Baru-baru ini menjadi tular doa yang diamalkan si cantik manis Neelofa melalui perkongsian beliau di rancangan Naura.
Sungguh terkesan apabila mendengar doa beliau yang sangat dalam maksudnya.
Di sini Cekyat kongsikan doa yang beliau amalkan selepas mendengar semula rakaman rancangan ini di slot Youtube.
Bismilillahirrahmanirrahim.
Ya Allah Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Perancang,
Berikanlah aku rezeki seluas langitMu,
Rezeki yang berkat,
Rezeki yang tidak pernah putus seperti air Zam-Zam Mu,
Rezeki yang bertebaran ke seluruh pelususk dunia sepertimana bertebarnya air Zam-Zam Mu bertebaran dipelusuk dunia,
Rezeki yang tak pernah putus,
Rezeki yang membawa kebaikan,
Rezeki yang membawa aku ke syurgaMu,
Rezeki yang tak disangka-sangka,
Rezeki yang tak terjangkau akal fikiran,
Rezeki yang membantu aku untuk berdakwah di negara-negara islam
Menbantu membawa pendakwah-pendawah ke seluruh dunia untuk berdakwah
Rezeki yang boleh membawa aku, keluarga, sahabat, guru-guru, dan semua yang mengenali aku ke SyurgaMu.
Doa ini tidak semestinya diamalkan selepas solat. Malah boleh dibaca setiap masa sebab doa mohon rezeki yang luas ini adalah setiap masa.
Doa sahaja sentiasa kepada DIA kerana DIA Maha Mendengar. Kerana hanya Allah sahaja yang tahu waktu yang tepat untuk memberikan kita rezeki.