![]() |
Ayam Masak Kerutuk Kelantan Style |
Resepi Ayam Kerutuk Kelantan Style.
A) Bahan di kisar
![]() |
Ayam Masak Kerutuk Kelantan Style - Bahan Kisar |
2. Bawang putih - 3 ulas
3. Lengkuas
Nota
- Kesemua bahan di atas dikisar hingga lumat / halus.
B) Bahan hiris dan bahan-bahan lain
- Bawang merah dan bawang putih dihiris nipis
- Serai dititik / di ketuk sahaja
Nota:
- Serbuk kerutuk paling sedap boleh didapati di Negeri Kelantan. Dijual secara timbang.
- Bancuh serbuk kerutuk dengan sedikit air sekadar untuk melarutkan serbuk tersebut.
- Untuk ayam separuh, Yat gunakan 3/4 santan jenama Kara. Jika kalian mahu menggunakan santan jenama lain dalam menyahut seruan Buy Muslim First (BMF), boleh saja. Hehe
- Sekiranya anda menggunakan santan segar, 2 cawan santan sudah mencukupi.
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau yang wangi dan sedap.
- Masukkan bunga lawang, serai dan kayu manis dan tumis sehingga garing dan mewangi.
- Masukkan serbuk kerutuk yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan sehingga mendidih sambil kacau sehingga sebati. Gunakan api perlahan dan biarkan sehingga pecah minyak dan garing.
- Masukan ayam setengah ekor dan kacau rata untuk sebatikan ayam bersama bahan-bahan lain.
- Biarkan mendidih sehingga air ayam tersebut sedikit kering. Pastikan kacau sentiasa bagi mengelakan berkerak.
- Bila semakin kering, masukkan santan dan sedikit air untuk menjadikan kuah. Masukkan juga asam keping, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
- Masak dengan api perlahan sehingga air kering dan santan naik minyak.
![]() |
Ayam Masak Kerutuk Kelantan Style - Santan dan kuah yang sedang memekat |
- Kerutuk Kelantan rasanya manis sedikit. Jadi masukan gula lebih sikit. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada tekak masing-masing ye. Jangan manis ting-ting pula.
- Masakan kerutuk Kelantan bewarna gelap dan kuahnya agak pekat. Jadi, perlulah reneh lama sedikit untuk pekatkan kuah dan jadikan ianya bewarna gelap.
- Selain ayam, boleh juga guna daging ye.
- Boleh juga masukan kentang atau carrot sebagai sayuran.