Saturday, 23 November 2019

Pengalaman Menghadiri Hari Kecemerlangan Dan Apreasisasi Sekolah

Blogpost kali ini lebih kepada penghargaan kepada perasaan seorang ibu bapa.

Selama ini Sisyat cuma melihat dan mendengar sahaja kawan-kawan yang hadir ke sekolah untuk masjlis hari kecemerlangan dan apreasisasi anak-anak sebagai penghargaan di atas kejaayaan mereka sepanjang tahun tersebut.

2019 merupakan tahun amat bermakna bagi Sisyat dan suami di atas pencapaian anak bujang sulong kami. Tidak kisahlah kejayaan itu sekecil atau sebesar mana, kami tetap berbangga dengan usaha yang dia curahkan untuk sampai kepada anugerah tersebut.

Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan

Pada 30-31 Mac 2019, kami hantar si sulong untuk menyertai Asia Pasific ITF Takewon-Do (School) Championship bertempat Management & Science University (MSU) Seksyen 13, Shah Alam.

Setakat untuk mendedahkan dia kepada pertandingan sebenar disamping merasai sendiri selok belok kejohanan.

Penyertaan pertama kali seorang pelajar berumur 8 tahun di pertandingan peringkat antarabangsa, dia berjaya membawa pulang pingat gangsa (tempat ketiga) untuk Malaysia. Pelajar kedua untuk sekolah dia yang berjaya memenangi pingat semasa kejohanan tersebut.

Penyampaian medal kepada tempat ketiga (Gangsa)

Senyuman puas hati dengan kejayaan. Dapat Gangsa dan Sijil Peringkat Antarabangsa (Sekolah)

Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah berikan kepada dia. 

Dan, pada 8 November 2019 nama dia tersenarai dalam kalangan pelajar yang menerima anugerah kokurikulum sekolah. Dan pihak sekolah sampaikan surat kepada kami untuk hadir di majlis apreasisasi sekolah kebangsaan bagi menghargai usaha anak-anak yang telah berjaya pada tahun ini.

Hari Kecemerlangan Sekolah Rendah Agama (SRA)

Pada 14 November 2019 iaitu pada hari tandatangan Buku Laporan Pelajar, guru kelas dia memaklumkan dia mendapat tempat pertama di dalam kelas.

Memandangkan dia baru berumur 8 tahun dan darjah 2, tiada ujian yang dijalankan oleh pihak sekolah. Penilaian oleh guru adalah berdasarkan disiplin, attitude, kefahaman dalam pelajaran dan nilai kepimpinan.
Dia bersama Mama dan Baby
Alhamdulillah, dia berjaya menawan hati guru dengan sikap itu.

Maka, pada 22 November 2019 berlangsunglah hari kecemerlangan dan apreasisasi bagi Sekolah Rendah Agama. Sungguh, mama sebak melihat awak naik pentas terima anugerah itu. (Biasalah, sindrom mak-mak kan..hehe)

Berjubah macam konvo gitu.

Tahniah atas kejayaan awak. No 1 dalam kelas.
Tahniah di atas kecemerlangan awak pada tahun 2019 ini. Semoga awak kekalkan nilai-nilai murni dalam diri awak. Itu sahaja doa dan pesan mama papa ye Muhammad Dasuki Hafiy.

Mama of 3:
Hayati Suki (SisYat)

15 comments:

  1. Tahniah buat Muhammad Dasuki Hafiy

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. haha.. maknye lebih pada sindrom mak-mak ni ha sis yan.. :-)

      Delete
  3. Minggu terakhir persekolahan ni memang banyak majlis. Seronok masing masing dapat anugerah dan buat persembahan. Tahniah untuk Muhammad Dasuki Hafiy berjaya dapat no.1 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. alhamdulillah, tahun ni rezeki dia :-)

      Delete
  4. Alhamdulillah Alhamdulillah. Tahniah Muhammad Dasuki Hafiy. Tahniah juga kepada mama & papanya.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.