Setelah sekian lama memendam keinginan untuk mendapatkan gigi yang tersusun rapi, hari ini (04.02.2019) yat dengan jayanya telah memasang braces.
Salah satu impian yang tertulis di dalam Vision Board 2018/2019. Alhamdulillah, Allah makbul dan permudahkan urusan yat.
Entry ni yat akan kongsikan pengalaman berharga yat untuk panduan bagi anda yang ingin memasang braces.
Tetapi apabila difikirkan kembali, masa perjalanan ke Bangi dari Klang agak menjadi kekangan memandangkan agak jauh dan perlu fikirkan anak-anak juga.
Maka bermulalah pencarian Yat untuk mencari klinik gigi yang menyediakan perkhidmatan pemasangan braces dengan harga berpatutan. Hasil pencarian melalui blog, Yat jumpa 2 klinik gigi yang menjadi pilihan ramai.
Salah satu impian yang tertulis di dalam Vision Board 2018/2019. Alhamdulillah, Allah makbul dan permudahkan urusan yat.
Entry ni yat akan kongsikan pengalaman berharga yat untuk panduan bagi anda yang ingin memasang braces.
Yat Pasang Braces Kat Mana?
Okeh, pada mulanya yat ingin pasang braces di Bangi selepas membaca pengalaman Mentor Shaklee yat, Master Nadiah.Tetapi apabila difikirkan kembali, masa perjalanan ke Bangi dari Klang agak menjadi kekangan memandangkan agak jauh dan perlu fikirkan anak-anak juga.
Maka bermulalah pencarian Yat untuk mencari klinik gigi yang menyediakan perkhidmatan pemasangan braces dengan harga berpatutan. Hasil pencarian melalui blog, Yat jumpa 2 klinik gigi yang menjadi pilihan ramai.
1. Klinik Pergigian Zahida
Lokasi: Seksyen 8, Shah Alam ( 24 Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor) - sebaris dengan kedai Soto tersohor Seksyen 8
No Tel: 03 5519 7441
2. Klinik Pergigian Zubaidah
Lokasi: 10A, 1st Floor, Jalan Pinang D 18/d, Seksyen 18, 40000, Shah Alam, Selangor, 40200
No Tel: 03 5549 2559
Jangan tertukar tau. Satu di Seksyen 8, dan satu lagi di Seksyen 18
Setelah berhubung melalui emel dan telefon dengan 2 klinik ini, yat pilih untuk mendapatkan khidmat daripada Klinik Pergigian Zahida. Kenapa?
Mungkin kerana keramahan para pekerja dan 'fast respond' daripada pihak klinik selain daripada agak dekat dengan rumah. :-)
Berapa Kos Pemasangan Braces?
Hasil makluman daripada kedua-dua klinik, kos pemasangan braces (yang biasa orang buat tu) ialah RM6000.00 tetapi tidak termasuk kos-kos lain seperti cabut gigi sekiranya perlu, cuci gigi (scaling), tampal gigi dan X-Ray gigi.
Yang membezakan antara dua klinik ini ialah, Klinik Pergigian Zahida boleh buat dua kali pembayaran deposit RM1,500.00. Bagi yat, ini juga faktor mengapa klinik ini menjadi pilihan.
Kali pertama ketika mengambil surat rujukan untuk X-Ray gigi sebanyak RM750.00.
Kali kedua adalah ketika temujanji untuk pemasangan braces sebanyak RM750.00 lagi.
Jumlah keseluruhan yang yat telah keluarkan ialah:-
- Deposit - RM1,500.00 (dua kali bayaran)
- Tampal gigi - RM100.00 (1 batang gigi)
- X-Ray gigi - RM170.00
- Scaling gigi - RM130.00
- Kit Penjagaan Gigi - RM30.00 (berus gigi, mini ubat gigi Colgate Pro-Relief, inter-dental brush dan wax)
Bayaran bulanan ialah RM150.00 setiap kali temujanji. Tetapi penambahan kos akan berlaku sekiranya ada rawatan lain seperti cuci gigi (scaling) atau whitening bergantung kepada keadaan semasa gigi.
Proses Pemasangan Pun Bermula
Temujanji yat untuk pemasangan braces ialah jam 4.30 petang. Hari Isnin sebelum Tahun Baru Cina dan saja je pilih waktu petang dengan harapan kejap je malam. Kalau sakit, boleh terus tidur. HahaJam 3.30 petang dah tercongok di klinik sebab sebelum pasang braces yat perlu check dulu gigi memandangkan ada gigi yang perlu ditampal. Ini pun ada cerita tersendiri. Kat entry lain yat kongsikan ye.
Selepas check gigi dan buat sedikit tampalan, ya Yat dah sedia untuk bergigi besi. Maka, bermulalah penantian nama dipanggil. Penantian itu satu penyiksaan tau.
Sebelum nama dipanggil, yat diberi pilihan untuk pilih warna getah bracket. Katanya staf klinik, ramai yang pilih warna pink atau biru. Tetapi atas faktor umur dan juga kebersihan, yat pilih warna kelabu. Biar nampak matang sikit. Pink and blue tu macam budak-budak baru nak up sangat. Hehe.
Jam 5.00 petang barulah nama dipanggil.
Doktor yang buat pemasangan braces yat namanya Dr.Suleza. Seorang doktor gigi yang cantik like Pan Asian dan sangat soft spoken. Dia panggil yat 'adik' tau. Hilang segala debaran di dada. Hehe
Hasil pemeriksaan, yat kena cabut 2 batang gigi bawah dan 2 batang gigi atas untuk memberi laluan kepada gigi yang berlapis di dalam keluar 'beratur' sama baris dengan kawan-kawan yang lain. Tetapi, 1 gigi di kiri bahagian bawah boleh di KIV dulu. Tengok macamana progress setelah 3 batang yang lain dicabut.
Sambil dia dok panggil 'adik' bagi arahan ke kanan ke kiri, tangan doktor sibuk buat sesuatu kepada gigi yat.
Ramai orang kata bila nganga lama macam ni, mulut akan rasa lenguh dan kering tekak. Tapi serius yat cakap, yat tak rasa apa pun. Rasa selesa. Rasa tenang. Itu saja
Mungkin sebab yat telah tanamkan dalam minda bawah sedar yang semuanya OK OK saja. Tak sakit. Tak seram. Tak lenguh.
Alih-alih doktor cakap, "Ok, adik boleh bangun dan kumur"
Bila bangun nak kumur, terasa macam ada sesuatu dalam mulut. Rasa macam berpasir. Haha
Rupa-rupanya, bracket telah siap dipasang. Selepas berkumur, tinggal untuk pasang dawai besi sahaja.
Lebih kurang 45minit, braces siap dipasang dan yess, yat bergigi besi sekarang ni. Macam tak percaya tau.
Penerangan Do's & Dont's Semasa Pakai Braces
Selepas siap pasang braces, akan ada seorang staf klinik yang akan menerangkan Do's & Dont's dan cara menjaga kebersihan gigi sepanjang pemakaian braces.Staf juga akan membawa kit penjagaan gigi dan menunjukan cara memberus gigi yang sebetulnya ketika memakai braces. Yang ditekankan ialah 'gosok gigi setiap kali lepas makan' untuk kebersihan gigi dan mengelakan mulut berbau sekiranya sisi makanan mereput melekat di celah braces.
Sampai sini dulu ye. Next entry yat kongsikan lagi.
Kalau nak tanya apa-apa, boleh je drop komen. Yat akan reply ASAP untuk anda.
Alhamdulilah, memang tau buat braces ni mahal, anak Sis dulu nak juga buat, tapi mahal katanya, padahal boleh bayar berkali-kali kan, bukannya apa, dia dengar kawannya kata sakit, terus tak jadi hahahaha
ReplyDeletemasa remaja rasa mcm mahal jugak la..haha
Deletesebab tu dah belia ni baru nk pasang..so far, alhamdulillah. tak sakit sangat mcm yang dimomokan tu..hihi
Nice, thanks for sharing the information about Braces. My girls might need it in future so will take note
ReplyDeletemost welcome :-)
Deleteteringin jugak nak pakai braces untuk gigi bahagian bawah ni. tp bila tgok pada kos dia, xpelah gigipon bukan truk sangat pun. huhu
ReplyDeletehehe..kalau tak ada apa yang menggangu, xperlu pun tak pe :-)
DeleteWow!!!!!! Mahal na nak pasang braces. But it’s worth it. Semoga you dpt Gigi yg you idamkan.
ReplyDeletesangat mahal tp rasanya berbaloi..hehe
DeleteHarga braces ni antara yang affordable. Ada yang lagi mahal. Ok lah kalau nak bagi gigi tu susun elok.
ReplyDeletebetul tu..ada klinik harga lagi tak mampu..sebab tu kena cek poket dulu..hehe
DeleteTeringat pulak zaman pakai braces. 2 tahun wak kita pakai. Sekarang ada besi dkt bahagian bawah sbb retainer asyik hilang. Jaga gigi elok elok ye
ReplyDeletekenapa ada besi sis? Seram pulak dengarnya..hehe
DeleteSis bab cabut-cabut gigi ni seram sejuk dibuatnya. Tapi okaylah boleh bayar ansuran. Jaga kebersihan gigi. Salam Ramadan.
ReplyDeletesalam ramadhan juga. in sha allah jaga elok2 pasni.. gigi mahal katanya kawan.haha
DeleteKita pun pakai braces almost 2 tahun lebih, and hurm bila entah nak buka. Sebab doctor kita jenis particular sgt (baguslah), cuma rasa lambat sgt. Lagi pun structure gigi kita ada problem. Ya hope so lahhh lepas ni boleh siap cepat. Next month kena jumpa doctor lagi. Marilah kita bertabah bila dah decide pakai braces hahaha.
ReplyDeleteye ke farah..moh laa kita berdoa moga cepat boleh bukak..hehe
DeleteAnak sis pun rasanya kena pakai braces tapi bila bawak ke klinik kerajaan kat bangsar, depa kata tak boleh pakai, kena betulkan jaw dia dulu..sedih tau dia..:D. Nanti bolehlah cuba kat sini pulak
ReplyDeleteuikk.. betulkn jaw tu spital kajaan boleh uat ke sis? cuba la roger klinik zahida ni :-)
DeleteAlhamdulillah, tahniah tercapai impian. Anak sulung ni pun dah sibuk ajak pi klinik gigi nak pakai braces gak, tengah tunggu Q kat klinik gigi gomen. Good sharing experience Yat.
ReplyDeletesemoga cepat sampai turn kt spital gomen tu ye :-)
Deletesaya pakai braces dengan hospital kerajaan dulu. mmg tough experience.
ReplyDeletedah lama ke? Pernah juga nk try tp masa tu umur dah lepas stended yg patut..hehe
DeleteUii..mahal juga hrga pemakaian braces nie..apa2 pun jga kebersihan gigi tue sbb da pakai braces kna rjin n slalu gosok gigi. Mahal pun xpe asalkan hasilnya berbaloi kan. .
ReplyDeleteItu pentingnya kena jaga gigi dan selalu checkup so dari kecik doc boleh detect pertumbuhan gigi. Takyh la buat braces. Hihi sakit tau buat. Nak ketatkan mulut. Mkn mnum payah. Tu adik za la bgtau.
ReplyDeletealhamdulillah, setakat ni smoothe je pengalaman ber braces ni.. :-)
DeleteSo far sisyat tak rasa la mcm sesetengah kawan2 yg cakap sakit semua tu. :-)
Teringin juga nak pakai braces. In sha allah nanti nak buat jugaklah. Thank you share
ReplyDeleteamin..amin..cuba la..cari dentist yang review best :-)
Deleteand yg paling penting harga dan servis..hehe
Selalu nya braces ni mahal kan, tapi yg ni macam reasonable jugak! Kalau ada kawan nak nnti saya recommend
ReplyDeletebanyak juga yang sisyat survey.. tapi klinik ni paling murah rasanya. lagi 1 servis dan staf zahida dental ni baik2 dan berpengalaman.
Deleteserius puas hati. berbaloi dengan harga di bayar :-)
Mahal jgk biat benda tu, rasa xsanggup klu nak buat sbb takut tsk terjaga kebersihannya dan tak menganggu ke
ReplyDeletebg sisyat tak mengganggu langsung. bab makan pun OK cuma tak boleh la gigit makanan yg keras2 tu.
Deletebab kebersihan, rasanya tak susah pun. sebab yg celah2 braces tu ada berus khas ;-)
kosnya mahal, kan. aida tahu sgt la sebab anak buah sorang, dah pun cabut braces dia.
ReplyDeletesepanjang skola menengah dia guna braces.
now, dah jadi doktor, cantik yg amat giginya :)
sesuatu yg mahal, tapi berbaloi la. kita nampak gigi kita / anak kita cantik. sedap mata memandang.
best nye laa kalo gg jadi cantik camtu. tapi lepas dah bukak braces nanti, kena pakai retainer plak. tak nak kasi gg gerak balik ke asal..
DeleteBaru je buat brances .. Kos siap semua dalam rm3300++ .. Atas bawah. Dokter pun baik. Tapi seram part cabut gigi la .. 4 gigi terpaksa dikorbankan 😅
ReplyDeleteKat mana tu?
DeleteKat mana buat? Sebab murah tuu
DeleteCabut gigi 4batang , dengar macam seram tp dah bius takda rasa apa pun. InshaAllah semua ok. I dlu pun penakut weh zaman skolah , ni baru brani.
ReplyDeleteSisyat masa tu cabut 2 batang je dulu..then datang lagi cabut yang selebihnya :-)
Deletenak pakai braces jugak tapi x sakit ke cabut gigi atas bawah
ReplyDeletelagi satu doktor ada ckp x bape tahun kena pakai?
tak sakit pun masa cabut tu.. maybe sebab dentist dah bpengalaman. and biasanya braces ni dalam 3 tahun plus je..depends pada tahap kerjasama gg bgerak tu. lagi 1 tips, jangan skip monthly appointment..hehe
DeleteSis nak tanya, lepas dr cabut gigi tu terus pasang braces ke? Ke next appointment baru pasang?
ReplyDeletealahaii..lupa laa..tp kalo x silap, next appointment baru pasang. sebab nk kasi gusi tu rest dulu :-)
Deletenak tanya..xray gigi sis buat kt stu juga ker atau kena buat kt tempat lain?
ReplyDelete