Monday, 7 January 2019

Kebaikan Intermittent Fasting Bukan Sahaja Boleh Kuruskan Badan

Intermittent Fasting (IF) sudah tidak asing lagi di kalangan individu yang ingin mendapatkan berat badan yang diidamkan.

Lebih-lebih lagi apabila selebriti kesayangan ramai, Lisa Surihani telah membuktikan bahawa IF yang diamalkan telah mengembalikan bentuk badan beliau selepas melahirkan anak lelakinya.

Begitu juga dengan cekyat. Sejak pelakon berkenaan berjaya menurunkan berat badan dan mendapatkan semula bentuk badan asal, cekyat terus menerus mencari maklumat berkaitan IF ini.


Akhirnya, cekyat terjumpa secara tidak sengaja perkongsian LIVE daripada seorang doktor di socmed berhubung diet IF ini.
 


Dr.Jue adalah seorang doktor dikenali ramai melalui socmed yang sering berkongsi berkaitan penjagaan kesihatan.

Terdapat banyak manfaat yang boleh didapati dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui kaedah IF termasuklah mengelakan diri kita terkena serangan kanser. Terasa rugi sangat jika tidak mengambil tahu kebaikan IF ini.

16 jam puasa, 8 jam makan

Bagi yang masih belum tahu apa itu IF, cekyat kongsikan dengan anda yang IF ialah bukan satu diet yang menahan lapar dan dahaga. Tetapi IF adalah satu diet yang mengubah waktu makan anda.

IF merupakan satu kaedah untuk memberikan waktu kepada usus kita berehat.

IF boleh diamalkan secara 12:12, 14:10, 16:8 iaitu nisbah waktu makan kepada waktu berpuasa. Dan yang paling menjadi pilihan ialah 16:8.

16 jam berpuasa dan 8 jam waktu yang dibolehkan untuk makan.

Sebagai contoh, sekiranya waktu terakhir makan ialah pada jam 8.00 malam, maka waktu untuk mula makan semula ialah pada jam 12.00 tengahari. Tempoh 16jam berpuasa itu adalah telah termasuk waktu tidur. Ini bermakna, anda juga terpaksa 'skip' waktu sarapan.

Menurut Dr.Jue, dalam tempoh 16jam berpuasa kita hanya boleh minum air kosong ataupun air tanpa kalori dan gula seperti green tea.

Menurut Dr.Jue juga, selain menurunkan berat badan IF juga mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kita seperti berikut:
 
 

1. Menurunkan kadar insulin

IF boleh memberikan perubahan kepada fungsi sel, genetik dan hormon. Sewaktu berpuasa (IF) hormon insulin didalam badan kita akan menurun. Hormon insulin dalam badan adalah perlu rendah sebab sekiranya hormon insulin tinggi ianya memberi petanda yang tidak bagus kepada badan.

Insulin membawa masuk gula kedalam sel dan menukarkan karbohidrat kepada gula yang menjadi penyebab kepada kegemukan.

Tahap hormon insulin yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan kepada saraf mata dan salur darah.

2. Awet muda

Semasa berpuasa (IF) hormon yang turut berubah ialah Human Growth Hormon (HGH) yang berfungsi memberikan awet muda kepada badan. Bila berpuasa, saintis telah membuktikan hormon ini meningkat 5x ganda berbanding sekiranya badan tidak berpuasa yang menyumbang kepada jumlah hampir kosong.

Dengan pengeluaran hormon ini, berlaku proses fat burning effect dan juga pembaharuan sel yang menjadikan kulit lebih awet muda.

3. Meningkatkan metabolisme

Apabila berpuasa (IF), tahap metabolisme meningkat berbanding ketika tidak berpuasa. Metabolisme rendah ketika tidak berpuasa yang turut menyumbang kepada cepat sakit dan kelihatan lebih tua.

4. IF boleh rawat diabetis tahap 2

Bagi pesakit diabetis tahap 2, dalam tubuh mereka mempunyai banyak 'insulin resistance' tetapi ianya tidak boleh digunakan. Insulin resistance tidak boleh berfungsi untuk memasukan gula kedalam sel menjadikan gula semakin banyak dalam salur darah.

Kandungan gula yang banyak didalam badan akan membuat kerosakan kepada tubuh. Tetapi apabila pesakit diabetis 2 berpuasa, ianya kan menurunkan kadar 'insulin resistance'. 

Mengikut kajian, pesakit diabetic yang mengamalkan IF mampu menurunkan kadar "insulin resistance" sebanyak 20-30 peratus dan tahap gula sebanyak  3-6 peratus.

5. Menurunkan tahap kolestrol

Dengan berpuasa juga mampu menurunkan bacaan kolestrol jahat didalam darah.


Selepas mendengar LIVE daripada Dr.Jue tempohari, memang membuka mata cekyat berhubung kebaikan berpuasa melalui kaedah IF ini.

Makanya, cekyat dengan gembiranya telah mengamalkan IF sejak 15 Oktober 2018 lagi demi kesihatan tubuh badan. Al maklum la apabila badan telah menuju kepada 3 series kan.

Alhamdulillah, badan terasa lebih sihat dan cergas berbanding sebelum ini. Dengan bantuan supplement Shaklee, cekyat masih mampu menyediakan stok EBM kepada baby Auji sambil mengamalkan IF dengan jayanya.

0 comments:

Post a comment

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.