Tidak pernah terfikir sekalipun di hati untuk join kelas meroti. Apatah lagi untuk buat roti sendiri.
Selama ini selalu berfikir, "Apa ada hal. Beli je la roti kat kedai tu. Berlambak kan. Sebut je nak makan yang brand apa."
Tak salah sebenarnya nak berfikiran macam tu. Tapi bila tengok anak-anak makan roti dari air tangan mama mereka sendiri, nikmat itu memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Join Kelas Meroti 1.0
Idea join kelas meroti ini sebenarnya daripada jiran satu taman. Setakat suka-suka dan untuk menambahkan skil memasak ibu-ibu.
Kelas Meroti 1.0 di kendalikan oleh pasangan suami isteri iaitu Mama Roha dan suaminya, Ayah Nazri.
Yuran pendaftaran hanya RM50.00 sahaja untuk 4 jenis roti iaitu Wholemeal Bread, Roti Kacang Merah, Roti Sosej dan Roti Butterscotch.
![]() |
Roti Sosej |
![]() |
Wholemeal Bread |
![]() |
Roti Kacang Merah |
Yang paling istimewa ialah kami mendapat resepi Nasi Beriani Johor secara percuma. Bonus la kan?!
Seramai 10 orang yang menyertai kelas tersebut pada 17 November lepas dan rata-rata adalah ibu-ibu yang dah familiar dengan meroti.
Cuma SisYat je yang masih merangkak. Nak buat teknik 'rounding' pun terkial-kial lagi tau. Hehe
Tapi tak apa, perancangan selanjutnya ialah daftar untuk Kelas Meroti 2.0 pula. Kena asah laki bakat terpendam ni.
Semua orang pandai buat sesuatu itu, cuma perlu asah bakat yang Tuhan dah berikan tu. Itu saja. Just keep on learning okay.
![]() |
Ready, 1 2 go! Posing sebelum mula kelas |
![]() |
Roti penuh 1 kotak. Kelas dah selesai |
Bila kelas dah selesai, masing-masing teringin nak memiliki Bread Maker (BM) sendiri. Macam Kelas Meroti ni, tenaga pengajar menggunakan BM daripada Noxxa.
Tapi SisYat macam berkira-kira lagi untuk beli jenama ini atau tidak. Sebabnya, banyak jenama lain diluar sana yang setanding dengan jenama ini kan?
If anda boleh sarankan untuk SisYat brand apa yang paling best untuk diguna, boleh juga. Just drop your comment below ye :-)
Thanks in advance kesayangan semua!
sedap ny kak yatt.. roti buatan sendiri lebih terjamin..hehe... kalau ade breadmaker lagi senang.. sy slalu tgk org guna jenama pensonic..xtau kalau ade jenama lain..hehe
ReplyDeletesedappp sagat sebab buat sendiri...hihi
Deletemmg tengak riki bread maker skrg ni tp xtahu jenama apa yang murah tp berbaloi beli.. :D
hasil tangan ibu/isteri pasti sedap utk seisi keluarga..tahniah!
ReplyDeletesemangat ni maknye ni..hihi
Deletebestnya kak Yatt. atul teringin nak masuk kelas meroti, tapi x sempat lagi nak join. cuma baru survey2 kelas je.
ReplyDeletejom laa atul..akak ni sebab dekat dengan rumah & kena dengan hari minggu..mmg semangat laa join nye..hehe
DeleteLagi seronok buat sendiri kan sis Yat. Bilalah Fiza berpeluang nak belajar meroti. Jeles pulak tengok sis yat and the geng...
ReplyDeletebetul tu Fiza.. air tangan sendiri kan..hehe
Deletebila pergi kelas baru tahu senang je rupanya nak buat roti, cuma kena asah skill 'rounding' tu..haha
sisyat masih failed tau..
bestnya meroti, saya sgt berminat baking2 ni tapi lebih puas buat kek
ReplyDeletesaya guna bread maker jenama morgan rega rm300 je, so far so good.
sy masih fail kalau bab roti ni..
ReplyDeletekalau ada kelas dekat2 nak jgk join
Bestnya masuk kelas meroti ramai² lagu tu. Meriahhh. Dari tak pandai, dah pandai dah lepas ni, yeayy!
ReplyDeleteAnak² lagi suka kalau dapat air tangan mak depa.💜
Syokk dapat free lagi bonus resepi nasi beriani 😋
Ruby pun banyak gak survey kelas² untuk memasak. Tapi belum kesempatan nak pergi.
Bagi Ruby,murah sangat caj kelas tu. Dapat belaja 4 jenis roti.
ReplyDeleteRuby tak tahu bab² bread mixer ni.
Ruby tahu nk makan roti, tunjuk kat kedai ja. Hahahaha
Seronoknya dapat belajar meroti. Cantik betul kejadian roti tu. Tahniah
ReplyDeletemenarik, gebus betul nampak roti wholemel tuh kak, BM noxxa besar siap dapat oven lagi... cuma harganya agak mahal tapi berpadanan lah sebab dapat 2 barang kan, BM dan oven...
ReplyDeletewahhh mana sis tahu ada kelas ni..nnti ada lagi tak kelas ni?aaaaww nak joinnn
ReplyDeletewahhhh... hebat tu, bila nak membakar lagi...
ReplyDeleteCantik kejadian rotinya. Mesti sedap 😊
ReplyDeleteSeronok but roti sendiri ye. Hehe. Semoga sukses dan gembira selalu. Amin.
ReplyDeleteBestnya masuk kelas baking. Roti udang tu camne bentuk dia lepas dah siap?
ReplyDelete