Saturday, 9 February 2019

Yat's Braces Journey - Cabut Gigi Untuk Kali Pertama

Semasa hari pemasangan braces (04.02.2019), dentist ada tinggalkan 3 batang gigi yang tidak dipasang bracket.

Rupanya, 3 batang gigi ini perlu dicabut untuk memberi laluan kepada pergerakan gigi yang lain.

Dua batang gigi di bahagian atas, dan 1 batang gigi di bahagian bawah.

Disebabkan yat agak seriau dengan proses cabut gigi, maka yat setkan dua temujanji berbeza untuk cabutan gigi. Ini juga merupakan saranan staf klinik.

Tips untuk tidak terlalu rasa sakit akibat mencabut gigi ialah membuat cabutan gigi secara berasingan. Maksudnya, cabut untuk sebelah kiri terlebih dahulu dan temujanji selepas itu adalah untuk cabutan sebelah kanan.

Sebab itulah Yat buat dua temujanji berbeza. Hehe

Sebelum membuat cabutan, Dr.Devi (as per request Yat dengan klinik) menerangkan prosedur yang akan Yat hadapi. Al maklum la, gigi yang ingin di cabut adalah gigi yang sihat. Yang tidak rosak.

Sekiranya terdapat masalah seperti gigi patah dan tertinggal di dalam gusi, maka doktor akan mengorek kedalam gusi. Seram tau dak?

Tetapi Alhamdulillah, sepertimana doa Yat kepada Allah sepanjang perjalanan ke klinik agar segalanya dipermudahkan dia proses cabutan hanya berlaku sekelip mata.

Sekejap sangat. Baru je doktor cucuk-cucuk gusi untuk mengetahui tindakbalas ubat bius dan Yat kata sudah kebas, nurse di sebelah kata DONE.

Gigi dah dicabut tanpa ada masalah ataupun patah.

Tetapi lupa nak ambil gambar gigi tu. Hari ini Yat cabut yang sebelah kiri bahagian atas. Tapi jangan risau, pihak klinik akan simpan gigi itu sehingga ketiga-tiga gigi Yat habis dicabut. Jadi, Yat boleh ambil semula gigi itu untuk ditanam/buang.

Tips untuk anda yang ingin mencabut gigi:

  1. Sebelum ke klinik, pastikan makan terlebih dahulu. Kenyangkan perut.
  2. Doa kepada Allah agar dipermudahkan urusan cabut gigi dan tiada pendarahan yang lama.
  3. Selepas cabut gigi, JANGAN makan makanan panas, pedas dan keras.
  4. Makan makanan yang sejuk seperi aiskrim, vitagen sejuk dan sewaktu dengannya.
  5. Kerapkan tukar kapas.
  6. Elakan terlalu kerap berkumur.
Kos untuk cabut sebatang gigi di Klinik Pergigian Zahida ialah RM80.00 - RM200.00 sebatang, bergantung kepada keadaan dan proses cabutan gigi.

Jadi, kos yang dikenakan untuk Yat ialah RM120.00 bagi sebatang gigi yang sangat mudah proses cabutannya.

Maka, anda fikir-fikirkan lah. Bagi Yat, ianya adalah berbaloi dengan mudah dan cepat serta tidak sakit sepanjang proses cabutan.

Sampai sini dulu ye. Next proses, yat kongsikan lagi ye.

0 comments:

Post a comment

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.