Friday, 29 November 2019

Tips Bagaimana Nak Kekalkan Kecantikan Ketika Melancong Atau Bercuti

Yeay, sudah bermulanya musim cuti persekolahan pada tahun ini. Walaupun baru seminggu sesi cuti sekolah bermula, Sisyat rasa ramai yang sudah mempunyai perancangan untuk bercuti atau melancong bersama keluarga.

Tidak kisahlah samada di luar atau dalam negara lokasi percutian atau melancong itu, yang penting ialah bersama keluarga. 

Betul kan?
Bagaimana Nak Kekalkan Kecantikan Ketika Melancong Atau Bercuti

Jadi, Sisyat dengan ikhlasnya nak berkongsi tips bagaimana nak kekalkan kecantikan ketika melancong atau bercuti. Sesibuk atau sepadat mana pun aktiviti, kita harus menjaga kecantikan.

Tips 1: Pastikan Kulit Terhidrat Atau Cukup Air
Tips 1: Pastikan Kulit Terhidrat Atau Cukup Air

Sekiranya anda memilih luar negara sebagai lokasi percutian kali ini, udara sejuk dan kering di negara berkenaan akan menyerap kelembapan dari kulit kita. Ini akan menjadikan kulit akan kelihatan kering dan kusam.

Tips yang paling berguna ialah anda wajib menggunakan pelembab yang betul dan sesuai dengan kulit anda terutama sekali yang mengandungi bahan yang 1005 berasaskan tumbuhan.

Pelembab yang berasaskan tumbuhan sangat membantu anda:
  • Mengekalkan tahap kelembapan kulit dan memberi tenaga serta menyokong pembaharuan sel agar kulit kita kelihatan segar bila-bila masa dan di mana sahaja.
  • Memastikan kulit kelihatan lembut dan anjal supaya kulit kita tidak meudah kering di bawah suhu yang ektrem atau tidak menentu.

Tips 2: Jangan Lupa Pakai Serum Di Wajah
Tips 2: Jangan Lupa Pakai Serum Di Wajah


Perjalanan jauh menjadikan kulit tidak dapat dapat berehat dengan sebaiknya kerana persekitaran yang mempunyai suhu yang berbeza.

Tips yang terbaik ialah mengaplikasikan serum di wajah.

Penggunaan serum adalah untuk:
  • Membantu melindungi kulit dan melawan tanda-tanda penuaan yang ketara akibat kulit tidak mendapat rehat yang mencukupi kerana perjalanan jauh.
  • Menambahkan vitamin dan nutrien penting untuk menyokong pengeluaran kolagen dan memperbaharui sel-sel di peringkat selular pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Tips 3: Bersihkan Kulit Sebaiknya
Tips 3: Bersihkan Kulit Sebaiknya
Bersihkan kulit wajah dengan sebaiknya dan berdisiplin. Walau sepenat mana anda pada hari tersebut, pastikan anda membersikan wajah dengan teknik dan cara yang betul.

Pembersihan wajah yang sebetulnya membantu menyerlahkan keserian semulajadi wajah anda setiap hari.

Membersihkan kulit wajah dengan teknik dan cara yang betul merupakan langkah penting dalam regimen penjagaan kulit. Ia penting untuk membantu:-
  • Membantu mengeluarkan kotoran dan sisa solekan ketika dalam perjalanan atau aktiviti percutian.
  • Membantu membersihkan kulit dan menyediakan kulit untuk langkah penjagaan kulit muka yang seterusnya.

Tips 4: Pastikan Kulit Mendapat Penyegar Yang Segar
Tips 4: Pastikan Kulit Mendapat Penyegar Yang Segar
Perjalanan pengembaraan dengan kapal terbang atau kereta dalam jangka masa yang lama boleh membuatkan kita kelihatan letih dan lesu semasa tiba di destinasi percutian.

Tips untuk kembalikan kulit wajah segar sepanjang masa percutian ialah:-
  • Gunakan toner untuk membuat semburan ke muka sendiri (Face Mist) dengan air suling unuk menyegarkan semua menyegarkan diri.
  • Penggunaan toner membantu membebaskan kulit daripada sel-sel kusam akibat daripada pencemaran alam sekitar..

Tips 5: Tambahkan Perlindungan SPF Di Dalam Rutin Penjagaan Kulit Wajah
Tips 5: Tambahkan Perlindungan SPF Di Dalam Rutin Penjagaan Kulit Wajah
Walaupun pengembaraan kita menaiki pesawat, namun ianyan menjadikan kita berada hampir 10,000 kaki mendekati matahari.

Ini meletakan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat sinaran matahari berbanding jika kita berada dibumi.

Tips yang paling bagus ialah menggunakan sunscreen (pelindung matahari) yang membantu:
  • Melindungi kulit daripada sina UVA / UVB yang berbahaya semasa berada dalam pesawat dan di atas muka bumi.
  • Membaikpulih penampilan tona kulit secara keseluruhan dengan memberikan vitamin dan ramuan botani berkhasiat kepada kulit.

Bagaimana Nak Lengkapkan Keperluan Kulit Ketika Percutian?

Untuk memanjai kulit ketika percutian atau melancong, anda perlu sediakan "makanan" penjagaan kulit yang selengkapnya sekurang-kurangnya:-
  1. Pencuci muka
  2. Penyegar
  3. Pelembab
  4. Serum
  5. Pelindung matahari
Sesuai dengan keperluan penjagaan kulit ketika melancong, Shaklee menyediakan Youth Travel Set untuk melengkapkan lagi percutian anda.

4 Item Youth Shaklee Travel Set 

Ada 4 item di dalam set ini.
  1. Luminous Gel Oil Cleanser (20ml) - pencuci muka
  2. Perfecting Skin Toner (30ml) - penyegar / toner
  3. Activating Serum (7ml) - serum
  4. Advanced Renewal Night Cream - Rich (10 gram) - krim malam / pelembab malam
Keistimewaan YOUTH Travel Set?
  • Tidak dijual dimana-mana.
  • Sangat ekslusif
  • Mudah dibawa kemana-mana termasuk penerbangan.
  • Saiz yang comel setiap item iaitu 100ml sahaja
  • Didatangkan bersama Travel Case yang keras, jadi skincare selamat tanpa kemek atau tumpah.
Youth Travel Case yang keras dan mudah untuk menyimpan Youth Travel Set

Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba produk promosi Shaklee, anda boleh hubungi kami di talian 019-397 9157 untuk maklumat lanjut dan tempahan ataupun klik sahaja button Whats App di bawah sebelah kiri blog.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara

7 comments:

  1. Tq for the tips. nak jaga kecantikan ni kunci nye rajin dan istiqmah kan yati.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat ummi.. disiplin tu penting. Sayang kulit kita baik2..hehe

      Delete
  2. tq tips. sangat bermanfaat. done follow sinii. :)

    ReplyDelete
  3. Tak bercuti pun penjahaanpwajah kena camni gak kan tp sy sejenis malas. Cuci muka ja hahaha

    ReplyDelete
  4. betul tu..kena jaga eleok2 before jadi macam2..hehe

    ReplyDelete
  5. Travel case comel sangat. Memang perlu pun sebab kalau main letak je penyegar semua dalam beg, nanti ada risiko pecah / tumpah.
    Btw, berapa harga set ni SisYat?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.