Intermittent Fasting (IF) sudah semakin sinonim dengan cara hidup rakyat Malaysia yang ingin menurunkan berat badan di samping menjaga kesihatan diri.
IF seakan menjadi fenomena kepada mereka yang mempunya berat badan berlebihan tetapi ingin kurus atau turunkan berat badan tanpa perlu 'berpantang' makan. Tanpa perlu catu makanan yang di ambil.
Keadaan ini selepas selebriti terkenal, Lisa Surihani mendedahkan rahsia atau tips kembali kurus dan ramping selepas melahirkan anak kedua.
Baca disini:
Begitu juga dengan Cekyat. Terpaksa meniru cara kurus Lisa Surihani untuk mendapatkan kembali berat badan yang ideal dengan BMI yang normal.
Suatu ketika dulu (ketika bertugas di Ibu Pejabat Kuala Lumpur), makan dan pantry sangat menjadi sahabat baik Cekyat. Boleh dikatakan pantry adalah tempat yang paling kerap Cekyat habiskan masa memandangkan kerja hakiki tidak terlalu menuntut masa yang lama berada di work station.
Asalkan masih berada dalam department dan sekiranya bos mencari, masih boleh dijumpai dengan mudah. Hehe
Maka, berat badan Cekyat naik secara mendadak. Daripada 57kg menjadi 63 kg. Dengan ketinggian yang tak berapa nak tinggi, maka BMI Cekyat jatuh pada Overweight.
Overweight okay!!
Banyak masalah yang timbul pada diri sendiri bila BMI overweight.
- Peha bergesel dan kekadang boleh melecet.
- Cepat mengah / penat
- Baju kerja banyak yang tidak muat terutama sekali di bahagian pinggang dan pinggul.
- Sakit sendi
- Kemalasan (kadang-kadang terlampau malas..haha)
Maka, Cekyat bertekad untuk turunkan berat badan. Sudah penat untuk overweight. Dan jika dibiarkan, ianya boleh mencapai berat yang lebih parah.
Akhirnya, Cekyat jumpa kaedah yang paling mudah dan senang untuk diet iaitu mengikut cara Lisa Surihani. Intermittent Fasting (IF) menjadi pilihan.
Baca Di Sini:
Cekyat seorang penggemar makanan yang sedap-sedap dan secukup rasa.
Jadi, Cekyat memang tidak boleh amalkan diet cara Eat Clean. Cekyat memang tak mampu nak ikut dan sediakan bahan-bahan yang dianggap agak renyah bagi seorang yang suka makan / penggemar makanan.
Bermula pada pertengahan Oktober 2018, Cekyat amalkan IF secara berperingkat dengan regim 12:12 iaitu 12 jam waktu makan dan 12 jam selebihnya adalah waktu berpuasa.
Kemudian, Cekyat tingkatkan kepada regim 16:8 setelah badan sudap dapat bertoleransi dengan perubahan pola pemakanan Cekyat. 16 jam puasa dan 8 jam selebihnya adalah waktu makan.
Dan akhirnya, Cekyat kembali mendapat berat badan 57kg pada May 2019 setelah konsisten mengamalkan IF hampir 7 bulan. Biar lambat turun kilo, asalkan selamat untuk badan dan diri sendiri.
Terkini, sehingga Julai 2019 Cekyat sudah mencapai berat badan 54kg. Dan dengan ini, BMI juga kembali Normal (21.6)
Setelah BMI kembali kepada Normal, apa perubahan yang paling ketara dapat dirasai?
- Badan kembali cergas.
- Tidak mudah penat / mengah.
- Boleh berdiri lama tanpa sakit tumit.
- Peha sudah kembali kurus dan tiada lagi masalah peha melecet.
- Dan paling best, baju-baju yang direhatkan kembali boleh dipakai semula.
Tetapi, perlulah anda carigali ilmu dan info berkenaan IF terlebih dahulu ye. Buat sesuatu dengan berilmu okay .
Jika sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut pengalaman Cekyat, sudilah kiranya tinggalkan komen. In Sha Allah, Cekyat akan kongsikan dengan anda.
Terima kasih sudi baca pengalaman Cekyat bersama IF.
kebetulan aida baca ni, cikyat.
ReplyDeleteingat kan start 1 ogos, lusa, aida nak start puasa isnin khamis & IF.
dulu, before Ramadhan, tak buat IF. but more to exercise.
now, da start keje, tak dpt lah nak exercise.
hmmmmm syawal, zulkaedah.... makan tak hengat! :) ha ha ha ha
badan dah berat ni. aida nak test 12:12. tgk camne.
in sha allah aida boleh..nanti share tau perkembangan 12:12 :-)
DeleteKak Feni pon patut cuba IF la lepas ni. Makan tak ingat dunia. Badan pon dah macam belon.
ReplyDeleteboleh..boleh kak.. in sha allah kita kembalikan kesihatan badan kita dengan jaga makan :-)
DeleteMcm mna cara pemakanan dlm tempoh 8 jam tu
ReplyDeleteselalunya sisyat cukup 16jam IF tu pukul 12 tengahari.. so masa ni dah start ambil makanan berat. selalunya dah amik lunch.. menu apa saja, tp guna cara suku2 separuh..
ReplyDeletelepas tu waktu petang ada la amik mkanan lain sikit..
biasanya kul 6 ptg tu dah tak rasa lapar sangat. more to nak minum air kosong je.
I am really surprised by the quality of your constant posts.You really are a genius, I feel blessed to be a regular reader of such a blog Thanks so much..Onlinekaj.com ���� fontcopyandpaste.net
ReplyDeleteব্যবসা কি? কাকে বলে?
গ্রাফিক্স ডিজাইন
টিউবমেট অ্যাপস
? ওয়েবহোস্টিং কী
কিভাবে একটি ব্লগ তৈরি করবেন
ভিটমেট অ্যাপস