merupakan satu kaedah untuk memberikan waktu kepada usus kita berehat.

IF boleh diamalkan secara 12:12, 14:10, 16:8 iaitu nisbah waktu makan kepada waktu berpuasa. Dan yang paling menjadi pilihan ialah 16:8.

16 jam berpuasa dan 8 jam waktu yang dibolehkan untuk makan.

Sebagai contoh, sekiranya waktu terakhir makan ialah pada jam 8.00 malam, maka waktu untuk mula makan semula ialah pada jam 12.00 tengahari. Tempoh 16jam berpuasa itu adalah telah termasuk waktu tidur. Ini bermakna, anda juga terpaksa 'skip' waktu sarapan.

Menurut Dr.Jue, dalam tempoh 16jam berpuasa kita hanya boleh minum air kosong ataupun air tanpa kalori dan gula seperti green tea.

Menurut Dr.Jue juga, selain menurunkan berat badan IF juga mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kita seperti berikut:
 
 

1. Menurunkan kadar insulin

IF boleh memberikan perubahan kepada fungsi sel, genetik dan hormon. Sewaktu berpuasa (IF) hormon insulin didalam badan kita akan menurun. Hormon insulin dalam badan adalah perlu rendah sebab sekiranya hormon insulin tinggi ianya memberi petanda yang tidak bagus kepada badan.

Insulin membawa masuk gula kedalam sel dan menukarkan karbohidrat kepada gula yang menjadi penyebab kepada kegemukan.

Tahap hormon insulin yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan kepada saraf mata dan salur darah.

2. Awet muda

Semasa berpuasa (IF) hormon yang turut berubah ialah Human Growth Hormon (HGH) yang berfungsi memberikan awet muda kepada badan. Bila berpuasa, saintis telah membuktikan hormon ini meningkat 5x ganda berbanding sekiranya badan tidak berpuasa yang menyumbang kepada jumlah hampir kosong.

Dengan pengeluaran hormon ini, berlaku proses fat burning effect dan juga pembaharuan sel yang menjadikan kulit lebih awet muda.

3. Meningkatkan metabolisme

Apabila berpuasa (IF), tahap metabolisme meningkat berbanding ketika tidak berpuasa. Metabolisme rendah ketika tidak berpuasa yang turut menyumbang kepada cepat sakit dan kelihatan lebih tua.

4. IF boleh rawat diabetis tahap 2

Bagi pesakit diabetis tahap 2, dalam tubuh mereka mempunyai banyak 'insulin resistance' tetapi ianya tidak boleh digunakan. Insulin resistance tidak boleh berfungsi untuk memasukan gula kedalam sel menjadikan gula semakin banyak dalam salur darah.

Kandungan gula yang banyak didalam badan akan membuat kerosakan kepada tubuh. Tetapi apabila pesakit diabetis 2 berpuasa, ianya kan menurunkan kadar 'insulin resistance'. 

Mengikut kajian, pesakit diabetic yang mengamalkan IF mampu menurunkan kadar "insulin resistance" sebanyak 20-30 peratus dan tahap gula sebanyak  3-6 peratus.

5. Menurunkan tahap kolestrol

Dengan berpuasa juga mampu menurunkan bacaan kolestrol jahat didalam darah.


Selepas mendengar LIVE daripada Dr.Jue tempohari, memang membuka mata cekyat berhubung kebaikan berpuasa melalui kaedah IF ini.

Makanya, cekyat dengan gembiranya telah mengamalkan IF sejak 15 Oktober 2018 lagi demi kesihatan tubuh badan. Al maklum la apabila badan telah menuju kepada 3 series kan.

Alhamdulillah, badan terasa lebih sihat dan cergas berbanding sebelum ini. Dengan bantuan supplement Shaklee, cekyat masih mampu menyediakan stok EBM kepada baby Auji sambil mengamalkan IF dengan jayanya.
Continue Reading

Wednesday, 2 January 2019

Masa Yang Sesuai Untuk Mengambil Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein (ESP) merupakan minuman protein soya yang sangat bagus untuk keperluan dan kesihatan badan.

Memandangkan cekyat sekarang sedang mengamalkan gaya hidup sihat melalui kaedah Intermitten Fasting (IF) dan suku-suku separuh, jadi cekyat perlu mengambil protein sebagai makanan tambahan cekyat.

Bila waktu yang sesuai untuk cekyat ambil minuman protein soya ini memandangkan IF merupakan kaedah berpuasa dalam tempoh yang lama?

ESP menjadi pilihan cekyat untuk berbuka IF tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Sebenarnya, waktu yang sesuai untuk minum ESP adalah tidak terhad. Ianya boleh di ambil pada bila-bila masa sahaja.

Sebab itu cekyat tidak terikat dengan 'masa' yang sesuai untuk ESP.



ESP bagus untuk melengkapkan keperluan tambahan badan dengan khasiat seperti:-
  • Membekalkan 9 asid amino penting kepada badan
  • Membekalkan 14g protein soya untuk setiap hidangan
  • Mengandungai 5 vitamin B yang penting untuk badan
  • Kaya dengan kalsium untuk perkembangan tulang dan gigi
  • Merupakan minuman bebas kolestrol
  • Mempunyai Indeks Glisemik yang rendah untuk kekal bertenaga

Masa Yang Paling Sesuai Untuk Mengambil ESP

Sarapan Pagi
Mulakan hari anda bersama senyuman dan minuman bekhasiat. Kisar buah-buahan kegemaran bersama ESP untuk menjadikan smoothie yang paling sedap sebagai minuman pagi anda.



Minuman Pagi
Anda berasa lesu dan tidak bermaya? Tingkatkan tenaga dengan mengambil ESP sebagai minuman pagi anda.


Minuman Tengahari
Sekiranya anda penggemar minuman ringan (air berkarbonat), tahukah anda bahawa segelas minuman ringan mengandungi 170 kalori. Dan,  kopi ais mengandungi 320 kalori. Tinggi kan kandungan kalori tu.
Tetapi, satu hidangan ESP hanya mengandungi 104 kalori sahaja dan ianya merupaka  satu pilihan bijak dan lebih sihat.


Minum Petang
Cuba elakan untuk mengambil minuman manis dan makanan berminyak untuk kudapan petang. Cuba ubah kepada makanan dan minuman yang lebih sihat untuk diamalkan.

Makan Malam
Cuba elakan makan lewat malam untuk kehidupan lebih sihat. Tukarkan kepada gaya hidup sihat dengan menambahkan menu ESP sebagai minuman tambahan yang memberikan tenaga dan meningkatkan rasa kenyang dengan lebih lama.
Sebelum dan Selepas Bersenam
Kepada anda yang sedang mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam, di sarankan untuk anda mengambil ESP 30 minit sebelum senaman atau dalam tempoh 2 jam selepas bersenam bagi tujuan mempercepatkan pemulihan otot.

Semoga maklumat yang Cekyat kongsikan ini membantu anda yang sedang berusaha untuk mencuba 'kesedapan' ESP disamping melaksanakan gaya hidup sihat.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan ESP pada harga yang paling jimat, hari ini sehingga 31 Januari 2019 adalah waktu yang paling sesuai. ESP pada harga promosi tau.


Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba produk ESP Shaklee, anda boleh hubungi kami di talian 019-397 9157 untuk maklumat lanjut dan tempahan ataupun klik sahaja button Whats App di bawah sebelah kiri blog.
Continue Reading

Tuesday, 1 January 2019

Promosi Shaklee Januari 2019

Selamat tahun baru 2019 lagi sekali dari cekyat, si pengedar Shaklee kawasan Kapar, Klang

Sempena tahun baru 2019, Shaklee membuka tirai 2019 dengan melancarkan promosi item terhangat syarikat iaitu Energizing Soy Protein atau lebih dikenali sebagai ESP.
 
Promosi Shaklee Januari 2019

Bagi anda yang ingin mendapatkan ESP dengan harga promosi, boleh melalui 2 kaedah berikut.

1. Beli 6 ESP, dapat percuma 1 ESP (Anda jimat RM161.00)

Atau

2. Beli 2 ESP, dapat 5% potongan harga (Anda jimat RM16.10)

Rugi ke kalau beli banyak-banyak.

Percayalah, anda tidak akan merasa rugi kerana sebotol ESP hanya akan bertahan sehingga 1 bulan penggunaan sahaja jika mengikut sukatan dan cara yang betul seperti disarankan oleh syarikat.

Dan, tarikh luput ESP ini pula pada Mei 2020.

Lama lagi kan?
Continue Reading

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.