Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Di Shaklee, kami memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.
Baca:
Tumbuh Di Georgia
Shaklee telah menugaskan Pauilk Vineyard Di Georgia iaitu kebun muscadine terbesar di dunia untuk menanam Anggur Muscadine yang berkuasa.
Kali pertama di tanam ialah pada tahu 1970, keluarga Paulk telah menanam pokok anggur muscadine ini dengan keluasan tanah 600 ekar dan ianya telah menghasilkan anggur muscadine yang sihat dan segar pada hari ini.
Tanpa mengira cuaca hujan atau panas, penjagaan terhebat dan sentuhan lembut telah diberikan kepada anggur muscadine dan menjadikanya anggur yang dicari dalam industri makanan tambahan yang sihat ini.
Komited Untuk Kualiti
Untuk mendapatkan polifenol dan kebaikan nutrien yang maksimum, Shaklee mempunyai pusat penyelidikan yang menempatkan pasukan Penyelidikan Dan Pembangunan Shaklee iaitu Pusat Inovasi Forest C Shaklee.
Di pusat penyelidikan ini, para penyelidik bekerja siang dan malam untuk mengawasi dan seterusnya menyempurnakan proses penyelidikan tersebut supata mendapat kebaikan nutrisi terbaik daripada produk Shaklee
Dari Ladang Anggur Dengan Penjagaan Terbaik Dan Sentuhan Paling Lembut
Di petik dengan tangan, Anggur Muscadine yang berharga ini telah melalui penjagaan rapi dengan penuh perhatian oleh petani di paulk Vineyards.
Setiap anggur di jaga rapi, dipilih dan diasingkan untuk memberikan anda kepekatan paling tinggi dengan nutrien yang penuh kebaikan.
Tradisi Memenuhi Inovasi
Anggur Muscadine Shaklee di perah secara "whole press" dengan menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan untuk mengekalkan rasa dan nutrien yang bermanfaat dengan polifenol maksimum.
Dengan tradisi pertanian yang digabungkan bersama teknologi moden Shaklee, anda akan dapat menikmati yang terbaik dari alam semulajadi dan sains dalam bentuk minuman botani yang selamat, terbukti dan berkesan.
Baca:
Bagusnya Shaklee. Pentingkan kualiti untuk hasilkan produk.
ReplyDelete💗💗💗
betul tu ruby.. selamat dan berkesan untuk jangka masa panjang :-)
DeleteKualiti shaklee memang tidak boleh dipertikai. Hanya bahan berkualiti tggi saja yang diguna.
ReplyDeletesetuju dengan ana juga :-)
Delete