Friday, 2 August 2019

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Selamat menyambut minggu penyusuan susu ibu sedunia kepada para ibu hebat.

Seperti yang telah di ketahui umum, 1 hingga 7 Ogos setiap tahun di isytiharkan sebagai Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia. Tahun ini merupakan tahun ke 27 sambutan ini dilaksanakan diseluruh dunia.



Sambutan ini bertujuan untuk menerapkan komitmen terhadap usaha menyokong penyusuan susu ibu kepada bayi yang baru lahir dengan melancarkan promosi berbentuk ilmu kepada para ibu bapa.

Dengan ilmu penyusuan yang lengkap, komitmen terhadap perlaksanaan penyusuan susu ibu dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Komitmen ini dapat melindungi anak-anak yang baru lahir daripada pelbagai penyakit semasa bayi dan seterusnya mengurangkan risiko mendapat penyakit setelah meningkat dewasa.

Tema sambutan pada tahun ini adalah “CAKNAKAN IBUBAPA, JAYAKAN PENYUSUAN - Bertindak sekarang demi masa depan” (EMPOWER PARENTS, ENABLE BREASTFEEDING – Now and for the future!). 

Tema ini menekankan kepentingan usaha pelbagai pihak dalam mewujudkan rantaian sokongan bagi menyediakan persekitaran yang berupaya memperkasakan ibu untuk menyusukan anak secara optima. Sokongan daripada pasangan, keluarga, majikan, rakan sekerja dan komuniti akan memberi impak yang lebih besar dalam membudayakan amalan penyusuan susu ibu di Malaysia.

Untuk menjayakan budaya amalan penyusuan susu ibu, perkara-perkara berikut seharusnya perlu ditekankan:

  • Ibu atau bakal ibu bapa perlu mendapatkan ilmu asas penyusuan seawal mengandung daripada sumber yang sahih;
  • Para suami dan ahli keluarga perlu peka tentang keperluan ibu semasa tempoh menyusu, membantu ibu menyusu serta dan memberi sokongan emosi dan kasih sayang.
  • Rakan sekerja perlu memberi empati, sokongan moral dan membantu meringankan tugas ibu menyusu.
  • Kumpulan sokongan penyusuan susu ibu perlu terus menerus memberi sokongan dan berkongsi pengalaman untuk memotivasikan para ibu.
  • Masyarakat sekeliling perlu prihatin kepada keperluan ibu menyusu terutama di tempat awam, memberi empati dan sokongan emosi.
  • Menyediakan ruang khas untuk ibu menyusu di tempat awam seperti pasaraya.
  • Majikan di sektor kerajaan dan swasta perlu menyediakan persekitaran yang kondusif kepada ibu-ibu, termasuk menyediakan pusat jagaan bayi dan kanak-kanak, kemudahan untuk ibu memerah dan menyimpan susu ibu, bilik atau sudut penyusuan serta melaksanakan waktu kerja anjal.

Tahniah kepada para ibu yang telah memberikan komitmen terhadap penyusuan susu ibu kepada anak anda.


Sesungguhnya, anda adalah ibu hebat di mata anak anda dan juga masyarakat. Teruskan amalan anda demi melahirkan generasi yang sihat serta demi kelestarian generasi kita yang akan datang.

#BreastfeedingFighter

9 comments:

  1. Happy breastfeeding week dear :)

    ReplyDelete
  2. Baru tau ada world breestfeeding week.

    ReplyDelete
  3. kita belum masuk lagi fasa ibu2 ni...tapi nanti bila da jadi ibu, insya'Allah nak juga try full bf...

    ReplyDelete
  4. Nonton Bola Online Streaming Bola Live Yalla Shoot TV Malam Hari Ini

    Cara Nonton Bola Online Live Gratis. Nobar Streaming Bola Live Siaran

    Langsung Sepak Bola Yalla Shoot TV Kualitas HD

    #bola #streaming #live #yalla #shoot #liga #hari #yalla shoot #malam

    #malam hari #shoot tv #bola live #bola online #streaming bola #online

    #streaming bola live #yalla shoot tv #live

    www.NOBARTV.top

    www.NOBARTV.top

    www.NOBARTV.top



    Nonton Bola Online Streaming Bola Live Yalla Shoot TV Malam Hari Ini

    Cara Nonton Bola Online Live Gratis. Nobar Streaming Bola Live Siaran

    Langsung Sepak Bola Yalla Shoot TV Kualitas HD

    #bola #streaming #live #yalla #shoot #liga #hari #yalla shoot #malam

    #malam hari #shoot tv #bola live #bola online #streaming bola #online

    #streaming bola live #yalla shoot tv #live

    www.Lihatbola.live
    www.Lihatbola.live
    www.Lihatbola.live



    Nonton Film Streaming Movie Layarkaca21 Lk21 Dunia21 Bioskop

    Cinema 21 Box Office Subtitle Indonesia Gratis Online Download -

    Layarkaca21 Box Office Cinema21 Bioskop Terlengkap Terbaru

    www.Layarkaca21indo.com
    www.Layarkaca21indo.com
    www.Layarkaca21indo.com



    Nonton Film Streaming Movie INDOXXI Layarkaca21 Lk21 Dunia21

    Bioskop Cinema 21 Box Office Subtitle Indonesia dan English Gratis

    Online Download - INDOXXI Box Office Cinema21 Bioskop Terlengkap

    Terbaru.

    Bioskopkeren, Nonton Movie 21, Dunia21, Lk21, Jurangan21, Nonton

    Film21, Indoxxi, Nonton streaming, Nonton Drakor

    www.Bioskopgaul.com
    www.Bioskopgaul.com
    www.Bioskopgaul.com

    ReplyDelete
  5. Pernah terlibat dengan minggu penyusuan susu ibu ini..

    ReplyDelete
  6. Ruby masih menyusu kan budak comey Amsyar ni.

    Ingat nak wean off dah. Dah 2 tahun 5 bulan.

    Mak nak percennn. Sila lah luluskan. Hahaha.

    Tak tahan dia suma korek pusat mak nya bila menyusu 😆😆

    ReplyDelete

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.