Hari ini bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh kawasan Klang mencapai IPU yang sangat tidak sihat iaitu 201 setakat jam 5.00 pagi tadi.
Sebanyak 27 buah sekolah di PPD Klang di arahkan tutup oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) susulan daripada keadaan jerebu yang semakin serius dan tidak terkawal.
Baca sini:
Penutupan sekolah adalah diarahkan sekiranya bacaan IPU di sesuatu kawasan adalah melebihi 200 demi keselamatan dan kesihatan para pelajar.
Tindakan ini amatlah di sambut baik oleh para ibu bapa bagi mengelakan kesihatan anak-anak yang masih kecil semakin merosot dengan keadaan cuaca yang tidak sihat pada ketika ini.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Jerebu?
Ramai yang faham tentang jerebu merupakan asap. Dan asap berkenaan hanyalah asap biasa dalam kuantiti yang banyak.
Sebenarnya, kefahaman itu perlu ditambahbaik lagi.
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara.
Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Apakah Yang Menyumbang Kepada Punca Jerebu?
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
- Pembakaran Secara Terbuka
- Asap Dari Kilang
- Asap Dari Kenderaan
Dan asap yang terlalu tebal dan banyak daripada pembakaran terbuka tersebut menyumbang kepada cuaca berjerebu.
Tahukah Anda Apa Isi Kandungan Jerebu?
![]() |
Kandungan Jerebu Yang Merbahaya |
Masih ramai yang tertanya tentang kandungan jerebu. Di manakah bahayanya? Sedangkan dengan mata kasar, ianya hanya dilihat sebagai cuaca mendung yang macam kabus di waktu pagi sahaja.
Tahukah anda apakah kandungan yang terdapat dalam asap jerebu serta beza antara zarah jerebu 10 mikron atau jirim zarahan, PM10 dan PM2.5?
Kajian membuktikan zarah yang amat halus adalah ancaman berbahaya kepada kesihatan manusia.
Antaranya ialah zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron. Apabila disedut secara terus ke dalam badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan kepada paru-paru. Zarah sekecil ini boleh berada di ruang udara lebih lama dan mampu bergerak sehingga beratus kilometer.
Semakin lama ianya berada di ruang udara, peluang untuk menjejaskan kesihatan semakin tinggi.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan?
Sekiranya individu terdedah secara berterusan kepada jerebu, ianya kan memberikan kesan-kesan yang tidak baik seperti berikut:
- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
- Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal-gatal.
- Terasa sakit dada.
Jika anda mendapati keluarga atau diri sendiri menghadapi kesan berkenaan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran dengan kadar segera.
Antara golongan yang berisiko tinggi untuk menghadapi masalah kesihatan ketika jerebu ialah:-
- Kanak-kanak
- Orang tua
- Perokok
- Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
- Mereka yang mengalami penyakit:
- Asma
- Bronkitis
- Radang paru-paru
- Penyakit paru-paru yang kronik
- Jantung
- Alahan
![]() |
Langkah Pencegahan Bagi Mengurangkan Kesan Jerebu Kepada Kesihatan |
- Perbanyakan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Kerap mandi dan elakan daripada memakai pakaian yang tebal, ketat dan bewarna gelap.
- Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau premis.
- Jika mampu, pasang pendingin udara atau penapis udara berkecekapan tinggi bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.
- Sentiasa berada dalam bangunan, dan jika terpaksa keluar pastikan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) serta payung dan topi.
- Pastikan mod pendingin hawa kereta berada dalam mod kitaran dalaman semasa memandu.
- Kurangkan aktiviti fizikal yang terdedah kepada udara berjerebu.
- Elakan membeli makanan di gerai / kedai tepi jalan (makanan tidak bertutup)
Selain itu juga, anda boleh menambah baik tahap kesihatan dengan mengambil makanan tambahan atau suplemen seperti:
- Vivix : membantu mengekalkan tahap kesihatan di paras optima.
Baca sini:
- Nutriferon : trigger faktor imun badan apabila diserang penyakit.
Baca sini:
- Vita-C Plus : meningkatkan imun badan melawan penyakit.
Baca sini:
- CoQ Health : sumber antioksidan yang baik bagi perlindungan badan secara menyeluruh dan juga untuk kesihatan otot jantung.
- Garlic Complex : sumber antibiotik semulajadi.
- Performance Drink : menghidrat badan, elak kelesuan akibat kekurangan air semasa jerebu.
- Omega Guard : untuk membantu meningkatkan kesihatan sistem pernafasan (dan paru-paru) dan imun tubuh. Terbaik untuk mereka yang mengidap asma.
Baca sini:
Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba produk Shaklee bagi menghadapi musim jerebu ini, anda boleh hubungi kami di talian 019-397 9157 untuk maklumat lanjut dan tempahan.
kena tingkatkan penjagaan hadapi suasana berjerebu..
ReplyDeletebetul tu. setuju sangat dengan nohas ;-)
Deletesama-sama kita menjaga kesihatan pada musim jerebu ni
ReplyDeletebetul tu. lagi-lagi kalau ada anak-anak yang masih kecil.
DeleteNgeri baca kandu gan Dlm jerebu Ni.. take care semua
ReplyDeletekan mamaapp. sebelum ni kita pun tak tahu dengan lanjut butiran kandungan jerebu. bila dah tahu, makk oiii..ngeri..
Deletememang tak boleh nk berlama2 di luar, rasa tak selesa betul...
ReplyDeletebetul tu. terasa asap jerebu tu..
DeleteSemoga kita semua dilindungi Allah dan dapat menghadapi segala rintangan dengan baik
ReplyDeleteamin..amin..atas doanya tu. Moga Malaysians kuat hadapi dugaan jerebu ni.
DeleteSebenarnya Zumal yang tak tahan. Maklum la pengidap athma.
Deletemusim jerebu ni kena jaga kesihatan. Elakkan keluar rumah. Kalau keluar pun pastikan pakai mask.
ReplyDeletebetul tu..kena betul-betul jaga diri ;-)
Deleteditenpat saya pernah cecah rahap IPU jerebu lebih 400
ReplyDeletememang berada pada tahap bahaya.
yang kesian anak-anak tidak bersekolah
Tingginya IPU kat sana. Tahap sangat tidak sihat.
DeleteYe la kan. Pelajar yang paling terkesan. Banyak silibus tertinggal bila sekolah cuti lama sebab jerebu.