Friday, 6 September 2019

Koleksi Testimoni Nutriferon® Granules Shaklee

Nutriferon® Granules Shaklee disukai ramai pengguna Shaklee untuk menggalakan sistem pertahanan badan menjadi lebih kuat.

Berikut adalah perkongsian daripada pengguna Nutriferon® Granules Shaklee yang telah mengalami kesan baik selepas mengamalkannya.

1) Puan Shikin Yazid Lim - Kesan Positif Cirit Birit Dalam Tempoh 24 Jam

"Kin ambil sendiri sebab ceri beri (cirit birit) dan dalam tempoh 24 jam, Kin telah merasai kesan positif.

Masa tu, memang tidak tahu pun yang Nutriferon Shaklee bagus untuk diarrhea. Tapi tawakal je sebab dah tak tahan sangat.

Sekarang ni, sesiapa sahaja yang sakit perut (cirit-birit) di rumah, Kin memang suruh kemam Nutriferon® Granules Shaklee."



2) Puan Yat Hayati - Batuk Dan Demam Si Kecil Sudah Tidak Kerap

"Nutriferon® Granules Shaklee menjadi asbab si kecil perempuan sudah jarang admit hospital. Dari umur si kecil 3 hingga 4 bulan, dia telah kerap keluar masuk wad.

Tapi, selepas umur setahun dan dibenarkan ambil supplemen yang boleh membantu imunisasi badan dia telah mengmbil Nutriferon® Granules Shaklee. Memang kesukaan dia dan dia boleh makan begitu sahaja tanpa perlu bancuh bersama air.

Alhamdulillah, sudah 8 bulan tak menjejakan kaki ke hospital. Demam dan batuk juga sudah tidak sekerap dulu"



3) Puan Tengku Sofia - Nutriferon Asbab Hand, Foot & Mouth Desease (HFMD) Tidak Melarat

"Kak Pia makan Nutriferon masa sakit. 

Pengalaman masa diri sendiri kena HFMD. Beberapa bulan kemudian anak pula  kena HFMD. Kak Pia bagi makan Nutirferon dan Alhamdulillah badan sudah tidak demam. Asbab ambil Nutriferon® Granules.

Dalam masa 4 hari dah OK HFMD tu dan badan-badan pun semakin hilang sakitnya.

Yang paling best, ulser kat mulut seakan terbantut dan keluar sedikit sahaja.


4) Puan Mahfuzah Abd Salam - Nutriferon Elak Batuk Dan Hingus

"Put banyak banyak bagi anak-anak sebagai perlindungan diri. Sebab anak-anak bercampur ramai-ramai atau main air masa cuti.

Buat macam ni sebab bila balik kampung, anak-anak akan sakit lepas cuti tu.

Jadi, untuk mengelakan itu terjadi bagi la Nutriferon® Granules. ianya macam travel kit la"


5) Puan Syahida Ali - Nutriferon Bantu Ketika Demam Denggi

"Syida makan Nutriferon® Granules ketika demam denggi. Alhamdulillah tak warded sebab platlet atas 150.

Lagipun pilih duduk dirumah sebab masih menyusu sikecil.

Tapi setiap hari kena pergi bahagian emergency hospital untuk ambil darah dan masukan air"

Sekiranya anda mempunyai masalah imunisasi dan ingin meningkatkan sistem pertahanan badan, cubalah ambil Nutriferon Shaklee.

NutriFeron® Granules adalah hasil daripada penyelidikan & penghasilan yang mengambil masa bertahun-tahun. Pada tahun 1970, Dr. Yasuhiko Kojima, ahli imunologi terkenal di dunia, bersama rakan-rakan penyelidiknya, menyaring, menguji dan menilai lebih daripada 200 ramuan yang berbeza. 

Akhirnya, gabungan empat bahan botani berasal dari biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga japanese honeysuckle dipilih untuk campuran NutriFeron® Granules kerana keberkesanannya dalam mengekalkan kesihatan yang baik.

Sekiranya anda berminat dan ingin mendapatkan Nutriferon® Granules Shaklee atau produk Shaklee yang lain, anda boleh hubungi kami di talian 019-397 9157 untuk maklumat lanjut dan tempahan.

3 comments:

  1. Alhamdulillah, produk berkualiti pasti mendatangkan hasil terbaik

    ReplyDelete
  2. Bagus ye kesan nutriferon ni. brand bagus haruslah kesannya juga bagus kan

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.