Wednesday, 10 July 2019

Cara Mudah Memulakan Diet Intermittent Fasting

Sejak nampak keberhasilan selepas mengamalkan gaya hidup 'sihat' bersama Intermittent Fasting (IF), ramai kawan-kawan yang mula wasap bertanyakan tips dan cara untuk kurus.

Intermittent Fasting (IF) bermaksud berpuasa dalam tempoh tertentu dan diet ini membenarkan pengamalnya mengambil minuman seperti air kosong dan minuman tanpa gula (teh hijau, kopi kosong dan lain-lain minuman yang tanpa kalori serta gula)



Cara Cekyat masa awal-awal memulakan diet IF ialah dengan langkah-langkah berikut:-

1. Niat

Niat untuk mengurangkan berat badan atas sebab apa? Ingin lebih sihat. Ingin mudahkan beramal. Tulis dan setkan dalam diri kenapa anda ingin kurus / kurangkan berat badan.
Macam Cekyat, Cekyat nak mudahkan solat. Badan berat jadi banyak masalah timbul especially sakit tumit kaki bila berdiri lama. Nak cantik dan boleh pakai pakaian idaman hati adalah bonus.

Lagipun, banyak baju kerja dan baju rasmi jabatan yang tak muat.

2. Target
Berapa kilogram (KG) yang anda ingin 'cantas' dari berat badan sediada anda. IF ini konsepnya, biar lambat asal dapat hasil. Jadi, kena pasang target berapa kilogram nak hilang dan bila nak capai target.

Cekyat target untuk capai 55 kilogram pada raya 2019. Niat hati nak tukar saiz baju raya dari M kepada S.

3. Disiplin Dan Konsisten


Kena rajin dalam mengamalkan dan konsisten dalam perjuangan.

4. Tetapkan Jadual IF


IF adalah lebih kepada apa yang diri sendiri mampu lakukan. Jangan buat IF di luar kemampuan diri.

IF ada pelbagai regim iaitu 12:12, 16:8, dan 20:4. Jadi, anda harus memilih regim yang sesuai dengan tubuh badan dan masa anda.


Cekyat mula melaksanakan IF pada Oktober 2018 dengan regim 12:12 iaitu 12 jam masa makan dan 12 jam masa puasa.

12 jam masa puasa adalah bermula pada 8 malam dan berakhir pada jam 8 pagi. Regim 12:12 ini Cekyat amalkan selama 2 minggu dalam pada untuk membiasakan diri dan perut dengan jadual makan yang telah berubah.

Pada minggu ketiga, Cekyat cuba 14:10 dan alhamdulillah badan boleh menerima waktu puasa lebih lama.

Mula pada November 2018, Cekyat telah memulakan regim 16:8 iaitu 16jam waktu puasa dan 8 jam waktu makan.

Apabila badan telah biasa dengan amalan IF ini, Cekyat akan buat lebih fleksibel bergantung kepada jadual kerja Cekyat.

5. Jaga Pengambilan Gula 

Seeloknya, elakan mengambil minuman / makanan bergula melainkan hari 'Cheat Day'. Tetapi dengan kuantiti yang berpada-pada.


6. Senaman

Untuk melancarkan lagi proses penurunan berat badan, adalah disarankan anda melakukan senaman.

Senaman yang Cekyat lakukan ialah Squat dan Plank mengikut kemampuan badan samada waktu pagi atau malam. 


Senaman Squat boleh dilakukan ketika waktu mandi, manakala Plank boleh dilakukan ketika selepas waktu solat.

Baca juga:
Kurus Cepat Dengan Intermittent Fasting

Begitulah cara Cekyat amalkan IF sejak Oktober 2018.

Berbekalkan semangat nak sihat dan nak kurus, Cekyat konsisten dan disiplin sehingga hari ini.

Baca juga:

Feel free contact Cekyat untuk berkongsi dan bercerita tentang IF okay. Semoga kita semua terus sihat dan cantik untuk kehidupan yang lebih bahagia di masa hadapan.

7 comments:

  1. Makin famous intermittent fasting ni ye. Nad tengok ramai juga kawan-kawan yang amalkan dan nampak keberkesanannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nad. kite sendiri dah rasa keberkesanan nya. :-)

      Delete
  2. hari tu da cuba tapi x konsisten hahaha last2 stop.. Adehh kena kuat semangat jgk nk buay diet ni

    ReplyDelete
  3. no 3 tu yg paling payah nk buat hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..betul tu..tp kena kuat semangat.. kata nak pakai kebaya..haha

      Delete
  4. boleh minum susu anlene x waktu puasa pgi klau diet 16.8

    ReplyDelete

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.