Thursday, 26 December 2019

Pengalaman Buat Tempahan Penginapan Melalui Airbnb

Cuti sekolah semakin menghampiri penamatnya, tapi kami masih belum buat keputusan kemana lokasi percutian kali ini.

Last minute decision oleh Mr.H (en.suami) minta Sisyat cari lokasi di Porrt Dickson. Sebelum ini kami pernah pergi beberapa kali kat sana untuk reunion kawan-kawan sekolah Mr.H dan juga percutian peribadi kami.

Untuk reunion, penginapan adalah di uruskan oleh urusetia program. Kami cuma bawa badan dan kelengkapan bercuti sahaja.

Untuk percutian peribadi, pada ketika itu Sisyat guna apps GroupOn yang mana sekarang telah tiada. Kalau tak silap, ianya telah digantikan dengan apps Fave.

Pengalaman Buat Tempahan Penginapan Melalui Airbnb

Untuk pertama kali Sisyat menggunakan apps airbnb untuk membuat tempahan penginapan. Sebelum ini Sisyat telah sign up melalui link yang dikongsi oleh salah seorang kawan Shaklee, cuma belum ada 'hidayah' untuk memilih cara ini. 

Untuk kes pertama kali membuat tempahan, Sisyat mendapat voucher (diskaun) sebanyak RM120.00 dengan syarat harga tempahan penginapan tersebut melebihi RM290.00. Alhamdulillah, jimat sikit bajet kami.

Jimat masa dan jimat ruang otak untuk fikirkan mana yang murah. Lagipun, Sisyat risau tiada hotel yang kosong pada ambang tahun baru nanti. 

Makanya, airbnb berikan Sisyat apa yang Sisyat perlukan. Within 30mins sahaja selesai booking 1 apartment 2 bilik mengadap pantai.


Antara ciri-ciri penginapan yang menjadikan ianya pilihan Sisyat ialah;
  • 1 rumah (tidak berkongsi)
  • boleh muatkan sehingga 8 pax (Sisyat cuma 6 pax sahaja)
  • 2 bilik tidur
  • 1 katil Queen
  • 3 katil single
  • 3 minit sahaja ke pantai
  • Mempunyai pool
  • Dapur
  • Free WIFI
  • Parking diperuntukan
Ini antara yang dikongsi oleh Host (Pn.Ira) di website airbnb. Sisyat cuma mampu berharap dan berdoa, apa yang diberitahu di laman web adalah sama dengan realiti nanti.

Berapa Harga & Bila Pencutian Kami Berlangsung?

Harga : RM248 / night tidak termasuk fi cas yang lain.

Tapi Sisyat cuma bayar RM439.98 untuk 3 hari 2 malam instead of RM616.00 selepas mengambil kira diskaun yang host sediakan dan juga diskaun dari airbnb untuk pertama kali membuat tempahan.

Tak tahu la mahal ke murah sebab pertama kali guna apps ni kan. Korang rasa OKAY tak harga ni?

Tempahan kami adalah pada 30 Disember 2019 sehingga 1 Januari 2020. Cuti setahun la katakan. Keluar tahun 2019, balik ke sarang tahun 2020. Haa gitu..hehe

Next blogpost nanti Sisyat kongsikan lagi tentang rumah penginapan kami hasil airbnb ni.

Sekiranya anda juga sedang mencari lokasi untuk cuti-cuti melalui airbnb, boleh guna link kami ini untuk sign up dan membuat tempahan.

https://www.airbnb.com/c/norhayatia82?currency=MYR

You'll get RM165 off your first trip.

Dapat RM165.00 off tau.

So, guna la link itu untuk cuti-cuti anda. Sisyat halalkan. 

9 comments:

  1. Ada perasan jugak member² Shaklee pasal Air BnB ni.

    Tapi Ruby belum pernah gunalah kak.

    Macam best je banyak diskaun gitu kan.

    Bagi Ruby, murah tu dah untuk 3 hari 2 malam. 😊

    Selamat bercuti nanti ya.

    Bonding time dengan anak² dan suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, sebab adik beradik Shaklee la yang dok promote airbnb ni ruby. so akak pun try laa..

      next blogpost akak update rumah n servis host tu ye..hehe

      kalau ruby nak try, jemput la guna link yang akak kasi tu. dapat diskaun juga nanti utk 1st penginapan :-)

      Delete
  2. sy biasa suami yg tolong uruskan urusan airbnb

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus nye.. husband kita semuanya nak bini dia uruskan sebab nanti bini dia komplain kalo tak mematuhi kriteria utk anak2..hehe

      Delete
  3. saya penah try airbnb sekali,dah byr,bila wassap owner homestay cakap nak check in boleh pulak dia cakap "maaf dah ada org booking", padahal saya dah byr dgn airbnb,sabo je la,terus call airbnb dan dorang refund(take time la)tu la 1st dan last booking via airbnb.trauma nak booking lagi.hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. really?? ada juga ye kes macam ni. Sisyat dah terus wasap host tu. alhamdulillah, mmg confirm dah reserve untuk kami :-)

      Delete
  4. saya tak pernah book lagi guna Airbnb ni sebab selalu guna Agoda jer atau direct dgn hotel je...

    ReplyDelete

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.