Tidak perlu lagi telefon mak atau ayah untuk mendapatkan maklumat berapa jumlah bil semasa penggunaan elektrik di rumah mereka.
Dengan 8 langkah mudah ini, anda pasti dapat menjimatkan masa anda untuk mendapatkan maklumat tersebut. Segalanya dihujung jari anda.
Terima kasih kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana menyediakan sistem ini.
![]() | ||
Klik gambar untuk paparan lebih jelas. |
2. Isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran. Yang penting ialah alamat emel. Perlu emel yang sah dan aktif.
![]() |
Klik gambar untuk paparan lebih jelas |
3. Selepas selesai mengisi maklumat di laman web myTNB, anda akan terima satu emel arahan untuk pengaktifan di emel yang didaftarkan.
![]() |
Klik gambar untuk paparan lebih jelas |
4. Selesai aktifkan sepertimana arahan melalui emel, anda boleh login di portal https://www.mytnb.com.my/ untuk pendaftaran butiran peribadi.
Username adalah alamat emel yang didaftrakan. Kata laluan adalah 'hak anda'
![]() | |
Klik gambar untuk paparan lebih jelas |
5. Untuk mendaftarkan bil akaun, anda perlu klik butang 'Add Favourite'. Masukkan maklumat peribadi penama bil dan no akaun bil elektrik berkenaan.
Melalui portal myTNB ini anda boleh memantau dan menyemak seberapa bil elektrik yang anda inginkan, asalkan anda mendaftaran no akaun bil dan juga nod kad pengenalan penama bil.
![]() |
Klik gambar untuk paparan lebih jelas |
6. Untuk menambahkan akaun lain, anda hanya perlu tekan button 'Add Favourite' sahaja. Dengan ini anda boleh menyemak dan membayar bil selain bil ibu bapa anda.
Boleh juga masukan bil elektrik rumah mertua kan :-)
![]() |
Klik gambar untuk paparan lebih jelas |
7. Apabila selesai mengisi butiran lengkap penama dan no akaun bil, anda boleh menyemak maklumat lanjut bil eletrik penama berkenaan.
Berapa bil semasa?
Berapa penggunana semasa?
Semuanya anda dapat akses tau. :-)
![]() |
Klik gambar untuk paparan lebih jelas |
8. Ini dia yang anda akan dapat lihat melalui myTNB. Memudahkan urusan dan menjimatkan masa.
![]() |
Klik gambar untuk paparan lebih jelas |
Semoga dengan perkongsian ini, ianya memudahkan anda untuk terus berbakti kepada ibu bapa anda.
"Berbaktilah kepada kedua orang tua kita selagi mana dia dan kita bernafas."
Sis selu bayar bil elektrik online je sama gak sbb semua bank ada bayar kpd TNB. Apa pun ini bole juga la guna.
ReplyDeleteOOo tak pernah lagi bayar guna macam ni, biasa Sis bayar guna JomPay...bil-bil semua guna JomPay, nanti boleh try yang ni pulak, nampak mudah aje tu...
ReplyDeletebagusnya ajar satu persatu. saya tak pernah buat pembayaran bil suami buatkan setiap bulan
ReplyDeleteBagus entry macam ni. Satu persatu tunjuk caranya 👍
ReplyDeleteMudah rupanya cara macam ni ya Kak Yatt. Selalu ruby guna M2U tu. Kat bahagian payee
Terbaik laaaa... Lengkap penerangan! Sekarang ni memang semua pun online. Mudah kannn
ReplyDeletekita pun hari tu bayar elektrik cara macam ni (online)..senang dan agak praktikal
ReplyDeleteMmg sejak xde bagi hardcopy bil ni za pun bayar online je senang.. Tak renyah.. Semua dihujung jari je
ReplyDeleteMudah kalau bayar elektrik secara online je. tak perlu susah2 keluar . duit pon jimat
ReplyDeleteWah senanglah lepas ni saya nak bayarkan bil elektrik parent saya. Selalunya macam susah sikit.Terima kasih share ya.
ReplyDeletekannnnnnnnn.. senang dah tak payah beratur kat kaunter.. hee~ saya memang suka lah sistem2 bayaran online ni.. mudah dan menjimatkan masa..
ReplyDeleteAlhamdulillah makin lama makin upgrade semua dah boleh buat online memang PKP ni buat semua jadi celik IT
ReplyDeletealhamdulilah banyak yang dah update ya utk mudahkan pembayaran secara online. bestlah
ReplyDelete