Sunday, 25 August 2019

Bloglist Wanted!

Yang ini lagi simple dan mudah.

Memang berbaloi kalau anda join segmen yang ini.

Segmen ni sempoi sahaja so kalau berminat anda cuma perlu:


1. Follow blog Tiara Sapphire dan Tinggalkan Link blog anda kat kotak komen entry asal ok.
Tak payah copy banner atau buat post.

2. Due Date : 31 Ogos 2019

semua yg tinggalkan link kat kotak komen bawah ni blogger Tiara Sapphire akan masukkan dalam bloglist. Katanya, tiada pilih kasih ye..hehe

So, apa yang di tunggu lagi kawan-kawan. Jom la join.

Kita support each others okay :-)
Continue Reading

Saturday, 24 August 2019

Segmen : Refresh My Bloglist

Hujung minggu macam ni, kita cuba memeriahkan segmen atau giveaway kawan-kawan blogger je la.

Hari ini Cekyat join satu segmen yang bertajuk Refresh My Bloglist oleh blogger THISNI3ZA


Syarat untuk join segmen ni tak susah pun

Cuma perlu ikut arahan di bawah sahaja:

1. Buat 1 entry tajuk --> SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST

2. Tempek banner meriah kat atas tu dgn back link kan ke entry asal blog THISNI3ZA.

3. Then tinggalkan link entry anda di entry asal tersebut

Pemilihan pemenang adalah secara rawak yang akan ditentukan oleh pemilik blog berkenaan. Seramai 20 blog yang akan dipilih.

Dan, yang best nya adalah akan ada hadiah misteri juga kepada yang terpilih.

Jadi, apa yang ditunggu lagi. Jom la memeriahkan segmen ni bersama-sama.

Kita support each other gitu. hehe
Continue Reading

Tuesday, 20 August 2019

Bagaimana Anggur Muscadine Bertukar Kepada Vivix?

Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.


Di Shaklee, kami memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.

Baca:


Tumbuh Di Georgia

Shaklee telah menugaskan Pauilk Vineyard Di Georgia iaitu kebun muscadine terbesar di dunia untuk menanam Anggur Muscadine yang berkuasa.

Kali pertama di tanam ialah pada tahu 1970, keluarga Paulk telah menanam pokok anggur muscadine ini dengan keluasan tanah 600 ekar dan ianya telah menghasilkan anggur muscadine yang sihat dan segar pada hari ini.

Tanpa mengira cuaca hujan atau panas, penjagaan terhebat dan sentuhan lembut telah diberikan kepada anggur muscadine dan menjadikanya anggur yang dicari dalam industri makanan tambahan yang sihat ini.


Komited Untuk Kualiti

Untuk mendapatkan polifenol dan kebaikan nutrien yang maksimum, Shaklee mempunyai pusat penyelidikan yang menempatkan pasukan Penyelidikan Dan Pembangunan Shaklee iaitu Pusat Inovasi Forest C Shaklee.

Di pusat penyelidikan ini, para penyelidik bekerja siang dan malam untuk mengawasi dan seterusnya menyempurnakan proses penyelidikan tersebut supata mendapat kebaikan nutrisi terbaik daripada produk Shaklee


Dari Ladang Anggur Dengan Penjagaan Terbaik Dan Sentuhan Paling Lembut

Di petik dengan tangan, Anggur Muscadine yang berharga ini telah melalui penjagaan rapi dengan penuh perhatian oleh petani di paulk Vineyards.

Setiap anggur di jaga rapi, dipilih dan diasingkan untuk memberikan anda kepekatan paling tinggi dengan nutrien yang penuh kebaikan.


Tradisi Memenuhi Inovasi

Anggur Muscadine Shaklee di perah secara "whole press" dengan menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan untuk mengekalkan rasa dan nutrien yang bermanfaat dengan polifenol maksimum.

Dengan tradisi pertanian yang digabungkan bersama teknologi moden Shaklee, anda akan dapat menikmati yang terbaik dari alam semulajadi dan sains dalam bentuk minuman botani yang selamat, terbukti dan berkesan.

Baca:

Untuk order atau pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami 019-397 9157. Kami akan bantu anda dengan kadar segera.
Continue Reading

Saturday, 17 August 2019

Selamat Ulang Tahun Ke 35 Cekyat

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu Cekyat.


Ya, begitulah bila meraikan pertambahan 1 angka dalam kehidupan.

Alhamdulillah, bertambah lagi usia Cekyat pada tahun ini. Di kelilingi oleh suami, 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. Rasanya hampir lengkap lah hidup ini buat masa ini dengan kurniaan yang Allah beri.

Kejadian pada 16 Ogos memang sesuatu yang akan tersimpan kemas dalam kotak memori.

Setiap kali jam menunjukan hari baru (16 Ogos), dia akan selalu menjadi orang yang pertama memberikan ucapan selamat kepada puan isteri.

Tahun ini dengan ucapan "Hari ini ku ucapkan Selamat Hari Lahir kepadamu isteriku tercinta, semoga kita bisa menjaga hubungan yang tulus suci ini dengan dilandasi kepercayaan dan cinta yang kuat. Di hari ulang tahunmu ini kuharap Allah S.W.T semakin sayang kepadamu, dan menjadikanmu sebagai peribadi yang lebih bijak bagiku dan bagi anak-anak ku."

Allahuakhbar, terharu sungguh dengan cara dia memberikan ucapan itu.

Dan, yang paling tidak disangka ialah kejutan yang menanti dirumah.

Biasalah, jika hari ulangtahun kelahiran kami jatuh pada hari bekerja, maka kami akan tetap meneruskan langkah ke pejabat demi tuntutan kerja hakiki. Tidak perlu bercuti kerana ada hari lain yang boleh kami raikan.

Setelah habis waktu bekerja pada 16 Ogos (hari kejadian), Cekyat memandu balik ke rumah macam biasa. Seperti tiada apa yang akan berlaku memandangkan dia pun diam sahaja di rumah bersama anak-anak. Lagipun, malam nanti dia akan masuk kerja memandangkan jadual dia pada minggu ini adalah "Shift Malam".

Sesampainya di rumah, ternampak kelibat anak kedua Cekyat yang sudah berpakaian 'smart' sangat. Dalam fikiran Cekyat, mungkin mereka bertiga dah keluar makan dan baru sampai di rumah.

"Awish pakai hensem-hensem ni nak ke mana?" soal Cekyat bersahaja tanpa syak langsung. haha

"Tak ada pergi mana-mana pun. Saja je pakai macam ni"

Bertuah betul budak kecil seorang ni.

Melangkah ke dalam rumah dalam suasana yang gelap. Tanpa cahaya lampu. Dah kenapa la suka duduk dalam gelap mereka ni. Tiba-tiba 'princess' terkedek-kedek mengejar mama.

Sekali berpaling nak dokong si kecil, terus terpacak si dia dengan kek ditangan.


Dengan suara anak bujang berdua menyanyikan lagu "Happy Birthday To You, Happy Birthday To You, Happy Birthday To You Mama"

Allahu, kejutan tahun ini menjadi sangat sebab bikin Cekyat sangat terperanjat. Pandai dia berpakat dengan anak-anak dia untuk buat kejutan ini.


Apa-apa pun, terima kasih sangat-sangat wahai SUAMI ku sayang dan anak-anak mama DASUKI, DARWISH, dan AUJI.

Doakan Cekyat berbahagia dan berkasih sayang selalu ye kawan-kawan:-)
Continue Reading

Friday, 16 August 2019

Giveaway Nak Menang.. ''Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink'' bondezaidalifah.com

Giveaway lagi.

Biasa la kan, selagi ada ruang dan peluang. Apa salahnya kita meramaikan penyertaan GA yang kawan-kawan blogger anjurkan. 


Syarat penyertaan GA bodezalifah.com sangat la senang.

1. GA ini terbuka kepada semua follower blog beliau, lelaki dan wanita boleh join.

2. Anda perlu baca entri ini dibawah terlebih dahulu 


dan follow instagram dibawah :

Zaidalifah Aisheteru follower 5006


3. Kemudian anda buat satu entri bertajuk :

GIVEAWAY NAK MENANG.. ''SAFI FAIR BEAUTY BERRY COLLAGEN DRINK'' BONDEZAIDALIFAH.COM 

Copy Banner GA dan hyperlinkkan entri tersebut, ke entri asal di blog bondezaidalifah.com

4. Setelah selesai semua langkah 1 hingga 3, anda komen dekat entri asal di blog berkenaan dengan maklumat :

(i) link entry yang mengandungi logo GA ini.

(ii) link akaun instagram anda. (Bonde akan buat pemantauan tau! jadi jangan tak lengkap pula yea...)

5) Tarikh mula GA pada 15 /08/ 2019 hingga 15 /09/ 2019 ( 1 bulan)

So, sangat senang kan?

Apa yang ditunggu lagi. Jom la kita pakat meramaikan penyertaan GA ini.

Mana tahu ada rezeki nanti kan. :-)
Continue Reading

Thursday, 15 August 2019

Mek Zumbie 2k19 August Giveaway

Okay semua, yang mana lemau nak update blog selepas makan daging korban banyak-banyak tu, jom kita join Giveaway (GA) dari blogger Mek Zumbie ni.

 Mek Zumbie 2k19 August Giveaway
Cara untuk menyertai GA ni senang sangat:

1. GA ini terbuka kepada semua follower blog Cik Zumbie ni.

2. Anda perlu follow dua instagram Cik Zumbie which is I AM TRACEY, lepas tu another one ta.authentics

3. Kemudian, anda kena buat 1 entri yang sangat mudah yang mempunyai logo GA, dan hiperlink kan entri itu ke entri asal di blog Cik Zumbie. 

4. Setelah selesai semua step 1 hingga 3, then anda kena komen kat entri blog asal dengan maklumat:

(a) link entry yang mengandungi logo GA ini.

(b) link atau pun nama instagram korang. (Yang ni supaya Cik Zumbie senang nak check nanti hhuhuhu)

Mudah kan cara nak sertai GA ni.

Apa hadiah yang Mek Zumbie nak berikan untuk pemenang GA ni?

Cekyat pun tak tahu sebenanrnya sebab Mek Zumbie belum update lagi pasal hadiah. Cuma, yang dimaklumkan 10 pemenang akan dipilih melalui sistem undian.

Mana tahu rezeki kita semua kan. 

Jom la meramaikan penyertaan GA ni :-)
Continue Reading

Sunday, 11 August 2019

Selamat Hari Raya Aidiladha 2019

Assalamualaikum semua.

Kepada sahabat yang menjalankan ibadah korban, selamat menunaikan ibadah korban sempena Aidiladha 1440H.

Kami meraikan Hari Raya Aidiladha tahun ini di wad Hospital KPJ Klang sahaja memandangkan tuan puteri kecil berada dalam proses sihat.

Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidiladha semua.



Sempena Raya Haji hari ini, kedai online kami akan bercuti juga. 

Tetapi, jika anda ingin order suplemen masih boleh. Kami akan submit order kepada pihak HQ Shaklee untuk di proses pada hari bekerja nanti.

So, jika ingin order item yang sedang promo pada bulan Ogos ini boleh laju-laju Wasap Cekyat ye.
Continue Reading

Friday, 9 August 2019

Segmen | Giveaway Up Traffic By Madam Caramel

Giveaway yang kali ke berapa dah ye yang Cekyat join ni. hehe

Seronok sebenarnya join GA atau Segmen ni. Kali ni kita join GA daripada Blogger Madam Caramel pula.


Syarat-syarat :
  • Follow blog ini.
  • Add Facebook MadamCaramel dan Like FB Page MadamCaramel
  • Subscribe Channel Youtube Madam Caramel (kalau takde salah satu, it's okay)
  • Follow Instagram Madam Caramel (jika ada Instagram)
  • Buat entri bertajuk 'Segmen | Giveaway UP Traffic by Madam Caramel '.
  • Copy banner di atas dan backlink ke entri ini.
  • Tinggalkan URL entri anda di ruang komen di bawah.
  • Setiap penyertaan akan dimasukkan ke dalam bloglist di Madam Caramel selama 3 bulan.

Mudah sangat kan cara nak menyertai GA ni.

So, apa yang ditunggu lagi kawan-kawan. Jom la sama-sama memeriahkan GA madam ni.

Tarikh penyertaan GA ini ialah daripada 5 Ogos 2019 sehingga 30 Ogos 2019.

Selamat berjaya semua!!
Continue Reading

Thursday, 8 August 2019

Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway

Haiii. Join giveaway lagi kali ni.

Giveaway ke empat yang Cekyat sertai kali ni.

Jom kawan-kawan sertai GA kat blog shuhaidasaad.com ni.

Cara nak sertai pun mudah sangat. Rugi tau kalau kawan-kawan tak join sama-sama dengan Cekyat ni.

Memang kalah tu rezeki masing-masing. Betul tak?

 suhaidasaad.com 3rd giveaway

Terma dan Syarat :
1. Follow blog shuhaidasaad.com
2. Buat satu entri bertajuk Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway
3. Letak banner dalam entri, dan link kan ke blog shu.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Mudah kan syarat-syarat penyertaan yang blogger shu berikan ni. Just follow her blog sahaja.

Apa hadiah yang di janjikan?

Antara hadiah yang akan menjadi kepunyaan pemenang yang bertuah ialah:-

Hadiah Pertama : Dhia Cotton

Hadiah Kedua : Bawal Merdeka Mirabelle
Hadiah ketiga dan keempat akan di umumkan kemudian dan para pemenang yang dipilih adalah secara random oleh empunya giveaway.

Selamat berjuang kawan-kawan yang menyertai GA ini.
Continue Reading

Wednesday, 7 August 2019

Giveaway-01 by Ema @ ematunz.blogspot.com

Giveaway ke tiga yang Cekyat join pada bulan ini.

Seronok sebenarnya join contest yang di anjurkan oleh kawan-kawan blogger. Menang atau kalah, itu adalah rezeki yang telah Allah aturkan.

Niat utama kena perbetulkan!

Kenapa join GA yang kawan-kawan blogger anjurkan?

Sudah pasti niat utama adalah untuk meramaikan kawan-kawan kan? Selebihnya adalah untuk 'menghidupkan' blog sendiri.

Kali ni Cekyat join Giveaway-01 by Ema @ ematunz.blogspot.com

 Giveaway-01 by Ema @ ematunz.blogspot.com

Cara-cara untuk menyertai Giveaway-01 by Ema adalah sangat mudah dan senang. Cuma perlu melalui proses berikut:-

"Giveaway-01 by Ema @ ematunz.blogspot.com"
  • Tinggalkan link entry blog tu kat ruangan komen post GA di blog ematunz.blogspot.com.
  • Tarikh tamat adalah pada 25.08.2019 jam 11.59 malam


Apa Hadiah Yang Ditawarkan? 

Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw.




Info hadiah: 
Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, sudah tentu laa senang dibentuk. Setiap butir kaca sangat merelip, dan yang paling penting melekat kuat. 

Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau.

Untuk lebih info berhubung tudung bawal KACA, anda boleh la klik pautan di www.ematunz.blogspot.com.
Continue Reading

Saturday, 3 August 2019

Promosi Shaklee Ogos 2019

Promo Shaklee Ogos 2019. 

Sudah tentu 'killer' product yang menjadi rebutan pencintanya.


1. Vivix Shaklee

Shaklee menyediakan 2 pilihan untuk mendapatkan Vivix Shaklee pada harga promo.

A) Belian 2 botol Vivix Shaklee (Twin Pack Set), layak mendapat 5% diskaun. Penjimatan sehingga RM47.50 bagi setiap set.

B) Belian 6 botol Vivix Shaklee akan mendapat 1 botol Vivix secara percuma. Penjimatan sehingga RM475.00 setiap set.



Keistimewaan lain dengan setiap belian set Vivix Shaklee:
  • Pendaftaran Keahlian adalah percuma. (Jimat RM65.00)
  • Pengeposan percuma. (Jimat RM10.00)
  • Rebat tunai berdasarkan set belian yang dipilih.
  • Menarik kan promo Vivix Shaklee ni.


2. Shaklee Hello Baby

A) Promosi beli satu percuma satu bagi setiap produk Shaklee Baby.


Dengan setiap pembelian Shakleebaby Soothing Lotion, anda akan mendapat percuma lagi 1 item yang sama.

Sekiranya anda memilih untu mendapatkan Shakleebaby Massage Oil, anda juga layak mendapat lagi 1 item yang sama secara percuma.

B) Promotion Extended : Beli 1 Set Shaklee Baby pada Diskaun 30%


Belian salah 3 item di bawah, anda layak mendapat 30% diskaun dan juga layak mendapat tuala dan bag Shaklee Baby secara PERCUMA..
  • Shaklee Baby Soothing Lotion
  • Shaklee Baby Massage Oil
  • Shaklee Baby Gentle Wash

3. Promotion Extended : Youth Mask


Dapatkan Youth Mask Purifying Clay dan Youth Hydrating Gel Mask pada harga RM297.50.

Setiap pembelian anda akan menerima secara PERCUMA:
  • Youth Organza Bag
  • Youth Facial Brush
  • Youth Massage Guide Book

4. Extended Promotion : Promosi Jom Shaklee

Promosi Jom Shaklee dilanjutkan sehingga September 2019 melibatkan 3 Set yang menjadi Hot Set iaitu:-


  • Belian 2 Vivix berkembat pada harga RM684.00. 
Jimat RM76.00.
  • Beli 1 Set Youth Starter Set pada harga RM612.00. 
Jimat RM68.00
  • Beli 1 Set Daily Essential Set pada harga RM736.20. 
Jimat RM81.80

Baca di sini:

Banyak kan promo yang Shaklee sediakan.

Anda berminat untuk dapatkan apa sahaja produk Shaklee walaupun bukan item promosi, boleh hubung Cekyat ye.

Jangan lepaskan peluang terbaik ini.

Untuk order atau pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami 019-397 9157. Kami akan bantu anda dengan kadar segera.
Continue Reading

Friday, 2 August 2019

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Selamat menyambut minggu penyusuan susu ibu sedunia kepada para ibu hebat.

Seperti yang telah di ketahui umum, 1 hingga 7 Ogos setiap tahun di isytiharkan sebagai Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia. Tahun ini merupakan tahun ke 27 sambutan ini dilaksanakan diseluruh dunia.



Sambutan ini bertujuan untuk menerapkan komitmen terhadap usaha menyokong penyusuan susu ibu kepada bayi yang baru lahir dengan melancarkan promosi berbentuk ilmu kepada para ibu bapa.

Dengan ilmu penyusuan yang lengkap, komitmen terhadap perlaksanaan penyusuan susu ibu dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Komitmen ini dapat melindungi anak-anak yang baru lahir daripada pelbagai penyakit semasa bayi dan seterusnya mengurangkan risiko mendapat penyakit setelah meningkat dewasa.

Tema sambutan pada tahun ini adalah “CAKNAKAN IBUBAPA, JAYAKAN PENYUSUAN - Bertindak sekarang demi masa depan” (EMPOWER PARENTS, ENABLE BREASTFEEDING – Now and for the future!). 

Tema ini menekankan kepentingan usaha pelbagai pihak dalam mewujudkan rantaian sokongan bagi menyediakan persekitaran yang berupaya memperkasakan ibu untuk menyusukan anak secara optima. Sokongan daripada pasangan, keluarga, majikan, rakan sekerja dan komuniti akan memberi impak yang lebih besar dalam membudayakan amalan penyusuan susu ibu di Malaysia.

Untuk menjayakan budaya amalan penyusuan susu ibu, perkara-perkara berikut seharusnya perlu ditekankan:

  • Ibu atau bakal ibu bapa perlu mendapatkan ilmu asas penyusuan seawal mengandung daripada sumber yang sahih;
  • Para suami dan ahli keluarga perlu peka tentang keperluan ibu semasa tempoh menyusu, membantu ibu menyusu serta dan memberi sokongan emosi dan kasih sayang.
  • Rakan sekerja perlu memberi empati, sokongan moral dan membantu meringankan tugas ibu menyusu.
  • Kumpulan sokongan penyusuan susu ibu perlu terus menerus memberi sokongan dan berkongsi pengalaman untuk memotivasikan para ibu.
  • Masyarakat sekeliling perlu prihatin kepada keperluan ibu menyusu terutama di tempat awam, memberi empati dan sokongan emosi.
  • Menyediakan ruang khas untuk ibu menyusu di tempat awam seperti pasaraya.
  • Majikan di sektor kerajaan dan swasta perlu menyediakan persekitaran yang kondusif kepada ibu-ibu, termasuk menyediakan pusat jagaan bayi dan kanak-kanak, kemudahan untuk ibu memerah dan menyimpan susu ibu, bilik atau sudut penyusuan serta melaksanakan waktu kerja anjal.

Tahniah kepada para ibu yang telah memberikan komitmen terhadap penyusuan susu ibu kepada anak anda.


Sesungguhnya, anda adalah ibu hebat di mata anak anda dan juga masyarakat. Teruskan amalan anda demi melahirkan generasi yang sihat serta demi kelestarian generasi kita yang akan datang.

#BreastfeedingFighter
Continue Reading

Thursday, 1 August 2019

Selamat Datang Bulan Kelahiran | Ogos 2019


Hai Ogos, selamat bertemu kembali bulan kelahiran Cekyat.

Bulan yang juga memberikan Cekyat dan suami seorang puteri, Nur Hanania Auji.

Semoga Ogos terus memberikan kebahagian dan keceriaan kepada kami sekeluarga. Baik dari segi kehidupan bekeluarga ataupun dalam perniagaan online bersama Shaklee.

Please be NICE to us hokayyy :-)

Siapa yang lahir pada bulan Ogos, sila la share di ruangan komen. Boleh Cekyat saling mengenali dengan anda yang mempunyai bulan kelahiran yang sama. Hehe
Continue Reading

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.