Saturday, 7 September 2019

Resepi Roti Jala Guna Cawan Yang Cepat Dan Senang Disediakan

Okay, hari ini Yat kongsikan dengan kalian cara buat roti jala yang paling mudah dan cepat untuk disediakan.

Boleh dikatakan Yat sentiasa buat roti jala ini memandangkan anak-anak dan suami sangat suka makan bersama kari ayam atau kari daging.

Hasil menjala untuk sarapan dan minum petang anak-anak dan suami.

Resepi Roti Jala
  • Gandum - 3 cawan
  • Air - 3 cawan
  • Garam - 2 sudu kecil
  • Minyak masak - 2 sudu besar
  • Telur - 1 biji
  • Sedikit pewarna kuning
* Tips, gunakan cawan yang sama ye. Sekiranya nak lebih banyak roti jala, boleh gunakan cawan yang lebih besar.


Cara-Cara Membuat Roti Jala
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan di dalam bekas yang besar serta gaul sebati.
  2. Blender semua sehingga halus dan tidak berketul.
Tips yang lebih mudah untuk menjala ialah Yat gunakan botol roti jala dari kedai Eco. RM2.10 sahaja harganya.

Ini la botol roti jala dari Kedai Eco. Harga RM2.10 sahaja

Kejadian menjala. Tak berapa cantik yang mula-mula menjala ni.

Ini lah hidangan setiap kali hari cuti. Roti Jala bersama kari ayam. Memang akan di order dua tiga hari sebelum hari cuti. Jadi, mama akan sediakan bahan-bahan lebih awal untuk bersilat didapur.


Terima kasih sudi baca resepi roti jala guna cawan yang cepat dan mudah disediakan oleh Yat ni.

Kalau korang rajin, cuti panjang ni boleh la cuba menjala.

13 comments:

  1. sedapnya roti jala makan dengan kari ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena sangat. lagi sedap kalau karinya pekat.hehe

      Delete
  2. Sedap nya.. Feveret sy ni roti jala..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya roti jala menu untuk minum petang

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan bsama 1 keluarga sambil berebut.. lagi best..hehe

      Delete
  4. jemput join segmen...
    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/segmen-bloglist-sii-nurul.html

    ReplyDelete
  5. asih tertiba craving nak makan roti jala..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sorry terbuat sis craving 4 this.. nanti boleh cuba menjala kat rumah :-)

      Delete
  6. Sedapnya roti jala. Lagi sedap kalau orang hadiahkan. Hahah.

    ReplyDelete
  7. argghhhh tetiba craving roti jalaaaaa mn nk cariiiiiii

    ReplyDelete

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.