Friday, 13 December 2019

Pengalaman Menang Baucer Percutian Melalui Cabutan Bertuah

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Sisyat boleh anggap nombor yang Sisyat dapat untuk apa saja cabutan bertuah adalah kurang bertuah. Selalunya la.

Tapi kali ini ianya agak berlainan. Nombor cabutan bertuah Sisyat mengena. Ya Allah, happy sungguh rasanya.

Pengalaman Menang Baucer Percutian

Alkisahnya, Isnin lepas nama Sisyat naik untuk menghadiri satu majlis anjuran Kelab Sukan Jabatan di Ibu Pejabat. Majlisnya adalah pada sebelah petang, yang mana maksudnya pada sebelah pagi Sisyat haruslah ke pejabat seperti biasa.

Perjalanan dari pejabat ke Ibu Pejabat mengambil masa hampir 1 jam. So, Sisyat bergerak awal dari pejabat demi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan untuk tidak mengganggu majlis yang di rasmikan oleh Tuan Pengarah.

Masuk sahaja dewan majlis, mata Sisyat secara automatik tertumpu kepada hadiah cabutan bertuah. Berbisik juga pada diri sendiri, jika tak dapat yang lain tak apa tapi biarlah air cooler tu menjadi hak Sisyat.

Sekurang-kurangnya berbaloi perjalanan jauh kan. hehe


Nombor cabutan Sisyat adalah no 56 yang mana telah ditampal kemas pada thumb drive (door gift) semasa pendaftaran.

Sepanjang majlis berlangsung, hadiah bernombor 30 sehingga 6 telah pun menjadi hak staf lain. Terasa tiada lagi harapan untuk bertuah. Begitu cepat berputus asa kan. hehe

Tetapi sebenarnya didalam hati keep on doa kepada Allah semoga salah satu hadiah daripada No 5 sehingga kepada Grand Prize adalah menjadi rezeki no cabutan bertuah 56.

Padahal kuat dalam hati minta dengan Allah nak juga air cooler tu. Boleh letak dalam bilik anak bujang. 

5 hadiah teratas:
  1. TV Aquos Sharp
  2. Basikal
  3. Sisyat lupa
  4. Pakej percutian di Genting Highland (Gloria Resident)
  5. Air Cooler
Akhirnya, nombor bertuah untuk Air Cooler dipanggil. Yang pasti bukan nombor Sisyat. Kecewanya rasa sebab itu yang diminta-minta. Yang di doa-doa.

Maka, Sisyat hanya fokus pada makanan yang dihidangkan.

Kambing bakar
Kue tiaw goreng
Spaghetti
Brownies
Tart

Sehinggalah, "Pemenang pakej percutian ke Genting Highlands (Gloria Resident) adalah milik nombor bertuah..jeng..jeng..jeng.."

Pandai pula pengacara majlis buat majlis makin berdebar.

"Pemegang nombor 56 sila ke depan"


Ya Allah, berdebar teruk. Sebab Sisyat dalam mode kecewa tadi kan dan tengah fokus pada makanan.

Betul la orang cakap. Tak semua yang kita rancang dan nak, Allah akan makbulkan. Mungkin Allah mahu beri yang lebih baik.

Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu.

Apa-apapun, Sisyat bersyukur sangat mendapat hadiah cabutan bertuah ini. Rezeki anak-anak untuk bercuti di Genting Highlands lagi. In sha Allah, sebelum tamat tempoh baucer percutian ini mama akan bawa korang bertiga ke sana.

7 comments:

  1. Ya Allah bestnya kak Yat 😭😭💜💜

    Dapat g bercuti honeymoon dgn suami nanti. Hehehe.

    Pasal air cooler tu, boleh beli nanti. Menabung sikit² ke. Hehe.

    Apa2 pun.tahniaahh 💜

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..betul juga tu..menabung sikit2 kan ruby.. tak pe la dah tak ada rezeki air cooler. dapat p genting pun rezeki juga..hehe

      Delete
  2. Tahniah .sisyat..same la sy kalau nombor bertuah pernah skali dpt .lepas tu xde..hehe

    ReplyDelete
  3. bestnya dpt cabutan bertuah.rezeki anak2

    ReplyDelete

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.