Tuesday, 14 January 2020

Segmen Bloglist 2020

Segmen pertama Sisyat selain daripada Giveaway sebelum-sebelum ni.

Macamana nak join segmen ni?

 Segmen Bloglist 2020

Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Tiara Sapphire (bagi yg belum follow)
  2. Buat entry 'Segmen Bloglist 2020'. copy banner dan backlink ke post ini.
  3. Masukkan blog Tiara Sapphire (http://tiaarasapphire.blogspot.com) dalam bloglist blog anda.
  4. Tinggalkan link entry di ruangan komen.
Semua penyertaan akan dimasukkan dalam bloglist blogger berkenaan supaya senang nak blogwalking nanti.

Segmen Tamat : 15 Januari 2020 | 11.59 Malam

Mudah kan syarat-syarat nak join segmen ni.

So, tunggu apa lagi. Jom la kita ramai-ramai memeriahkannya sebagai tanda sokongan kepada kawan-kawan blogger.

Your Bestie a.k.a Your Shaklee Distributor:
Hayati Suki (SisYat)
Continue Reading

Sunday, 12 January 2020

January Giveaway by Awesome Dreamer

Happy weekend semua.

Giveaway (GA) kedua Sisyat bagi tahun 2020 sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan blogger.

January Giveaway by Awesome Dreamer

Syarat-syarat nak join giveaway ni:
  1. Follow blog ini. No worries, nanti akan difollowback, insya Allah.
  2. Follow instagram ni >Tee.Ordinary<
Kalau dah follow 2 steps di atas tu, baru boleh proceed ke next steps.
  • Buat new post dengan tajuk; "January Giveaway by Awesome Dreamer"
  • Selitkan sekali banner di atas tu dengan linkkan dekat post ni
Tarikh tamat penyertaan adalah pada 31 Januari 2020.

So, apa yang ditunggu lagi. Jom la memeriahkan GA ni.

Your Bestie a.k.a Your Shaklee Distributor:
Hayati Suki (SisYat)
Continue Reading

Thursday, 9 January 2020

Pengalaman Percutian Di Port Dickson : Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

Percutian kali ni rasanya Sisyat lebih berpuas hati. Banyak gambar kenangan yang di rakam bersama-sama. Dan banyak tempat menarik yang berjaya di kunjungi.

Pada hari kedua (31 Disember 2019) lokasi pertama kunjungan kami ialah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson
Hanya 12 minit sahaja dari rumah penginapan Airbnb kami.

Seperti biasa, bertolak dari rumah selepas solat zohor seperti yang telah di rancang. Waktu pagi banyak di habiskan di pantai dan juga pool. Part mandi-manda ni kan memang kesukaan anak-anak.

Makan Tengahari Di Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy 

Memandangkan kami masih belum makan makanan berat, maka kami singgah makan di Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy. Jalan yang sama menuju ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.
Nasi Kukus Ayam Panggang Port Dickson

Sedia untuk makan

Menu utama ialah Nasi Kukus, Ayam Panggang, dan Sup Kosong.

Review ikhlas dari Sisyat 4.0 / 5.0 sahaja.

  • Ayam Panggang bersama sos. Agak sedap walaupun di ratah begitu sahaja.
  • Sayur cendawan sos tiram mungkin namanya telah disiapkan dalam pinggan dan telah disusun. Cuma pelanggan perlu ambil sahaja. Tapi agak sejuk. Kalau panas lagi sedap rasanya.
  • Air minuman. Kami pilih teh o limau ais sahaja.
Bagus juga la kan tak perlu menu yang banyak untuk disediakan.

Jumlah yang kami perlu bayar untuk makan tengahari cuma RM40++ sahaja beserta nasi tambah. Agak murah untuk 5 orang makan.

Alamat:
Port Dickson, Lot 643 Jalan Pantai batu 6 71050 teluk kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 
Tutup - 7PM

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

6 minit perjalanan dari lokasi kedai makan Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy, kami sampai di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.

Pertama kali juga kami sampai sini walaupun telah berkali-kali datang PD.

Misi Sisyat "accomplish" sebab janji dengan anak-anak nak bawa tengok ikan dan penyu. Masa ni tawakal sahaja lah sekiranya tiada penyu. Hehe

Tapi syukur sangat, memang ada penyu di sana. 2 ekor penyu dewasa dan beberapa anak penyu yang sedang di bela.

Anak penyu yang cantik

Kami!!

Mama & 2nd son, Awish
Bagi Sisyat, ini adalah tempat yang sangat mnarik untuk bawa anak-anak mengenali hidupan laut. Selain daripada ikan, kalian juga boleh lihat prosedur pembiakan terumbu karang.

Sisyat lupa nak ambil gambar. hehe

Memang ada 1 bilik khas untuk projek pembiakan terumbu karang ini.

Selain itu juga, terdapat 1 bilik tontonan 3D hidupan laut. Bayaran RM1.00 untuk cermin mata 3D.

Okay, bagaimana nak ke sana? Anda boleh waze kan alamat seperti dibawah.

Address: 
Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 
Tutup: 5PM

Bayaran masuk / Tiket:
PERCUMA (cuma perlu bayar Parking RM3.00 sahaja)

Untuk melihat lebih banyak gambar menarik ikan-ikan dan suasana di pusat ikan hiasan ini boleh klik link INI

Setakat ini dulu blogpost kali ini. Next entry Sisyat kongsi lagi pengalaman bersama anak-anak di PD Ostrich Farm ye.

Your Bestie a.k.a Your Shaklee Distributor:
Hayati Suki (SisYat)
Continue Reading

Tuesday, 7 January 2020

9 Manfaat Omega 3 Untuk Kesihatan Jantung, Otak Dan Sendi

Asid lemak Omega 3 adalah lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan sendiri. Tetapi asid lemak Omega 3 ini memberikan manfaat yang cukup besar kepada kesihatan manusia bermula daripada otak sehingga ke jantung.

Baca Sini:

Manfaat Asid Lemak Omega 3 Kepada Kesihatan
Manfaat Omega 3 Untuk Kesihatan Jantung


1. Menyingkirkan Kolestrol Jahat
  • Omega 3 terlibat dalam proses menyingkirkan kolestrol jahat (LDL) dan menghasilkan kolestrol baik (HDL)



2. Membantu Mengawal Tekanan Darah
  • Omega 3 membantu mengembangkan saluran darah, mengawal tekanan darah dan memberikan peredaran darah yang sihat.



3. Mengekalkan Kadar Normal Degupan Jantung
  • Omega 3 juga membantu mengekalkan kadar degupan jantung yang sihat dan konsisten


Baca sini:


Manfaat Omega 3 Untuk Kesihatan Otak


1. Meningkatkan Aliran Darah
  • Omega 3 membantu meningkatkan aliran darah ke otak secara konsisten dan memberikan kadar ingatan memori yang tinggi


2. Menguatkan Hubungan Daya Ingatan
  • Omega 3 membantu menguatkan hubungan antara sel-sel otak untuk daya perhatian dan ingatan yang lebih baik


3. Mengurangkan Tahap Plak
  • Omega 3 membantu mengurangkan tahap plak dalam otak yang menyumbang kepada penyakit Alzheimer (nyanyuk)

Manfaat Omega 3 Untuk Kesihatan Sendi


1. Mengurangkan Tahap Infalamsi Sendi
  • Omega 3 membantu mengurangkan tahap inflamasi sendi yang bertindak sebagai anti radang untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium bagi mengoptimumkan kekuatan tulang untuk menyokong pergerakan.


2. Meningkatkan Peredaran Darah
  • Omega 3 membantu meningkatkan peredaran darah ke sendi serta membekalkan nutrisi kepada otot.


3. Melambatkan Kemerosotan Tulang Rawan
  • Omega 3 membantu dalam proses pembentukan tulang rawan disamping melambatkan kemerosotan tulang tersebut.
Banyak kan manfaat Omega 3 untuk kesihatan paling penting tubuh iaitu jantung, otak dan sendi selain untuk kecantikan kulit.

Jadi, dari mana nak dapatkan sumber Omega 3 yang dijamin selamat?

Di Shaklee, kami menawarkan Omega 3 daripada minyak ikan terbaik di dunia yang mengandungi 7 asid lemak omega 3 semulajadi iaitu DHA, EPA, ALA dan lain2 lagi.

Baca Sini:

Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba produk promosi Shaklee, anda boleh hubungi kami di talian 019-397 9157 untuk maklumat lanjut dan tempahan ataupun klik sahaja button Whats App di bawah sebelah kiri blog.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Sunday, 5 January 2020

Jan Giveaway + BW by lieyzanordin

Giveaway pertama di tahun 2020 yang Sisyat join. Semoga ada rezeki kali ini. Hehe


3 syarat sahaja untuk penyertaan :

1. Follow blog lieyzanordin.com dan link kan 2 cute banner tu.
2. View YT channel sekurang-kurangnya 5 min - - - > KLIK SINI
3. Lepas view 5min subscribe YT channel

Untuk elak SPAM please view dulu baru SUBSCRIBE.


HADIAH-HADIAH

1. 1st prize akan dapat cash RM100 dengan beberapa pilihan buku
2. 2nd prize RM50 dengan touch&go voucher
3. Special gift untuk 5x blogger
4. Mistery box untuk 3x blogger

Untuk mistery box ni special sikit. Blogger berkenaan akan nilai sendiri based on value yang beliau suka. Hints? (macam mana dia repost GA ni)

Menarik kan hadiah-hadiah yang disediakan.

So, jom la meramaikan GA ni. Kita support each others.

Your Bestie a.k.a Your Shaklee Distributor:
Hayati Suki (SisYat)
Continue Reading

Thursday, 2 January 2020

Pengalaman Percutian Di Port Dickson : Penginapan Airbnb Yang Menarik

Alhamdulillah, selesai percutian penutup tahun 2019 untuk Sisyat dan keluarga kecil kami. Seperti yang dijanjikan dalam blogpost sebelum ini, Sisyat akan berkongsi pengalaman menginap di rumah yang ditempah melalui Airbnb.

Baca sini:

Jenis Rumah Penginapan

Sebenarnya Sisyat sudah jelas berkenaan jenis rumah yang bakal kami diami selama tempoh bercuti iaitu 3 hari 2 malam. Ianya adalah sejenis rumah apartment 2 bilik.

Tetapi, Sisyat tidak tahu lokasi sebenar rumah berkenaan. 

Dalam perjalanan ke Port Dickson (PD), baru Sisyat tanya host berkenaan lokasi yang sebenarnya. Rupa-rupanya penginapan kami adalah aparment dalam "compound" Corus Paradise Hotel. Dan sebenarnya Sisyat pernah menghadiri 1 bengkel anjuran jabatan di hotel ini dan bawa En.Suami serta anak pertama bersama pada tahun 2012.

Nama apartment kami ialah Kaiyo Apartment di Paradise Lagoon Apartment (North).

Bilik Kedua yang mempunyai 3 katil bujang

Bilik Utama yang mempunyai 1 katil Queen

Pemandangan dari koridor

Ruang tamu
10 Kriteria Menarik Kaiyo Apartment Untuk Percutian Keluarga
  1. Host yang peramah dan sentiasa fast respond.
  2. Rumah yang mengadap pantai. Jadi, setiap hari anda boleh lihat matahari naik dan terbenam.
  3. Ruang tamu yang luas yang mempunyai sofa bed, meja makan dan tv
  4. Saiz TV yang besar dan mempunyai hampir kesemua saluran Astro terutamanya saluran kanak-kanak.
  5. Katil bujang yang mencukupi untuk anak-anak. Jika anak 5 orang pun boleh lagi kerana bilik yang luas.
  6. Bilik air yang besar.
  7. Mempunyai dapur yang lengkap dengan peti ais, microwave dan penapis air Coway. Untuk kelengkapan dapur yang lain, ada cas tambahan.
  8. Kelengkapan lain yang disediakan ialah hair dryer, iron bersama ironboard, weight scale, dan mesin urut kaki.
  9. Walaupun jauh dari Teluk Kemang, tapi lokasinya tetap dikira berdekatan dengan tempat-tempat menarik yang lain di PD.
  10. Kaiyo Apartment adalah rumah di tingkat paling bawah dan mudah untuk akses pantai.
Itu antara 10 kriteria pertama yang Sisyat boleh review berkenaan dengan rumah penginapan kami sepanjang percutian kali ini.

Tetapi, Sisyat rasa host boleh meningkatkan lagi tempahan Kaiyo Apartment dengan menambahbaik 2 perkara berkenaan:
  • Tekanan air yang perlahan di dalam bilik air. Masih basah kalau mandi tu, cuma jika kelajuan air bertambah makin gembira la para penghuninya.
  • Baiki Coway Hot water yang tidak berfungsi dengan baik. Walaubagaimanapun, host tetap sediakan 1 kettle untuk kegunaan sepanjang di sana.

Sekiranya anda berminat untuk menginap di Kaiyo Apartment, anda boleh hubungi Puan Ira (Host) di talian 012-351 5706 atau klik link dibawah:

https://www.airbnb.com/c/norhayatia82?currency=MYR

You'll get RM165 off your first trip.

Dapat RM165.00 off tau. Boleh gunakan penjimatan tu untuk jalan-jalan di lokasi menarik nanti.


Your Bestie a.k.a Your Shaklee Distributor:
Hayati Suki (SisYat)
Continue Reading

Wednesday, 1 January 2020

Promosi Shaklee Januari 2020

Salam tahun baru 2020 kepada semua.

Tahun baru.
Azam baru.
Semangat baru.

Makanya Sisyat kongsikan dengan anda 8 item promosi yang Shaklee telah sediakan pada bulan ini.

8 Pilihan Promosi Shaklee Januari 2020


1. Promosi Shaklee Januari 2020 : Omega Guard Shaklee

 2 pilihan yang disediakan:

1. Twin Pack (2 botol) - layak mendapat diskaun sebanyak 5%

  • Harga Runcit : RM136 / botol
  • Twin Pack : RM272.00 (TANPA diskaun 5%)  / RM258.00 (Diskaun 5%)
  • Penjimatan: RM14.00


2. 4 Set Twin Pack (8 botol) -
  • Harga Runcit : RM136 / botol
  • 4 Set Twin Pack : RM896.00 (PERCUMA 1 Botol Omega Guard Shaklee)
  • Layak untuk Keahlian Percuma
  • Layak untuk Pengeposan Percuma
  • Cash back / Rebat tunai (RM40.00)
2. Promosi Shaklee Januari 2020 : Youth Skincare (Radiance C + E)

Percuma Radiance C + E daripada rangkaian Youth Skincare Shaklee dengan syarat:-

Belian 200uv (nilaian RM750.00) mana-mana produk atau set Youth Shaklee dalam 1 resit dan anda layak mendapat biji emas berkenaan secara percuma. Penjimatan sebanyak RM330.00.

Anda juga layak:-

  • Percuma pengeposan
  • Cash back / rebat tunai RM 30.00
2. Promosi Shaklee Januari 2020 : Zinc Plus Shaklee


Beli 1 percuma 1 Zinc Plus Shaklee.

Penjimatan RM56.00

4. Promosi Jom Shaklee Januari 2020 : Daily Essential Set



5. Promosi Jom Shaklee Januari 2020 : Postnatal Set


  1. Energizing Soy Protein (ESP)
  2. Vita-Lea
  3. B Complex
  4. Ostematrix
  5. Omega Guard
  6. Sustained Release Vita C
  7. Alfafa Complex
7 item ini hanya pada harga RM479.70 sahaja. (Normal price : RM666.25)

6. Promosi Jom Shaklee Januari 2020 : Prenatal Set
  1. Energizing Soy Protein (ESP)
  2. Vita-Lea
  3. B Complex
  4. Ostematrix
  5. Omega Guard
  6. Sustained Release Vita C
6 item ini hanya pada harga RM438.30 sahaja. (Normal price : RM608.50)

Untuk maklumat lanjut Set Postnatal dan Set Prenatal, baca juga:

7. Promosi Jom Shaklee Januari 2020 : Vivix Set


8. Promosi Jom Shaklee Januari 2020 : Youth Starter Set

Untuk maklumat lanjut item 7-8, sila baca di sini:


Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba produk promosi Shaklee, anda boleh hubungi kami di talian 019-397 9157 untuk maklumat lanjut dan tempahan ataupun klik sahaja button Whats App di bawah sebelah kiri blog.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.