Saturday, 17 August 2019

Selamat Ulang Tahun Ke 35 Cekyat

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu Cekyat.


Ya, begitulah bila meraikan pertambahan 1 angka dalam kehidupan.

Alhamdulillah, bertambah lagi usia Cekyat pada tahun ini. Di kelilingi oleh suami, 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. Rasanya hampir lengkap lah hidup ini buat masa ini dengan kurniaan yang Allah beri.

Kejadian pada 16 Ogos memang sesuatu yang akan tersimpan kemas dalam kotak memori.

Setiap kali jam menunjukan hari baru (16 Ogos), dia akan selalu menjadi orang yang pertama memberikan ucapan selamat kepada puan isteri.

Tahun ini dengan ucapan "Hari ini ku ucapkan Selamat Hari Lahir kepadamu isteriku tercinta, semoga kita bisa menjaga hubungan yang tulus suci ini dengan dilandasi kepercayaan dan cinta yang kuat. Di hari ulang tahunmu ini kuharap Allah S.W.T semakin sayang kepadamu, dan menjadikanmu sebagai peribadi yang lebih bijak bagiku dan bagi anak-anak ku."

Allahuakhbar, terharu sungguh dengan cara dia memberikan ucapan itu.

Dan, yang paling tidak disangka ialah kejutan yang menanti dirumah.

Biasalah, jika hari ulangtahun kelahiran kami jatuh pada hari bekerja, maka kami akan tetap meneruskan langkah ke pejabat demi tuntutan kerja hakiki. Tidak perlu bercuti kerana ada hari lain yang boleh kami raikan.

Setelah habis waktu bekerja pada 16 Ogos (hari kejadian), Cekyat memandu balik ke rumah macam biasa. Seperti tiada apa yang akan berlaku memandangkan dia pun diam sahaja di rumah bersama anak-anak. Lagipun, malam nanti dia akan masuk kerja memandangkan jadual dia pada minggu ini adalah "Shift Malam".

Sesampainya di rumah, ternampak kelibat anak kedua Cekyat yang sudah berpakaian 'smart' sangat. Dalam fikiran Cekyat, mungkin mereka bertiga dah keluar makan dan baru sampai di rumah.

"Awish pakai hensem-hensem ni nak ke mana?" soal Cekyat bersahaja tanpa syak langsung. haha

"Tak ada pergi mana-mana pun. Saja je pakai macam ni"

Bertuah betul budak kecil seorang ni.

Melangkah ke dalam rumah dalam suasana yang gelap. Tanpa cahaya lampu. Dah kenapa la suka duduk dalam gelap mereka ni. Tiba-tiba 'princess' terkedek-kedek mengejar mama.

Sekali berpaling nak dokong si kecil, terus terpacak si dia dengan kek ditangan.


Dengan suara anak bujang berdua menyanyikan lagu "Happy Birthday To You, Happy Birthday To You, Happy Birthday To You Mama"

Allahu, kejutan tahun ini menjadi sangat sebab bikin Cekyat sangat terperanjat. Pandai dia berpakat dengan anak-anak dia untuk buat kejutan ini.


Apa-apa pun, terima kasih sangat-sangat wahai SUAMI ku sayang dan anak-anak mama DASUKI, DARWISH, dan AUJI.

Doakan Cekyat berbahagia dan berkasih sayang selalu ye kawan-kawan:-)

10 comments:

  1. Selamat Ulang Tahun semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik & diberkati di dunia & akhirat.. Aminn~

    ReplyDelete
  2. selamat ulangtahun kelahiran..happy always

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir Kak Yat.🥳🥳🥳

    Semoga bahagia sokmo dengan family.

    Sihat selalu.

    Maintain comel deh.

    💗💗💗

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ruby atas doanya... maintain comel tu alalala..dah 35 ni dik..kena rajin telan vitamin C ni haa :-)

      Delete
  4. happy belated birthday cekyat. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dunia akhirat.

    salam kenal. ;)

    http://sheayang.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir cekyat.. Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan nya nanti

    ReplyDelete
  6. awww sweetnya! Semoga hubungan diberkati & dilindungi sampai syurga

    ReplyDelete

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.