Monday, 19 October 2020

Kebaikan Polifenol Untuk Mendapatkan Kulit Yang Sihat Dan Cantik

Kebaikan Polifenol Untuk Mendapatkan Kulit Yang Sihat Dan Cantik | Menjadi idaman setiap indidvidu untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik tanpa masalah seperti kulit kusam, kulit berjerawat, pigmentasi dan tidak berseri.


Sekiranya ini berlaku, keyakinan diri akan menjadi rendah. Jadi, untuk mengelakan diri sendiri menjadi rendah diri dan kurang keyakinan, haruslah menjaga kulit wajah dengan baik.

Kulit yang sihat dan cantik bermaksud kulit yang mempunyai tahap kelembapan yang optimum dan licin disamping tidak mempunyai masalah kulit seperti pori-pori terbuka, kedutan halus dan kusam.


Punca utama kerosakan kulit adalah kehilangan kelembapan kulit disebabkan oleh sinar UV. Jadi, bagaimana nak dapatkan kulit yang sihat dan cantik serta dapat mengekalkan begitu? Nak mengekalkan tahap kelembapan kulit pada tahap optimum?

Cara terbaik untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik ialah dengan mengamalkan pemakanan yang tinggi antioksidan seperti Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. Selain daripada Vitamin ACE ini, polifenol juga membekalkan sumber antioksidan yang tinggi.

Kebaikan Polifenol Untuk Kulit Sihat Dan Cantik

7 Kebaikan Polifenol Untuk Mendapatkan Kulit Yang Sihat Dan Cantik


1) Polifenol Melindungi Kulit Daripada Kerosakan Sinar UV
  • Polifenol digunakan untuk pencegahan kesan terbakar akibat sinar matahari kerana polifenol mengurangkan kesan kerosakan sinaran ultraviolet A (UVA) dan ultraviolet B (UVB) pada kulit.
  • Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat bukti bahawa polifenol dalam bentuk oral dan topikal dapat memberikan perlindungan dari kerosakan UV dan panahan matahari dan sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit.

2) Polifenol Mengurangkan Penuaan Pramatang Dan Pembentukan Kedutan Serta Garisan Halus
  • Kedutan dan garisan halus terbentuk kulit mulai kehilangan kolagen yang membuatkan daya elastik kulit semakin berkurang. Polifenol membantu pengeluaran kolagen untuk menganjalkan kulit, menghalang kedutan dan kendur dan menggalakan pembentukan tisu yang sihat supaya dapat menikmati kulit yang sempurna tanpa cela.

3) Polifenol Menyokong Pengeluaran Kolagen Yang Sihat
  • Kolagen dan elastin yang terurai akibat radikal bebas dan akan mengakibatkan kulit kendur dan kurang anjal. Polifenol bertindak sebagai penghalang radikal bebas, membantu pembentukan semula kolagen dan kulit mampu membaiki selnya sendiri untuk menjadikan kulit yang lebih sihat dan sempurna

4) Polifenol Menggalakan Kulit Yang Tegang Dan Kelihatan Lebih Muda
  • Polifenol juga merupakan bahan penjagaan kulit yang kuat. Diterapkan secara topikal, polifenol dapat membantu memperbaiki dan meremajakan kulit anda, kata Mraz-Robinson. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan polifenol pada kulit anda dapat melindunginya dari barah dan bentuk kerosakan akibat cahaya matahari yang lain.
Baca juga:

5) Polifenol Lindungi Kulit Daripada Keradangan Akibat Sinaran UV
  • Kulit yang terdedah kepada sinaran UV akan mengalami kemerahan dan keradangan, tetapi polifenol membantu menghalang tahap proinflamasi ke dalam kulit. Ini membantu melindungi kulit daripada keradangan akibat sinaran UV tersebut.

6) Polifenol Menghalang Pembentukan AGE

  • Produk AGE (Advanced Glycation End) merupakan sebatian merbahaya yang terbentuk dalam badan dan makanan. AGE merupakan bahan buangan sel yang terbentuk dalam makanan yang terdedah kepada suhu tinggi
  • AGE merupakan bahan buangan sel dan ia terkumpul seiring dengan peningkatan usia.
  • Tahap AGE yang tinggi menyebabkan tekanan oksidatif serta keradangan dan menjadi punca berlakunya hilang keanjalan kulit, kulit cepat berkedut dan proses penuaan menjadi lebih cepat. Polifenol membantu menghalang pembentukan AGE Protein dan manjadikan kelihatan muda, jelita dan lebih anjal.
  • Quecerin merupakan polifenol yang terdapat dalam buah beri dan terbukti berkesan untuk menghalang pembentukan Advance Glycation End (AGE) sehingga 60%.

  • Keputusan kajian makmal menunjukan bahawa campuran Polifenol dan Rejuvetrol menghalang pembentukan AGE protein, yang mingkin menyebabkan penuaan selular.

7) Polifenol Mengurangkan Pembentukan Pigmentasi
  • Kajian klinikal terkini menunjukan polifenol menggalakan penghasilan kulit sihat dan berseri dengan melindungi kulit daripada sinaran UV yang menjadi punca utama kepada pembentukan pigmentasi atau jeragat.

Jadi, untuk menjaga keserian dan keremajaan kulit yang sihat dan cantik amatlah disarankan mengambil makanan yang mempunyai sumber polifenol dalam diet harian.

Baca juga:

Memilih makanan atau suplemen dengan sumber polifenol premium tidak terhad pada masa ini. Tetapi perlu memilih dengan beberapa kriteria seperti tahap selamat sesuatu produk, mempunyai kajian dan tahap keberkesanan.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
-Yang sedang ambil polifenol-
Continue Reading

Saturday, 17 October 2020

Jenis-Jenis Polifenol Dan Sumbernya

Polifenol sangat terkenal dengan kebaikannya kepada kesihatan tubuh badan manusia dan dihasilkan daripada kumpulan kimia berasaskan tumbuhan yang rumit. Mereka ditemui dalam makanan sehari-hari dan boleh didapati juga sebagai makanan tambahan.

Antara fungsi Polifenol ialah:
  1. Antioksidan yang kuat
  2. Perangsang tenaga di dalam sel dan meningkatkan kesihatan yang hebat.
Dimanakah Polifenol boleh didapati?

Kandungan polifenol yang tinggi terdapat di dalam beri, ceri, delima, epal, kacang hijau dan teh hijau. Ini adalah diantara sumber yang membekalkan polifenol.

Jenis-Jenis Polifenol Dan Sumbernya

Jenis-Jenis Polifenol Dan Sumbernya

Dari segi kimia, polifenol mempunyai struktur berbentuk cincin yang sama. Oleh itu, polifenol dikelompokkan kepada beberapa jenis berdasarkan perbezaan tersebut iaitu: 
  • Asid Fenolik
  • Flavonoid
  • Stilben
  • Lignan 
  • Amida Polifenol.
  • Antisianin

Jenis Polifenol #1 : Asid Fenolik

Asid Fenolik termasuk sebatian yang terdapat dalam kopi, teh, anggur, wain merah, buah beri, buah kiwi, plum, epal, dan ceri. Mereka juga boleh ditemui dalam buah-buahan dan sayuran lain termasuklah bijirin dan jagung.

Asid fenolik adalah banyak terdapat dalam diet harian dan mudah diserap melalui dinding saluran usus kita.

Jadi, ia tidak sepatutnya mempunyai banyak masalah  untuk anda mengambil asid fenolik ini dalam diet harian dengan secukupnya. Secara amnya, asid fenolik berfungsi sebagai antioksidan dan juga sebagai anti-radang di dalam badan.

Jenis Polifenol #2 : Flavanoid


Merupakan sekumpulan polifenol yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti-radang. Flavanoid dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu:
  1. Flavon
  2. Flavonols
  3. Flavanones
  4. Isoflavones
  5. Anthocyanidins
  6. Chalcones
  7. Catechins.
Flavonoid terdapat dalam pelbagai jenis makanan berasaskan tumbuhan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, wain merah, dan teh hijau. 

Flavonoid-kadang-kadang dipanggil "bioflavonoids" dan sering dijual sebagai makanan tambahan.

Baca juga:

Jenis Polifenol #3 : Stilbenes

Sekumpulan kecil bahan kimia tumbuhan dan resveratrol yang paling terkenal dan yang paling banyak dikaji. 

Resveratrol didapati dalam wain merah, blueberries, cranberry, dan kacang. Mengambil makanan ini telah dikaitkan dengan kesihatan jantung yang lebih baik.


Sukar untuk mengetahui berapa banyak manfaat yang diperoleh daripada resveratrol. Walaupun kajian makmal menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai agen antioksidan dan anti-radang di beberapa haiwan makmal, terdapat penyelidikan yang sangat kecil yang menunjukkan bahawa ia mempunyai kesan nyata terhadap kesihatan manusia.

Baca juga:

Jenis Polifenol #4 : Lignans

Polifenol jenis ini mudah didapati dalam kekacang, bijirin, bijirin, buah-buahan, alga, dan sayur-sayuran. Sumber yang terbaik termasuk biji rami dan bijan.

Makanan yang kaya dengan lignans boleh menjadi baik untuk kesihatan kardiovaskular, tetapi kajian penyelidikan pada manusia pada umumnya kurang berkualiti. Selain itu, tidaklah mudah untuk makan banyak biji rami dan bijan melainkan jika anda mengambilnya sebagai makanan tambahan atau menorehkan sesudu biji rami.

Jenis Polifenol #5 :Amida polifenol

Jenis polifenol ini dapat ditemui pada capsaicin pada cabai dan avenanthramides pada oat atau gandum. Polifenol juga banyak ditemukan pada tanaman herbal seperti daun kelor. 

Selain sebagai antioksidan, amida polifenol juga memiliki efek sebagai anti-radang.

Jenis Polifenol #6 : Antosianin

Warna warni pada beragam jenis buah dan sayuran adalah berkat kandungan zat antosianin. Tidak hanya memberi warna yang indah dipandang mata, zat ini juga ternyata merupakan salah satu jenis polifenol yang baik bagi kesehatan.

Apakah manfaat kesihatan yang boleh diberikan Oleh Polifenol?

1. Meningkatkan tenaga
2. Membantu membina sendi yang kuat
3. Meningkatkan imuniti badan
4. Menajamkan minda
5. Meningkatkan kesihatan produktiviti

Baca juga:

Semakin banyak info berkaitan polifenol, semakin banyak ianya dapat membantu kita untuk memilih polifenol dalam diet harian.

Ambil polifenol dengan secukupnya daripada sumber yang betul agar dapat membantu kehidupan yang lebih baik.

Sumber:

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
-Yang sedang ambil polifenol-
Continue Reading

Thursday, 15 October 2020

8 Kebaikan Polifenol Untuk Kesihatan

Hampir sebahagian besar aktiviti tubuh seperti proses metabolisme amat memerlukan polifenol.

Proses metabolisme di dalam tubuh akan membentuk radikal bebas secara semulajadi. Radikal bebas yang terbentuk akan menyebabkan sel-sel tubuh menjadi rosak. Pelbagai kajian telah dijalankan dan ternyata polifenol bermanfaat untuk membantu mencegah kerosakan sel akibat akibat daripada radikal bebas, infeksi, 

Selain terbentuk daripada proses metabolisme badan, radikal bebas juga terhasil daripada pencemaran, asap rokok, sinar matahari dalam jangkamasa yang lama, atau terlalu banyak mengambil makanan segera.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Polifenol?

Polifenol adalah sebatian yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Ia memberi warna sambil melindungi tumbuhan tersebut daripada penyakit dan jangkitan.

Apakah itu polifenol?

Polifenol merupakan unsur antioksidan kuat, yang akan melindungi tubuh kita dari kerosakan sel akibat radikal bebas.

Manfaatnya bilamana antioksidan tinggi dalam badan maka ia menjadi anti / rintangan kepada proses penuaan dengan cepat, anti inflamasi, juga anti-kanser kepada tubuh badan manusia..

Jadi kesimpulannya, manusia perlu mengambil polifenol bagi menghalang penuaan sel badan dengan cepat dan juga pertumbuhan sel kanser dalam tubuh mereka.

8 Kebaikan Polifenol Untuk Kesihatan

Kebaikan Polifenol #1 : Badan Rasa Lebih Bertenaga

Kebaikan Polifenol #1 : Rasa lebih bertenaga

  • Polifenol meningkatkan penghasilan tenaga dalam sel badan.

Kebaikan Polifenol #2 : Kulit Kelihatan Lebih Muda

Kebaikan Polifenol #2 : Kulit kelihatan lebih muda

  • Polifenol merangsang pembaharuan sel, melindungi kulit daripada kerosakan UV dan turut menghalang kulit daripada kerosakan kolagen.

Kebaikan Polifenol #3 : Jantung Lebih Kuat

Kebaikan Polifenol #3 : Jantung Lebih Kuat
  • Radang yang terjadi kepada jantung menjadi punca jantung tersumbat dan menyumbang kepada penyakit jantung. Polifenol pula dapat membantu mengawal tekanan darah yang lebih sihat, dan mengurangkan kadar keradangan pada salur darah.

Kebaikan Polifenol #4 : Polifenol Membaiki Fleksibiliti Sendi

Kebaikan Polifenol #4 : Polifenol Membaiki Fleksibiliti Sendi

  • Sifat polifenol yang anti radang (anti-inflamasi) membantu melawan keradangan sendi dan mengurangkan sakit pada sendi.

Kebaikan Polifenol #5 : Polifenol Mengawal Paras Gula

Kebaikan Polifenol #5 : Polifenol Mengawal Paras Gula

  • Polifenol boleh membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan merangsang penghasilan insulin dengan mengawal aktiviti kawalan gula dalam darah.

Kebaikan Polifenol #6 : Polifenol Membantu Penglihatan Menjadi Lebih Tajam

Kebaikan Polifenol #6 : Polifenol Membantu Penglihatan Menjadi Lebih Tajam

  • Untuk membantu masalah mata yang tidak sihat, pengambilan polifenol membantu menyokong kesihatan mata.

Kebaikan Polifenol #7 : Polifenol Membantu Kurangkan Berat Badan

Kebaikan Polifenol #7 : Polifenol Membantu Kurangkan Berat Badan

  • Polifenol membantu proses detoks pada badan dan meningkatkan tahap metabolisme. Fungsi polifenol dalam badan adalah untuk membuang segala toksin dalam badan yang menjadi punca kepada tahap metabolisme berada pada tahap rendah.
  • Metabolisme rendah, berat badan sukar diturunkan.

Kebaikan Polifenol #8 : Polifenol Memberikan Rasa Sihat Berpanjangan

Kebaikan Polifenol #8 : Polifenol Memberikan Rasa Sihat Berpanjangan

  • Pengambilan polifenol membantu mengurangkan risiko penghasilan sel abnormal dalam badan. Dalam sel badan manusia ada dua potensi untuk sel berkembang samada menghasilkan sel normal ataupun sel abnormal. Sel abnormal memberi peluang kepada badan untuk menghadapi permulaan penyakit kanser.
  • Jadi, pengambilan polifenol dalam diet harian dapat mengurangkan risiko penghasilan sel abnormal dan juga membantu mengurangkan risiko penyakit kanser.

Baca juga:

Untuk memiliki kehidupan yang sihat dan seimbang, penjagaan seihatan badan yang optimum amatlah digalakan. Memiliki gaya hidup dan sihat serta menjaga pemakanan yang membantu badan lebih bertenaga adalah kombinasi kehidupan yang sihat.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
-Yang sedang ambil polifenol-
Continue Reading

Wednesday, 14 October 2020

Resepi Nasi Kerabu Tumis Kelantan Ikan Celup Tepung Paling Senang Dan Sedap

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dah bermula pada hari ini.

Jadi, ada yang mendapat kelonggaran bekerja dari rumah daripada ketua jabatan.

Walaupun tak semua daripada ibu-ibu yang bekerja mendapat kelonggaran ini, tapi ianya satu rezeki kepada yang mempunyai ketua jabatan atau bos yang memahami dan memberi pertimbangan dalam isu ini.

Sisyat antara yang bertuah.

Makanya, hari ini Sisyat bekerja dari work station untuk kerja pejabat dan dari dapur untuk anak-anak dan suami.

Terjadilah menu nasi kerabu tumis Kelantan paling senang dibuat dan sedap dimakan.

Nasi Kerabu Tumis Kelantan Ikan Celup Tepung

Resepi Nasi Kerabu Tumis Kelantan Paling Senang Dan Sedap

A) Bahan-Bahan Untuk Sambal Tumis
  1. Bawang besar Holland - 1 labu
  2. Bawang merah kecil - 5 biji
  3. Bawang putih - 5 ulas
  4. Halia - 1 inci
  5. Cili giling - 4 sudu besar ATAU Cili Kering - 10 biji
  6. Santan kotak - 200ml
  7. Air masak - 1 cawan
  8. Budu - 2 sudu besar
  9. Serai - 3 batang
  10. Asam keping - 2 atau 3 keping
  11. Gula
  12. Garam
  13. Maggi secukup rasa
Cara membuatnya:
  • Blend bersama bawang besar holland, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.
  • Tumiskan bahan blend tadi sehingga naik bau wangi. 
  • Masukan cili giling dan kacau perlahan sehingga pecah minyak
  • Masukan santan dan budu. Jangan biarkan tanpa kacau kerana ia boleh mengganggu tekstur sambal tumis dan santan akan berketul
  • Masukkan air dan kacau lagi.
  • Masukan serai, asam keping, gula, garam dan secukup rasa.
  • Masak sehingga pekat dan pecah minyak.

B) Bahan-Bahan Sambal Ikan
  1. Bawang merah - 5 biji
  2. Serai - 3 batang (dihiris halus)
  3. Ikan kembung / ikan sardin - 7 ke 10 ekor (di rebus)
  4. Kelapa parut - 1 biji (di sangai sehingga garing)
  5. Gula 
  6. Garam
  7. Maggi secukup rasa
Cara membuatnya:
  • Tumbuk lumat bawang merah dan serai.
  • Masukan ikan rebus yang telah dibuang tulang dan tumbuk lagi.
  • Kelapa sangai ditumbuk kasar.
  • Gaulkan semua dan perasakan dengan gula, garam dan Maggi secukup rasa. Seeloknya rasa manis lebih.

C) Kerabu Atau Ulam-Ulaman
  1. Timun
  2. Kacang panjang
  3. Daun kesum
  4. Bunga kantan
  5. Kubis
  • Hiris halus dan gaulkan bersama-sama.

D) Ikan Celup Tepung  Paling Senang Dan Sedap
  1. Tepung jagung - 3 sudu besar
  2. Tepung beras - 3 sudu besar
  3. Serbuk kunyit - 1 sudu kecil
  4. Telur - 1 biji
  5. Air kapur - sedikit (untuk rangupkan tepung)
  6. Sedikit air
Cara membuatnya:
  • Satukan semua bahan-bahan dan celupkan ikan yang nak digoreng.
  • Sediakan bahan celup tepung bergantung kepada jumlah ikan yang nak digoreng.
  • Tahap kepekatan dan kelikatan bergantung kepada anda :-)
Nak lagi sedap dimakan nasi kerabu tumis kelantan ni, boleh tambah telur masin dan solok lada. Memang sedap la!

Gambar mana Sisyat oi?

Tak sempat nak ambil gambar yang baru-baru dihidang tadi. Maafkan saya :-)

-HayatiSuki-
Your Bestie
Continue Reading

Monday, 12 October 2020

Apakah Yang Dimaksudkan Healing Crisis Ataupun Krisis Penyembuhan

Ramai yang memberikan respond yang positif kepada Sisyat tentang kebaikan dan kesan terhadap diri mereka selepas mengambil produk Shaklee. 

Tetapi, tak kurang juga yang mengadu tentang ada 'kesan sampingan' berlaku kepada diri meraka selepas mengambil produk Shaklee.

Tak dinafikan, ada yang akan merasai lebih baik selepas megambil apa-apa suplemen, tetapi ada juga yang mengalami sebaliknya. Sebenarnya proses ini yang disebutkan sebagai Healing Crisis ataupun Proses Penyembuhan. Proses ini bergantung pada tubuh individu berkenaan.

Apakah Yang Dimaksudkan Healing Crisis Ataupun Proses Penyembuhan


Ia berlaku apabila badan mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita.  Proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula.

Proses ini membuatkan seseorang itu berasa 'tak sedap badan' dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk.

Ini merupakan tindakbalas apabila badan mengeluarkan toksin yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun

Adakah anda berasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee? Jom berkongsi tentang soal jawab berkaitan "healing crisis" ni.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 
  • Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. 
  • Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. 
  • Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan. 

Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan atau suplemen? 
  • Menurut Professor Yoshio Niwa seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. 
  • Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. 
  • Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru. 

Q: Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 
  • Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau suplemen yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. 
  • Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku. 

Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 
  • Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. 
  • Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya. 

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini? 
  • Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya. 

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa? 
  • Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (conto : tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) 
  • Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti: 
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari 
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan 
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya 
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat 
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh 
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan 
  7. Mengalami masalah emosi 

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan 



Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

kredit:
http://supermomndaddy.blogspot.com/2012/05/anda-rasa-sakit-sakit-lepas-ambil.html

Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
  • Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAlah. 

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
Continue Reading

Saturday, 10 October 2020

Sijil Halal Shaklee 2020

Sijil Halal Shaklee Tahun 2020 | Setiap apa yang diambil dan dimakan yang menjadi darah daging kita, perlu la mengetahui tahap halal sesuatu produk terlebih dahulu lebih-lebih lagi bagi muslim.

Muslim memang sangat menitikberatkan tahap halal tersebut.

Di Shaklee, setiap tahun syarikat akan mendapatkan Sijil Halal bagi semua produk Shaklee yang dijual di Malaysia.

Ia dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA), yang merupakan Organisasi Pemantauan Sijil Halal bagi seluruh negara Amerika yang diiktiraf di seluruh dunia termasuk Halal Jakim.

Setiap tahun, sijil halal ini perlu diperbaharui bagi memastikan setiap produk yang dihasilkan pada tahun tersebut mematuhi piawaian sijil halal yang telah ditetapkan.

Sijil Halal Shaklee 2020 - Senarai Produk
Nak dapatkan status halal ini juga bukannya mudah, banyak proses yang perlu dilakukan oleh company yang apply dari segi bahan yang digunakan, tempat proses sehingga ke packaging.

Sijil Halal Shaklee 2020 - Dari Islamic Service of America

Terima kasih Shaklee kerana mengambil berat soal ini bagi memastikan produk Shaklee yang masuk ke  Malaysia ini terjamin Halal.

Sekiranya kalian ingin mendapatkan produk Shaklee yang terbukti Halal, Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Friday, 9 October 2020

Polifenol - Tahukah Anda Kebaikan Polifenol Kepada Kesihatan

Polifenol - Tahukah Anda Kebaikan Polifenol Kepada Kesihatan | Tahukah anda tantang polifenol? Apa itu polifenol sebenarnya? Dan apakah kebaikan dan kepentingan polifenol kepada kesihatan tubuh badan manusia?

Ramai yang masih kurang jelas dan info berkaitan polifenol.

Jadi, Sisyat cuba berkongsi dengan anda tentang polifenol dan apakah kebaikan polifenol terhadap kesihatan tubuh manusia.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Polifenol?

Polifenol adalah kompaun bioaktif yang terhasil secara semulajadi di dalam tumbuh-tumbuhan terutamanya dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Polifenol merupakan unsur antioksidan kuat, yang akan melindungi tubuh kita dari kerosakan sel akibat radikal bebas.

Manfaatnya bilamana antioksidan tinggi dalam badan maka ia menjadi anti / rintangan kepada proses penuaan dengan cepat, anti inflamasi, juga anti-kanser kepada tubuh badan manusia..

Jadi kesimpulannya, manusia perlu mengambil polifenol bagi menghalang pertumbuhan kanser dalam tubuh mereka..

Apakah Polifenol?

Sekiranya anda ingin mendapatkan pelbagai jenis polifenol, adalah disarankan anda mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran semulajadi daripada pelbagai warna berbeza.

Ini kerana, tahap kepekatan dan jenis polifenol setiap buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut adalah berbeza.

Secara mudahnya, lebih banyak anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan daripada pelbagai jenis dan warna, lagi banyak polifenol yang akan anda perolehi.


Tahukah Anda #1 : Dimanakah Kandungan Polifenol Paling Banyak?

Kandungan polifenol paling tinggi dalam tumbuhan bewarna gelap

Polifenol paling banyak dijumpai adalah dalam tumbuhan bewarna gelap seperti anggur dan elderberry. Jumlah polifenol paling tinggi berada di dalam biji dan kulit buah berkenaan.

Tahukah Anda #2 : Polifenol Menggalakan Penghasilan Kulit Sihat & Berseri

Polifenol menggalakan penghasilan kulit yang sihat dan berseri

Kajian klinikal terkini menunjukan polifenol menggalakan penghasilan kulit sihat dan berseri:
  • Polifenol membantu melindungi kulit dari kerosakan UV
  • Polifenol juga membantu mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedutan serta garisan halus pada kulit wajah.
  • Selain itu, polifenol juga membantu menggalakan dan menyokong pengeluaran kolagen yang sihat.
  • Fungsi lain polifenol adalah menggalakan kulit yang sihat dan kelihatan lebih tegang dan lebih muda.

Tahukah Anda #3 : Polifenol Menggalakan Fungsi Jantung Yang Sihat
Polifenol membantu menggalakan fungsi jantung

Pelbagai kajian telah dilakukan dan menunjukan bahawa polifenol dapat membantu dalam menggalakan fungsi jantung yang sihat dengan:
  • Mengurangkan keradangan dalam salur darah
  • Menggalakan dinding salur darah yang sihat.
  • Menggalakan tekanan darah yang sihat.
  • Mengekalkan tahap penggumpalan platlet yang sihat.

Tahukah Anda #4 : Polifenol Berpotensi Mengekalkan Tahap Glukosa

Menurut kajian klinikal terkini, polifenol mungkin juga nerpotensi untuk mengekalkan tahap glukosa yang sihat kepada badan dengan:
  • Mengawalatur penyerapan glukosa ke dalam darah.
  • Meningkatkan kepekatan insulin.
  • Meransang rembesan insulin badan.
  • Membantu meningkatkan penguraian glukosa dalam badan.

Jelas kan kenapa polifenol sangat diperlukan dan sangat penting kepada tubuh badan manusia? Adalah sangat penting untuk memberikan tubuh kita polifenol bagi meningkatkan lagi tahap kesihatan badan.

Selain daripada mengambil sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan polifenol, anda juga boleh mengambil supplemen yang dihasilkan daripada bahan-bahan premium yang mengandungi polifenol.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
-Yang sedang ambil polifenol-
Continue Reading

Wednesday, 7 October 2020

Promo Shaklee Oktober 2020 : Percuma Keahlian Dan Penghantaran

Setelah sekian lama Shaklee tidak mengumumkan item promosi disebabkan wabak pandemik Covid 19 yang menyebabkan stok sangat terhad kerana permintaan yang tinggi, bulan ini Shaklee memberikan anda Set Promo yang hebat.

Promo Shaklee Oktober 2020

Promo Shaklee Oktober 2020

1. Viva Vivix Set

Apa yang anda akan dapat dengan belian Set Viva Vivix:
  • Percuma Keahlian - Jimat RM35.00
  • Percuma Penghantaran - Jimat RM10.00
  • Percuma City Bag Sempena Ulang Tahun ke 25 - Jimat RM25.00
Baca juga: 

Set Viva Vivix Shaklee

Kebaikan Set Viva Vivix
  1. Menguatkan imun sistem
  2. Menguatkan tenaga dalam badan
  3. Menyokong kesihatan minda
  4. Membantu mengawal gula dalam darah
  5. Membantu melindungi sel dalam badan
  6. Menyokong kesihatan jantung
  7. Membantu mengawal berat badan
  8. Menyokong kesihatan mata
  9. Melambatkan proses penuaan
Keistimewaan Vivix yang membantu memberikan kesihatan yang menyeluruh adalah kerana kandungan polifenol dan resvestrol dalam setiap botol. 


Resvestrol merupakan agen anti penuaan yang paling kuat dari alam semulajadi. Kesan anti-inflamasi nya juga adalah 60kali lebih tinggi daripada Aspirin.


Harga Runcit Vvix : RM480.00 / botol
Harga Set Viva Vivix : RM760.00 / 2 botol

Penjimatan sebanyak RM200.00


2. Shaklee Best Seller Set

Apa yang anda akan dapat dengan belian Set Best Seller Shaklee:
  • Percuma Keahlian - Jimat RM35.00
  • Percuma Penghantaran - Jimat RM10.00
  • Percuma City Bag Sempena Ulang Tahun ke 25 - Jimat RM25.00
Shaklee Best Seller Set

Kebaikan Shaklee Best Seller Set
  • Sangat sesuai kepada semua sebagai supplemen harian.
  • Menjadi pilihan para ibu hamil, berpantang dan menyusu

1. Ostematrix Shaklee
  • Membantu elakan  simpul biawak (cramp) dan sembelit.
  • Memberikan kesegaran badan kepada ibu berpantang walaupun berjaga malam
  • Membantu melengkapkan sumber kalsium yang ibu menyusu

2. B Complex Shaklee
  • Membantu mengelakan kecacatan kepada tulang belakang janin.
  • Membantu mengawal stress ketika berpantang
  • Menggalakan penghasilan susu

3. Omega Guard Shaklee
  • Membantu perkembangan otak bayi kerana mengandungi EPA dan DHA
  • Membantu mengawal berat badan dan melancarkan peredaran darah ibu

4. Vitamin C Shaklee
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Memberikan kulit yang sihat, halus dan cantik.
  • Membantu percepatkan proses sembuh luka bersalin

5. Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee
  • Membantu memulikhkan luka dalaman serta memberikan tenaga kepada ibu.
  • Memekatkan susu ibu serta membantu mengawal berat badan

Sekiranya kalian ingin memiliki Promo Shaklee Oktober 2020, boleh hubungi kami di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk maklumat lanjut.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara

Continue Reading

Monday, 5 October 2020

9 Tip Dan Petua Untuk Bantu Hilangkan Masalah Sembelit

Jangan biarkan sembelit menghantui kehidupan harian anda sehingga dalam satu jangka masa yang panjang. Jika keadaan ini berlaku, ianya sedikit sebanyak mengganggu produktiviti anda.

Apakah penyelesaian dalam menghadapi masalah sembelit ini.

Baca juga:

9 Tip Dan Petua Untuk Bantu Hilangkan Masalah Sembelit

1. Ambil serat

  • Lebihkan pengambilan sumber makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti buah-buahan dan syur-sayuran.

2. Minum banyak air kosong
  • Amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi mengikut berat badan anda. Sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari.

3. Mengambil herba dan rempah dalam diet harian

  • Masukkan herba dan rempah-ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis. Kebanyakan herba dan rempah-ratus ini memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang berkumpul pada hati, buah pinggang, perut dan limpa.

4. Cuka epal
  • Amalkan mengambil sedikit cuka epal dalam diet harian. Sebaiknya mengambil 1 sudu ketika bangun pagi. Cuka epal meningkatkan penghasilan asid dalam perut dan secara tidak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan.

5. Elakan mengambil protein secara berlebihan
  • Protein sangat elok untuk membantu masalah kulit kerana ianya berfungsi membaikpulih sel-sel kulit yang rosak. Namun untuk yang menghadpi masalahlak mengambil protein secara berlebihan. Memadai dengan satu genggam untuk satu hidangan.

Baca juga:


6. Makan lemak berkhasiat

  • Jangan ambil lemak yang tidak sihat, tetapi sebaliknya ambil lemak berkhasiat seperti minyak zaiton, avocado, ikan sardin, ikan kurau, butter dan kekacang.

7. Lakukan senaman pernafasan
  • Senaman pernafasan secara sekata setiap hari dapat membantu menghilangkan stress dan melonggarkan saraf yang tersumbat.

8. Senaman mencangkung
  • Senaman mencangkung dapat memberi tekanan pada perut dan usus, sekali gus memberi ‘gesa’ untuk buang air besar. Elok untuk lakukan senaman ini setiap hari.

9. Rajin melakukan senaman

  • Senaman meningkatkan metabolisma, meningkatkan simulasi kontraksi usus dan melawaskan perkumuhan

Cara sebaiknya untuk mengeluarkan toksin, benda kotor dan hormon yang rosak dalam badan adalah dengan membuang air besar setiap hari. Jika tidak, anda terdedah kepada pelbagai masalah seperti kurang oksigen dalam darah akibat badan terlalu banyak toksin.

Baca juga:

Antara simptom anda mengalami masalah sembelit yang mudah dikenalpasti ialah masalah bau mulut dan badan yang busuk, insomnia, mual dan gatal-gatal badan. Tandanya badan anda mempunyai banyak toksin.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
-Yang pernah mempunyai masalah sembelit dan buasir-
Continue Reading

Saturday, 3 October 2020

9 Sebab Kenapa Anda Kerap Sembelit

Di Amerika Syarikat, pembelian julap adalah sebanyak 700 USD setahun bagi mengatasi masalah kerap sembelit yang kronik bagi orang dewasa.

Ini menjadikan julap adalah jualan kedua tertinggi selepas aspirin. 

Tapi, tahukah anda penggunaan julap secara kerap boleh mengganggu keseimbangan kadar elektrolit dalam badan, dehidrasi, kerosakan hati serta buah pinggang dan jangkitan usus.

Ini adalah antara kesan buruk pengambilan julap walaupun ianya membantu masalah sembelit kronik.

9 Sebab Kenapa Anda Kerap Sembelit

1. Malas membuang air besar
  • Selalunya terjadi kepada anak kecil yang malas nak menunggu sehingga najis habis dibuang. Dia akan berhenti membuang pada fasa pertama pembuangan sahaja. Walaupun masih ada najis yang perlu dikeluarkan.
Baca juga:

2. Najis terlalu besar
  • Najis keras dan besar menjadi trauma ketika proses membuang. Selalunya, ia memberikan tekanan kepada rektum dan menyebabkan berlakunya proses membuang beserta pendarahan.

3. Menahan rasa ingin membuang (berak)

  • Terlalu sibuk dengan kerja atau melalui proses pencarian tandas bersih menyebabkan menahan proses ingin membuang. Ini menjadikan najis semakin besar dan keras.

4. Tekanan (stress)
  • Apabila berlaku tekanan dalam hidup akan menyumbang kepada proses pemakanan yang tidak sihat. Dan ini juga menyumbang kepada masalah sembelit.
5. Kurang cecair dalam badan
  • Pengambilan air yang tidak mencukupi dalam diet harian turut menjadi punca masalah sembelit.
  • Fiber atau serat juga salah satu makanan yang boleh menyumbang kepada kecukupan air dalam badan. 
  • Di sarankan kerap mengambil air kosong dan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengelak masalah sembelit.

6. Angin dalam badan
  • Masalah penghadama yang disebabkan oleh angin dalam badan,  masalah abdominal cramp, serta kembung perut juga menjadi punca sembelit. Di sarankan berurutlah dengan tukang urut yang mahir.

7. Trauma selepas bersalin
  • Boleh dikatakan, setiap ibu yang baru melalui proses bersalin akan melalui fasa trauma untuk membuang air besar. Risau pada jahitan bersalin.


8. Kurang zat besi
  • Kekurangan zat besi yang menjadikan kurang tenaga untuk meneran semasa membuang.

9. Faktor umur
  • Selalunya berlaku kepada warga emas yang kurang melakukan pergerakan, fungsi organ yang kurang efisyen disebabkan oleh faktor usia dan kurang bersenam.

Jadi, banyak sebab yang boleh menjadi punca kenapa anda kerap sembelit sehingga ke tahap sembelit kronik jika dibiarkan dan tidak dirawat.

Baca juga:

Sekiranya anda pernah berada dalam situasi 9 sebab di atas, perlulah segera mengubah gaya hidup kearah yang lebih baik bagi mengelakan anda menghadapi situasi sembelit kronik.

Baca juga:

Sekiranya kalian ingin memiliki Herb Lax Shaklee, boleh hubungi kami di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk maklumat lanjut.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
-Yang pernah mempunyai masalah sembelit dan buasir-
Continue Reading

Thursday, 1 October 2020

10 Sebab Kenapa Shaklee Bisnes Online Terbaik

Sebenarnya, Sisyat cukup tersentuh hati mendengar perkongsian seorang 'brother' di salah satu radio pagi tadi.

Ceritanya, beliau di berhentikan kerja rentetan isu pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia. Selama 3 bulan sejak diberhentikan kerja, beliau tetap keluat rumah setiap pagi seperti rutin ketika dia bekerja.

3 bulan menjalani rutin begitu tanpa kerja tetap demi untuk tidak memberitahu keadaan sebenar kepada pasangan beliau. Tidak ingin isteri risau.

Tapi Alhamdulillah, berkat usaha dan doa beliau yang tak putus semasa keluar dari rumah selama 3 bulan tu, baru-baru ni beliau telah mendapat tawaran kerja. 

Tapi, 3 bulan tu adalah satu tempoh masa yang amat perit.

Sisyat cuma berkongsi rasa sedih brother itu tadi.

Ramai yang terkesan dari segi ekonomi dengan pandemik ini. Cuma ramai yang tidak kongsikan secara umum. Jadi, jika ada peluang untuk menjana pendapatan dari rumah, rebutlah ia.

Mungkin bonus atau hasil jualan RM30 kecil amaunnya bagi yang berduit tapi bagi yang tiada, jumlah ini adalah besar.

Jadi, Sisyat kongsikan 10 sebab kenapa boleh pilih Shaklee sebagai bines online terbaik kalian. Sebagai salah satu cabang pendapatan untuk membantu keluarga.

10 Sebab Kenapa Shaklee Bisnes Online Terbaik Untuk Dijalankan

Pengenalan

1. Sejarah Shaklee yang ditubuhkan oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1956.

2. Home Office sekarang terletak di Pleasanton, California.

3. CEO pada masa ini ialah Mr. Roger Barnet, seorang billionaire sejak 2004.

4. Di Malaysia, terdapat lebih 500 syarikat MLM dan Shaklee adalah yang terbaik kerana produk, syarikat dan sistem yang tersendiri.

Sebab Kenapa Shaklee Bisnes Online Terbaik

10 Sebab Kenapa Shaklee Menjadi Platform Bisnes Online Terbaik

1. Perniagaan Shaklee adalah milik saya
  • Shaklee Independent Distributor (SID) memiliki perniagaan ini. SID atau kita sendiri yang rancang apa dan bagaimana nak capai apa yang dikehendaki dalam bisnes ini.
  • Kita buat secara berjemaah bersama-sama team dan syarikat serta saling menyokong.

2. Reputasi syarikat yang melebihi 65 tahun.
  • Reputasi syarikat Shaklee melebihi 65 tahun sejak ditubuhkan. Produk Vitalea adalah produk Shaklee yang telah melebihi 100 tahun dan masih kekal releven sehingga kini.
  • Visi Shaklee ialah membantu lebih ramai orang menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik.


3. Produk yang selamat dan terbukti berkesan.
  • Ianya penting sebab kita mengambil suplemen Shaklee pada jangka masa yang lama dan berkongsi dengan keluarga, kawan-kawan serta orang lain.
  • Produk Shaklee mempunyai sijil halal dari ISA (Islamic Services Amerika) dan diiktiraf oleh JAKIM.

4. Perniagaan Shaklee boleh dijalankan dimana-mana sahaja.
  • Mudah - sistem yang jelas dan mudah untuk di ikut
  • Fleksibel - anda sendiri tentukan apa yang hendak di capai. Berapa banyak masa yang nak diluangkan untuk jalankan bisnes.
  • Sosial - bisnes Shaklee berkait rapat dengan dengan manusia, komunikasi dan komuniti.
  • Mudah alih - bisnes Shaklee sangat menjurus kepada "online bases". Asalkan ada kemudahan gajet, pasti boleh di pantau di mana-mana sahaja.

5. Bonus yang ditawarkan oleh Shaklee
  • 9 jenis bonus yanh disediakan untuk semua SID.

6. Anugerah Star Achiever
  • Shaklee akan meraikan semua SID yang berjaya di dalam Majlis Nationa Conference setiap tahun. Anugerah Khas akan diberikan mengikut pencapaian yang telah dicapai.

7. Program melancong bersama Shaklee
  • Pakej melancong bersama Shaklee akan ditaja sepenuhnya oleh syarikat. SID yang layak juga boleh membawa yang tersayang bersama-sama dalam program ini.
  • Shaklee akan memberikan layanan 5 bintang dari segi flight, hotel, makanan dan duit poket.

8. Perniagaan Shaklee adalah dilindungi
  • P&R Shaklee melindungi perniagaan Shaklee dan memastikan setiap SID mempunyai peluang yang adil dan saksama untuk berjaya.
  • Shaklee mempunyai Department Legal And Compliance demi membantu para SID menangani isu melibatkan fitnah dan perlanggaran P&R.


9. Pengiktirafan untuk pencapaian
  • Para SID yang berjaya akan diraikan dan diberi pengiktirafan.

10. Bisnes Shaklee boleh diwarisi yang tersayang 
  • Bisnes online ini boleh diwarisi oleh ahli keluarga seperti ibu bapa, anak-anak, famili atau sesiapa sahaja yang tersayang.
  • Inilah yang Shaklee berikan kepada setiap Shaklee Independent Distributor setiap tahun. Sangat banyak keistimewaan.

Ya, ini lah bisnes online terbaik untuk dijalankan samada dari rumah atau dimana-mana sahaja. Mempunyai perlindungan daripada syarikat. Selain daripada syarikat yang telah lama 'established'.

Baca juga:

Untuk memulakan bisnes online Shaklee, perlu berdaftar sebagai ahli terlebih dahulu.

Baca sini:

Sekiranya kalian menghadapi masalah untuk proses pendaftaran menjadi ahli Shaklee, Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Monday, 28 September 2020

Tanda-Tanda Dan Gejala Sembelit Yang Perlu Diketahui

Sembelit merupakan satu keadaan yang sering dihadapi oleh individu yang mempunyai masalah dalam pembuangan najis atau sistem pencernaan.


Tanda-Tanda Dan Gejala Sembelit Yang Perlu Diketahui


Gejala Sembelit Yang Patut Diketahui

Sembelit sebenarnya merupakan satu gejala atau satu masalah dalam sistem pencernaan dan ianya bukan satu penyakit. Walaubagaimanapun, setiap orang pernah mengalami masalah sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya adalah disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Sembelit berlaku apabila kekerapan membuang air besar menjadi semakin berkurangan dan menghadapi kesukaran ketika ingin membuang air besar.

Tanda-Tanda Dan Gejala Sembelit 

Setiap orang yang mengalami masalah sembelit mempunya gejala yang berbeza. Namun, berikut adalah antara gejala sembelit yang sering dihadapi oleh orang yang menghadapi masalah ini:-
  • Kurang mempunyai selera makan
  • Kembung, rasa kejang atau sakit pada perut
  • Tidak membuang air besar selama beberapa hari.
  • Ketika membuang, najis yang terhasil adalah keras dan kering.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembt pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-Sebab Dan Punca Sembelit

Bagaimana proses sembelit berlaku?

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap terlalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menjadikan najis bergerak ke arah kolon dalam keadaan terlalu perlahan.

Akibatnya, najis menjadi terlalu keras dan kering.

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan ataupu najis.

Pengecutan otot pada kolon akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Ketika sampai ke rektum, ianya telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sebab-Sebab Berlakunya Sembelit
  • Tidak mengambil makanan berserat dalam diet harian
  • Kurang melakukan aktiviti fazikal
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable Bowel Syndrome)
  • Perubahan dalam kehidupan rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan membuang air besar
  • Kurang penambilan air dalam diet harian
  • Mempunyai masalah dengan kolon dan rektum
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik)

Apakah Kesan Dan Komplikasi Sembelit

Sembelit yang berpanjangan dan serius boleh menyebabkan buasir berlaku. Buasir terjadi apabila berlaku kesan koyakan pada kulit di sekeliling anus (Anal Fissure) disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar

Ia berlaku kerana najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya mungkin akan berlaku pendarahan pada rektum dimana darah akan kelihatan pada permukaan najis.

Selain itu, regangan juga boleh menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar ataupun untuk membaiki lapisan yang terjatuh.

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum dengan ketat yang mana penolakan najis secara normal tidak mampu membawa najis keluar.

Ini dikenali sebagai Fecal Impaction dan biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur.

Langkah Pencegahan Dan Rawatan Untuk Masalah Sembelit

Dalam membantu masalah sembelit yang dihadapi, tips mudah seperti berikut mungkin boleh membantu:
  • Makan pelbagai jenis makanan yang berasaskan kekcang, bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
  • Minum air secukupnya.
  • Melakukan aktiviti senaman secara berkala.
  • Elakan untuk menahan rasa untuk membuang air besar
  • Perkara utama dalam merawat masalah sembelit ialah dengan memastikan pengambilan air kosong adalah mencukupi dalam diet harian selain memakan makanan yang berserat tinggi.
Pengambilan air kosong yang mencukupi membantu masalah sembelit

Jika anda tidak mampu menahan sakit terlampau, langkah terbaik berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan rawatan atau ubat untuk membantu atasi sembelit. 

Ubat melembutkan najis akan diberikan bergantung kepada keseriusan masalah itu.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
-Yang pernah mempunyai masalah sembelit dan buasir-
Continue Reading

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.