Bagi anak kelahiran Negeri Kelantan, masakan kerutuk memang sangat menjadi kesukaan. Seringkali menjadi menu utama majlis kesyukuran.
Yat banyak kenangan dengan masakan kerutuk ni. Memang menjadi menu wajib setiap kali majlis besar dirumah samada majlis kesyukuran, majlis tunang, atau majlis kahwin.
Sebab kami memang suka sangat makan masakan ini.
![]() |
Ayam Masak Kerutuk Kelantan Style |
Kalau bulan puasa, setiap kali ke Bazar Ramadan kami suami isteri akan cari sampai jumpa menu ini. Tapi nasib la kalau jumpa. Rezeki la kan.
Siapa suka makan Ayam Masak Kerutuk Style Kelantan ni?
Sekarang Yat dah pandai sikit la masak masakan ni. Tak ada lagi la pencarian di kedai-kedai makan nanti. Resepi yang yat kongsikan ni untuk masak setengah ekor ayam. Kalau ayam kecil, seekor ayam pun boleh.
Resepi Ayam Kerutuk Kelantan Style.
A) Bahan di kisar
![]() |
Ayam Masak Kerutuk Kelantan Style - Bahan Kisar |
2. Bawang putih - 3 ulas
3. Lengkuas
Nota
- Kesemua bahan di atas dikisar hingga lumat / halus.
B) Bahan hiris dan bahan-bahan lain
1. Bawang merah - 5 ulas
2. Bawang putih - 2 ulas
3. Serai - 2 batang (jika saiznya kurus)
4. Kayu manis - 1 batang yang panjang
5. Kerisik - sesudu kecil
6. Bunga lawang - 3 biji
7. Asam keping - 1 keping (kalau yang dah masam, cukup 1 keping kecil sahaja)
Nota:
- Bawang merah dan bawang putih dihiris nipis
- Serai dititik / di ketuk sahaja
C) Serbuk Kerutuk Kelantan - Paling penting
1. Serbuk kerutuk - 4 sudu besar
Nota:
Nota:
- Serbuk kerutuk paling sedap boleh didapati di Negeri Kelantan. Dijual secara timbang.
- Bancuh serbuk kerutuk dengan sedikit air sekadar untuk melarutkan serbuk tersebut.
D) Santan
Nota:
- Untuk ayam separuh, Yat gunakan 3/4 santan jenama Kara. Jika kalian mahu menggunakan santan jenama lain dalam menyahut seruan Buy Muslim First (BMF), boleh saja. Hehe
- Sekiranya anda menggunakan santan segar, 2 cawan santan sudah mencukupi.
Cara-Cara Memasak
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau yang wangi dan sedap.
- Masukkan bunga lawang, serai dan kayu manis dan tumis sehingga garing dan mewangi.
- Masukkan serbuk kerutuk yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan sehingga mendidih sambil kacau sehingga sebati. Gunakan api perlahan dan biarkan sehingga pecah minyak dan garing.
- Masukan ayam setengah ekor dan kacau rata untuk sebatikan ayam bersama bahan-bahan lain.
- Biarkan mendidih sehingga air ayam tersebut sedikit kering. Pastikan kacau sentiasa bagi mengelakan berkerak.
- Bila semakin kering, masukkan santan dan sedikit air untuk menjadikan kuah. Masukkan juga asam keping, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
- Masak dengan api perlahan sehingga air kering dan santan naik minyak.
![]() |
Ayam Masak Kerutuk Kelantan Style - Santan dan kuah yang sedang memekat |
Tips:
- Kerutuk Kelantan rasanya manis sedikit. Jadi masukan gula lebih sikit. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada tekak masing-masing ye. Jangan manis ting-ting pula.
- Masakan kerutuk Kelantan bewarna gelap dan kuahnya agak pekat. Jadi, perlulah reneh lama sedikit untuk pekatkan kuah dan jadikan ianya bewarna gelap.
- Selain ayam, boleh juga guna daging ye.
- Boleh juga masukan kentang atau carrot sebagai sayuran.
Inilah hasil masakan ayam kerutuk Kelantan style yang Yat sediakan pada hari ini.
Masakan ini sangat mudah sebenarnya. Bahan-bahan pun simple sangat. Cuma agak renyah bila kena reneh lama untuk mendapatkan kuah yang pekat dan agak gelap. Itu sahaja.
Bila dan masak, memang sedap dimakan. Boleh layan dengan nasi panas-panas sahaja pun dah okay.
Alhamdulillah, walaupun pertama kali masak sendiri suami dan anak-anak puji sedap mama masak. Semua bertambah makan nasi.
Selamat mencuba kawan-kawan!
sy tgh lapar ni hntr sket boleh? ;-)
ReplyDeletehaha..kalo dekat boleh diusahakan.. :-)
Deletedulu dana pernah try masak kerutuk ni kak, tapi tak kene dengan selera pulak... mungkin sebab agak kuat rempahnya... dana pulak tak pernah makan... edy pun jarang makan, nasib la buat tak banyak kalau tak sayang je terbuang
ReplyDeleteselalunya orang kelate yang suka makan menu ni dana.. ada yang tak berapa gemar tu mgkin salah satu tu rempah laa..and 1 lagi mgkin rasa manis tu kuat kan..hehe
DeleteSenang aje rupanya masak kerutuk ni..nanti nak cari rempah kerutuk dulu la..nak cuba masak...
ReplyDeletekirim dengan kawan2 kelate SA..baru asli rempahnya..hehe
DeleteMacam masak rendang ek
ReplyDeletemasak mcm rendang.. tp rasa tak sama..hehe
Deletecuma texture je lebih kurang :-)
lebih kurang cam masak kari/rendang ek, just tu lah mana nak dapat serbuk kerutuk tu kat sini
ReplyDeletehaaa..betul..texture mcm rendang laa..hehe
Deletetp tu laa..rempah kerutuk asli kelate mmg susah nak jumpa kat sini :-)
akak tak pernah masak kerutuk, makan pun tak pernah kot..hahaa
ReplyDeletekalau tengok tu macam masak rendang, cuma mestilah rasa tak sama sebab ada guna rempah kerutuk.
taste tak sama mcm rendang kak..tp texture lebih kurang.. :-)
Deletesedapnya kerutuk kelate..
ReplyDeletesedap sungguh ni :-)
DeleteBoleh cubalah nanti, nampak menyelerakan, rasa macam pernah makan masa ke Kelantan...biasa kita ikan kerutup, ni ayam kerutup...menarik..
ReplyDeletesila la cuba sis lin :-)
DeleteSaya tak pernah rasa kerutuk ni, tapi adakah dia rasa macam rendang? Tapi memang nampak menyelerakan lah
ReplyDeleteaahh..ala2 rendang tap taste die xde laa sama.. texture mgkin ada persamaan ;-)
Deleteaida pernah makan. sedap ya Allah! mcm masak hitam. ada rasa rendang.
ReplyDeletedan ada je member share resepi.
cuma tak pernah buat sebab serbuk kerutuk tu takde.
betul tu aida..kekangan nak buat menu ni sebab rempah kerutuk tu xde dijual disini. yat mmg beli siap2 bila balik kg..
Deletetak pernah dengar resepi ni. masakan kelantan semua sedap2 nanti nak cuba lah
ReplyDeletehaa..betul bae.. org luar kelantan mesti ckp 1st time dengar menu ni..hehe
DeleteBrlum pernah try Ayam masak Kerutuk ni kadi tak tau apa rasanya.
ReplyDeletecuba laa dulu..hehe
Deletekalau kedai kelantan, rasanya ada menu ni..kena cari..hehe
Wow nmpk sedap kak. Tapi mmg serbuk tu jual kt kelantan je ke kt kl takde? Huhu nk cuba juga resipi kak ni menarik
ReplyDeletekat kelantan je dik yang rasanya pure kerutuk..hehe
Deletekalo kat sini ada yg dalam paket mcm adabi tu.. tp x kick bila pakai rempah die ni.. :-)
Sedap hidangan ni..dulu selalu masak and kitaorang makan dengan roti lembut memang sedap...
ReplyDeletesedap kuahnya kalo makan ngn roti :-)
DeleteAyiooo rasa macam nak raya dah bila tengok resipi Kerutuk ni hehehhe sedap dan menyelerakan pula rasa macam nak mencuba juga buat hehehehehe......
ReplyDeleteJom la buat mahamahu :-)
Delete