Tuesday, 19 November 2019

Program Sunathon Atau Khatan Perdana Masjid Sementa

Bermulanya musim cuti sekolah nanti, maka bermulalah juga musim sunat bagi anak-anak.

Tahun ini, Sisyat menerima permintaan Dasuki Hafiy untuk bersunat. Telah lama sebenarnya dia minta dengan mama papa untuk bersunat. Kami menganggap permintaan dia adalah kerana terpengaruh dengan kawan-kawan yang lebih besar.

Tapi sebenarnya ialah dia mendengar kata-kata Ustaz di sekolah yang mengatakan lelaki yang bersunat adalah lebih bersih daripada yang belum bersunat. Sekiranya telah bersunat, maka boleh sembahyang dalam saf orang dewasa.

Kerana itulah, mama mencari klinik yang bersesuaian untuk menunaikan impian dia.

Hari ini, ternampak satu bunting di Masjid Kampung Sementa berkaitan Mini Karnival Islah 2019 yang turut menganjurkan program Khatan Perdana atau Sunathon (sunat ramai-ramai).

Mini Karnival Islah 2019 - Khatan Perdana Masjid Kampung Sementa

Kos untuk menyertai program ini RM130 seorang.

Setelah berbincang dengan papa dia, maka mama pun daftarkan dia untuk menyertai sunat beramai-ramai ini.

Kaedah Yang Digunakan

Disebabkan Dasuki Hafiy adalah pengalaman pertama mama papa dalam bersunat, kami lebih terperinci mencari maklumat lengkap berkaitan program ini.

Antara kaedah yang digunakan untuk bersunat ialah:
  • Laser (Cautery / Besi Panas)
  • Smart Klamp
  • Plastibel
  • issue Glue
Untuk program Sunathon 2019 ini, kaedah yang digunakan adalah Cauteri / Besi Panas yang mana masyarakat lebih mengenali sebagai teknik laser. 

Laser merupakan teknik sunat secara Free-Hand.

Teknik freehand ini ialah teknik menggunakan gunting, forceps serta alat bantuan yang lain di mana dalam teknik freehand ini, kulit akan di potong dan kemudiannya akan dijahit. 

Laser yang masyarakat selalu sebut sebut sebagai ”teknik bersunat” itu sebenarnya menggunakan diathermy ini.

Laser = Diathermy.

Apa itu diathermy? 

Mesin Diathermy yang dikenali sebagai Laser dalam teknik berkhatan

Sebenarnya bukanlah laser pun. Pembedahan yang menggunakan diathermy dipanggil Electrosurgery kerana alat diathermy ini menggunakan cas elektrik berfrekuensi tinggi untuk menghasilkan haba. 

Haba yang terhasil akan digunakan untuk melaksanakan proses berkhatan iaitu:
  • memotong kulit, tisu serta bahagian kulit yang lain
  • menghentikan perdarahan (coagulation), dengan cara ia menutup ( seal) saluran darah.
Oleh kerana itu, berkhatan guna diathermy meluas digunakan bagi yang memilih teknik freehand, kerana ianya mudah untuk mengawal perdarahan. Selain itu potongan kulit pun lebih cantik.

Disebabkan berkhatan menggunakan teknik freehand ni dijahit kulitnya, maka proses penyembuhan adalah lebih cepat. Proses penyembuhan kulit yg tinggal selepas dijahit dipanggil sebagai Primary Intention Wound Healing, dimana bekas potongan dirapatkan dengan jahitan benang.

Mama berharap pada hari kejadian segalanya akan berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja. Semoga tiada apa-apa yang mengganggu kelancaran majlis Khatan Perdana pada 23 November 2019 nanti.

Doakan mama, papa dan Dasuki Hafiy berjaya mengharungi saat pertama kali kami ini ye.

Mama of 3:
Hayati Suki (SisYat)

3 comments:

  1. makin maju dah cara nak berkhatan sekarang ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ummi.. cuma mama je lebih risaunya..sindrom mak-mak laa katakan..hehe

      Delete
  2. Sunat cara laser pun katanya lebih cepat sembuh & kurang risiko jangkitan..

    ReplyDelete

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.