Monday, 18 February 2019

8 Tips Penjagaan Kulit Wajah Bagi Wanita 30an

8 Tips Penjagaan Kulit Wajah Bagi Wanita 30an | Wanita 30an selalunya mempunyai kebimbangan yang paling tinggi terhadap kecantikan kulit terutamanya kulit wajah.

Antara masalah-masalah yang menjadi kebimbangan ialah kulit kusam, liang pori terbuka, jeragat atau pugmentasi, jerawat dan garisan halus serta kedutan di wajah. 

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat penjagaan yang rapi wanita 30an tidak perlu takut atau bimbang terhadap masalah-masalah ini. Anda masih boleh kelihatan hebat di usia ini seperti muda dahulu.

8 Tips Penjagaan Kulit Wajah

1. Makan makanan yang kaya dengan antioksidan

Radikal bebas dalam badan memberikan kecelaruan kepada kulit selain memberi ancaman kanser kepada badan. Pada usia 30an adalah disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi unsur antioksidan. Antara sumber makanan yang mengandungi antioksidan ialah makanan yang mengandungi Vitamin A, Vitamin C, dan Vitamin E.


Ia merupakan tips terbaik untuk penjagaan kulit wajah:


2. Exfoliate kulit anda

Exfoliate kulit anda bermaksud melakukan scrub untuk menanggalkan sel kulit mati pada kulit wajah anda selain menanggalkan sisa-sisa mekap.

Lapisan kulit mati yang berada dipermukaan kulit menyembunyikan kesegaran dan kemudaan kulit sebenar anda. Jadi dengan menggunakan scrub, ianya dapat ditanggalkan dan membantu mengurangkan kejadian garisan halus dan kedutan diwajah.

3. Lembabkan kulit dengan pelembab yang sesuai.

Pada usia 30an, kulit akan kehilangan kolagen dan menjadikan ianya kelihatan kurang anjal disamping pembentukan garisan halus dan kedutan diwajah.

Adalah dinasihatkan agar wanita 30an menjadikan amalan memakai pelembab kulit yang bersesuaian sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kulit yang kekal lembab akan kelihatan lebih sihat dan berseri. 

4. Amalkan topeng muka secara konsisten

Memandangkan wanita 30an kehilangan kolagen dan menjadikan kulit muka kelihatan kurang anjal, maka adalah wajib menjadikan pemakaian topeng muka secara konsisten.

Topeng muka membantu mengetatkan kulit muka.

Seeloknya penggunaan topeng muka adalah selepas pembersihan kulit wajah dan aktiviti scrubbing (menanggalkan sel kulit mati)

5. Cukupkan pengambilan air putih

Pengambilan air yang mencukupi membantu kulit terhidrat daripada dalam dan sekaligus mengekalkan keanjalan kulit.

Air membantu mengeluarkan toksin daripada badan dan dan mengekalkan kesegaran kepada kulit. Ini merupakan tips paling mudah untuk penjagaan kulit wajah.

6. Dapatkan rawatan wajah secara profesional secara berkala

Urutan muka membantu meningkatkan peredaran darah dan membantu dalam penyaliran keluar cecair limfa. 

Pastikan bahawa produk yang digunakan adalah sesuai untuk jenis kulit anda. 

Bagi anda yang kurang mampu, gunakan produk yang secukupnya seperti pembersih wajah, toner, moisturizer/ pelembap dan sesekali buang sel kulit mati dengan skrub halus.


7. Jangan lupa kepada 'sunscreen'

Ini yang selalunya menjadi 'tidak penting' kepada wanita. Dianggap tidak wajib. Sebenarnya pelindung matahari merupakan item paling penting dalam penjagaan wajah.

Kerosakan kulit yang berpunca daripada sinaran matahari memberikan kesan yang tidak bagus kepada kulit wajah seperti kelihatan kusam, berkedur dan lebih berusia daripada umur sebenar.

Selain itu juga, tanpa penggunaan pelindung matahari, kulit akan terdedah kepada pertumbuhan jeragat. Jadi jangan lupa untuk mengenakan pelindung matahri setiap kali keluar, sekurang-kurangnya pelindung matahari dengan SPF 30.

8. Ambil makanan / supplemen tambahan 

Asid Lemak Omega 3 dan tablet multivitamin boleh mengekalkan kulit yang sihat dan lembut. Mengambil suplemen tambahan ini boleh membantu mengekalkan kemudaan di wajah anda. 

Selain daripada Asid Lemak Omega 3, pengambilan Vitamin B secukupnya juga membantu meremajakan kulit walaupun sudah berusia 30an.


Jangan takut untuk mengambil 8 tip penjagaan kulit ini bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik walaupun telah berusia 30an.

Katakan tidak pada kulit kusam dan tidak berseri.

0 comments:

Post a comment

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.