Rancang cuti-cuti bersama keluarga ketika hujung minggu?
Bagi kami yang berada di Klang, sudah semestinya lokasi menarik untuk dikunjungi adalah sekitar Shah Alam dan Klang sendiri.
Di Shah Alam, sudah pasti I City menjadi pilihan utama untuk membawa anak-anak dan kelurga melihat kerlipan lampu yang cantik dan warna warni.
Tetapi pada hari ini kami memilih untuk ke tempat yang sama, namun bukan I City. Kali ini kami ke Pasific International Lighting Festival di Batu 5, Klang
Sungguh cantik tau lampu-lampu yang pihak penganjur sediakan.
Lampu-lampu di reka menjadi mercu kebanggaan Malaysia seperti KLCC, KL Tower, Harimau Malaya dan banyak lagi.
![]() |
Kapal dan naga di lopak air |
![]() |
KL Tower |
![]() |
KLCC dan bunga tulip |
![]() |
Mama dan gigirl di lampu bunga tulip |
![]() |
Anak-anak seronok melukis di tanah |
Berapa tiket yang dikenakan?
Bagi kami, tiket adalah harga mampu milik bagi semua orang.
Dewasa: RM8
Kanak-Kanak: RM3
![]() |
Harga tiket masuk ke Pacific International Lighting Festival Di Klang |
Tapi disebabkan anak bujang telah dapat tiket percuma daripada sekolah, kami cuma spent belanja untuk yang lain-lain sahaja.
Sebenarnya, pihak pengajur telah melakukan roadshow di setiap sekolah di Klang untuk mewar-warkan festival ini. Sempena roadshow berkenaan, semua murid layak mendapat 1 tiket percuma.
Jadi, sekiranya anda adalah ibu-bapa yang berada di area Klang lebih baik semak dengan anak-anak yang bersekolah untuk tiket percuma ini.
Bila tarikh akhir festival ini?
Semasa di kaunter tiket, kami ada bertanyakan pihak penganjur. Festival akan berlangsung sehingga 31 Julai 2019. Namun sekiranya pihak penganjur mendapat kelulusan untuk tambahan masa beroperasi, festival lampu ini akan di panjangkan sehingga 31 Ogos 2019.
Bagi anda yang mencari lokasi sesuai untuk jalan-jalan di hujung minggu, boleh la bawa keluarga datang ke sini, Pacific International Lighting Festival.
0 comments:
Post a comment
Terima kasih atas komen anda :-)