Saturday, 27 April 2019

Shaklee National Convention 2019 Di PICC Putrajaya

Shaklee National Convention (NC) 2019 baru sahaja melabuhkan tirai pada 27 April 2019. Satu majlis gala yang sangat berprestij bagi semua Shaklee Independent Distributor (SID).


Majlis ini merupakan majlis penghargaan kepada setiap SID yang bernaung di bawah label Shaklee. Kami di raikan. Kami di suntik dengan semangat positif perkongsian daripada insan-insan hebat yang berjaya.

Setelah 5 tahun tidak dapat menyertai keluarga Shaklee semasa majlis NC atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan, tapi tahun ini Allah permudahkan urusan.

Pada tarikh 27 April 2019 sebenarnya, En. Suami telah ada program bersama pasukan konvoi motor untuk ke Janda Baik. Dan pada tarikh itu juga, Cekyat ada temujanji bersama dengan doktor gigi untuk rawatan braces di Klinik Pergigian Zahida.

Jadual seakan padat kerana pada keesokan harinya, 28 April 2019 ada ujian kenaikan tali pinggang Takwando ITF si bujang sulung.

Memang sangat padat.

Tetapi, perancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan.

Konvoi En.Suami dibatalkan pada saat-saat akhir. Dan temujanji juga ditunda kepada tarikh lain atas faktor yang tidak dapat di elakkan oleh doktor.

Maka, bermula la proses menghadamkan perkongsian menarik dan inspirasi daripada Master-Master yang telah berjaya.

Kenapa setiap SID wajib datang sesi National Convention (NC)?
Secara peribadi, Cekyat boleh kongsikan ialah:
  • Boleh mendapatkan inspirasi daripada insan-insan hebat yang telah berjaya.
  • Menjadikan kisah kejayaan para master sebagai dorongan untuk terus berjaya
  • Membuka mata dan minda betapa senangnya bisnes Shaklee
  • Mendapatkan manfaat daripada perkongsian para pemimpin bisnes. Kebanyakan para pemimpin bisnes Shaklee adalah insan yang ingin mengekalkan gaya hidup sihat bersama produk Shaklee 
  • Merasai suasana gemilang dan peluang besar yang Shaklee sediakan kepada setiap SID. 
Sebab itu, amat rugi sekiranya SID tidak dapat menyertai majlis ini kerana input dan output yang dikongsikan sangat bernilai.

Tidak ternilai dengan bayaran RM30.00 tiket majlis ini.
Sekitar majlis berkenaan. Tema team kami adalah MUSTARD. Jadi, sedaya upaya cuba mematuhi tema berkenaan walaupun penyertaan adalah di saat akhir. Hehe
Bersama rakan seperjuangan sejak 2012
Team Meastro
Mentor kesayangan, Master Nadiah Suhaidi
Bersama Team 20an dari Maestro
Maestro
Anda berminat untuk menyertai team kami untuk membina empayar Shaklee? 

Hubungi kami untuk kami bantu dan tunjuk ajar anda di talian 019-397 9157
"Tomorrow Starts Today"

0 comments:

Post a comment

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.