
Jerebu masih lagi "mengganas" pada hari ini. Yang mana masih ada 27 buah sekolah yang ditutup di dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Klang kerana bacaan IPU melebihi 200.
Klik gambar untuk maklumat lanjut sekolah-sekolah yang ditutup
Bagi sekolah yang mendapat bacaan melebihi 100, pihak sekolah telah diingatkan oleh pihak KPM untuk menghentikan semua aktiviti diluar bilik darjah demi kesihatan para pelajar.
Bacaan IPU : Apakah Bacaan Yang Selamat?

API merujuk kepada Air Pollution Index (Index Pencemaran Udara - IPU) yang merupakan skala pengukuran tahap jerebu yang dihadapi.
- Bacaan 50 - Baik
- Bacaan 51 - 100 Sederhana
- Bacaan 101 - 200 Tidak Sihat
- Bacaan 201 - 300 Sangat Tidak Sihat
- Bacaan 301 - 400 Berbahaya
- Bacaan 401 - 500 Sangat Berbahaya
Sekiranya bacaan IPU melebihi tahap 500, kerajaan berhak untuk mengumumkan kawasan yang dilanda jerebu itu sebagai kawasan darurat.
Bacaan skala ini menjadi rujukan kepada pihak berkenaan dalam membuat keputusan berhubung penutupan sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan jerebu teruk.
Kandungan Jerebu : Apakah Ia?
Tahukah anda apakah kandungan yang terdapat dalam asap jerebu serta beza antara zarah jerebu 10 mikron atau jirim zarahan, PM10 dan PM2.5?
Kajian membuktikan zarah yang amat halus adalah ancaman berbahaya kepada kesihatan manusia.
Antaranya ialah zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron. Apabila disedut secara terus ke dalam badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan kepada paru-paru. Zarah sekecil ini boleh berada di ruang udara lebih lama dan mampu bergerak sehingga beratus kilometer.
Semakin lama ianya berada di ruang udara, peluang untuk menjejaskan kesihatan semakin tinggi.
Baca disini:-
Topeng Muka Yang Paling Efektif Menghadapi Jerebu
Bagi menghadapi keadaan jerebu yang membawa zarah-zarah terlampau halus yang boleh menyumbang kepada masalah kesihatan diri terutamanya kepada kesihatan paru-paru, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan panduan tentang topeng muka yang sesuai dipakai ketika muism jerebu teruk.
Topeng muka jenis N95 merupakan topeng muka yang paling disarankan oleh KKM untuk digunakan ketika jerebu. Ini kerana topeng muka jenis ini mempu menutup muka dan hidung serta menghalang sekurang-kurangnya 95% zarah terampai yang bersaiz kecil 0.3 micron daripada memasuki saluran pernafasan. Ini juga telah diuji oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Amerika Syarikat.
Fungsi topeng muka N95 berbeza berbanding topeng pembedahan, perubatan atau penjagaan pesakit.
Ketiga-tiga topeng muka lain dicipta bagi menapis partikel yang dikeluarkan oleh pemakainya kepada persekitarannya.
N95 direka untuk mengurangkan pendedahan pemakai kepada pencemaran yang berada dalam udara.
Berdasarkan pemerhatian Pensyarah Fakulti Sains Universiti Monash Malaysia Dr Song Beng Kah, kebanyakan orang masih percaya topeng muka jenis pembedahan iaitu yang mempunyai dua atau tiga lapisan, dapat melindungi pemakai daripada ancaman jerebu.
“Mereka tidak menyedari topeng muka jenis pembedahan ini sebenarnya langsung tidak berkesan untuk menapis partikel halus yang terkandung dalam jerebu.
“Salah faham ini terbawa-bawa selama bertahun lamanya sejak jerebu menjadi musim tahunan negara kita hingga ia sebenarnya membahayakan kesihatan orang ramai secara kronik.
“Hakikatnya, partikel dalam jerebu biasanya bersaiz kurang daripada 2.5 mikrometer dan sememangnya tidak dapat dihalang oleh topeng muka biasa seperti topeng pembedahan itu.
“Sesiapa yang memakai topeng jenis berkenaan ketika jerebu untuk jangka masa panjang sebenarnya akan membahayakan diri dengan membenarkan bahan partikel halus bersaiz 2.5 mikrometer memasuki paru-paru dan darah melalui sistem pernafasan seterusnya mengakibatkan pelbagai jenis penyakit paru-paru, jantung dan sebagainya,” katanya.
Menurut Dr Song, satu mikrometer bersamaan satu per sejuta meter iaitu lebih halus berbanding serbuk kopi atau sehelai rambut.
Baca sini:
Kesan Jerebu terhadap kesihatan Diri
Sekiranya penjagaan kesihatan tidak berada pada tahap paling optimum ketika musim jerebu, akan berlaku masalah kesihatan yang teruk kepada individu.
Menurut Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan 40 peratus dalam penyakit bawaan jerebu ini dicatatkan di seluruh negara setakat ini yang mendapatkan rawatan akibat konjunktivitis, asma dan ruam di kulit.
Kesan Jangka Pendek
Antara kesan jangka pendek yang dakan dihadapi akibat jerbu ialah:-
- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
- Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih dan berair atau konjunktivitis (radang selaput mata).
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal-gatal.
- Terasa sakit dada.
- Fungsi paru-paru merosot, menyekat saluran pernafasan, sakit dada, sesak nafas dan radang paru-paru.
Jantung dan paru-paru turut terjejas kerana partikel yang disedut ketika jerebu tersangat halus dan sekaligus meningkatkan risiko untuk individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru.
Ia mungkin mengambil masa antara satu hingga tiga hari untuk kesan atau tanda-tanda jerebu dirasai.
Bagi kesan jangka panjang jerebu, tidak ada banyak data yang boleh didapati buat masa ini.
Ini mungkin disebabkan faktor utama yang jerebu biasanya tidak memberi kesan kepada sesebuah lokasi geografi sepanjang tahun.
Kesan Jangka Panjang
Tetapi menurut beberapa kajian, pendedahan berterusan kepada jerebu akan meningkatkan risiko kepada penyatkit kardiovaskular, mengurangkan perkembangan paru-paru dan masalah pernafasan dikalangan kanak-kanak.
Risiko jangka panjang yang berkaitan dengan pendedahan kepada zarah jerebu:
- Mempercepatkan proses penebalan arteri berbanding orang lain, iaitu punca penyakit vaskular.
- Meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dan mengurangkan jangka hayat dari tempoh beberapa bulan ke beberapa tahun.
- Boleh menyumbang kepada penyakit kencing manis.
- Keguguran serta-merta, berat bayi di bawah kadar biasa dan kecacatan ketika kelahiran bayi atau kematian bayi.

Sama-sama la kita menjaga kesihatan ketika musim jerebu teruk ini terutama sekali kepada anak kecil dan juga orang tua.
rimas dgn jerebu..tapi terpaksa jg harungi..
ReplyDeletebetul tu. harap-harap la cuaca makin baik :-)
DeleteKak Feni terpaksa ulang alik sejam untuk pergi balik kerja. Kerja tak dapat cuti.
ReplyDeletesama la kak..gagah la jugak harungi cuaca tak sihat ni ;-)
Deleteharap2 jerebu terus berkurangan
ReplyDeletebetul tu. kalau boleh biarlah kembali sihat udara kat Malaysia ni.
DeleteNAMPAKNYA JEREBU BERMUSIM TIAPTAHUN PULA YA
ReplyDeletekan..tiap2 tahu mesti ada je jerebu ni. tapi kali ni memang sangat terkesan kan.
Deletesemoga jerebu akan berlalu pergi secepat mungkin, lemas melihat keindahan bumi Allah bila di selaputi asap dan tidak baik untuk kita penghuni bumi ini.. Aamiin. Tips yang sangatbaik Yat, terima kasih :)
ReplyDeletetahun ni rasanya paling teruk kot sis ana. terkesan sungguh. kita yang dah dewasa ni pun perit mata & tekak. apatah lagi kanak-kanak.
Deleteterima kasih. tips untuk kita semua tu :-)
semoga kita semua t'pelihara dari sebarang kemudaratan akibat jerebu.
ReplyDeleteamin..amin atas doanya :-)
DeleteKat Melaka nasib baik tak teruk.
ReplyDelete-wina1979-
alhamdulillah. rezeki tu. :-)
DeleteKat Shah Alam pun jerebunya teruk. Nak bernafas pun semput
ReplyDeleteha..betul tu. kalau ke sana untuk meeting, hadoii..terasa la
DeleteTensen betul jerebu ni, harap tahun depan dah tak berulang aktiviti pembakaran terbuka secara besar-besaran yang bertahap teruk macam ni 😷
ReplyDeletetahun ni dah kena plan apa nak buat kalau jadi lagi macam ni. indon dan ada 1 wilayah yang isytihar darurat kan?
Deletehari ni langit dah nampak ok dan terus ok hendaknya..jerubu ni bukan buat pandangan kita merimaskan sama dgn udara..rasa sesak kan
ReplyDeletebetul..kat sini pun dah cerah. bacaan IPU pun dah bawah 100..alhamdulillah
DeleteAssalam Pn Hayati, sallam kenal juga.
ReplyDeleteRedo ajalah yer dengan jerubu ni semua,
Kat hospital tadi ramai yang batuk-batuk
Demam dan selsema, semuanya munkin akibat jerubu.
just call me yat..hehe
Deletesama laa, bw anak follow up checkup kat KPJ pun ramai juga patient yang batuk2 dan selsema..
saya follow sini :)
ReplyDeletebaik eyma.. salam kenal :-)
Deletelama nya jerebu, berbulan dah ni..
ReplyDeleteiya, betul sangat tu. tapi alhamdulillah laa, minggu ni dah kerap hujan lebat :-)
DeleteMoga cepat berlalu lah masalah jerebu ni..tak best sgt bila musim ni..
ReplyDeletemudah-mudahan kita dijauhkan dr segala masalah kesihatan berkaitan masalah jerebu ni...
Salam kenal ya..
Syukur cuaca dah makin cantik sekarang..salam kenal dari JM 😬
ReplyDeleteAlhamdulillah dah banyak ok dah sekarang.... hujan pun dah turun, harapnya jerebu pun hilanglah
ReplyDeletemusim jerebu di Sarawak sudah pulih
ReplyDeleteAlhamdulillah it's better these days.
ReplyDeleteray follow sini. hi hi hi
#72.
Alhamdulillah kat Melaka hujan turun beberapa hari so dah takde dah :)
ReplyDeleteBahayanya jerebu. Semoga dijauhkan dari bencana jerebu
ReplyDeletejerebu ni, dah lah udara kotor, panas pula tu. tp pg td bangun tidur buka tingkap, nampak sebiji sebiji bangunan kt kl ni rs bahagiaaaa sangat tanpa jerebu wpn semalam keadaan mcm nk jerebu semula
ReplyDelete