Alhamdulillah, selesai percutian penutup tahun 2019 untuk Sisyat dan keluarga kecil kami. Seperti yang dijanjikan dalam blogpost sebelum ini, Sisyat akan berkongsi pengalaman menginap di rumah yang ditempah melalui Airbnb.
Baca sini:

Jenis Rumah Penginapan
Sebenarnya Sisyat sudah jelas berkenaan jenis rumah yang bakal kami diami selama tempoh bercuti iaitu 3 hari 2 malam. Ianya adalah sejenis rumah apartment 2 bilik.
Tetapi, Sisyat tidak tahu lokasi sebenar rumah berkenaan.
Dalam perjalanan ke Port Dickson (PD), baru Sisyat tanya host berkenaan lokasi yang sebenarnya. Rupa-rupanya penginapan kami adalah aparment dalam "compound" Corus Paradise Hotel. Dan sebenarnya Sisyat pernah menghadiri 1 bengkel anjuran jabatan di hotel ini dan bawa En.Suami serta anak pertama bersama pada tahun 2012.
Nama apartment kami ialah Kaiyo Apartment di Paradise Lagoon Apartment (North).
![]() |
Bilik Kedua yang mempunyai 3 katil bujang |
Bilik Utama yang mempunyai 1 katil Queen
![]() |
Pemandangan dari koridor |
![]() |
Ruang tamu |
- Host yang peramah dan sentiasa fast respond.
- Rumah yang mengadap pantai. Jadi, setiap hari anda boleh lihat matahari naik dan terbenam.
- Ruang tamu yang luas yang mempunyai sofa bed, meja makan dan tv
- Saiz TV yang besar dan mempunyai hampir kesemua saluran Astro terutamanya saluran kanak-kanak.
- Katil bujang yang mencukupi untuk anak-anak. Jika anak 5 orang pun boleh lagi kerana bilik yang luas.
- Bilik air yang besar.
- Mempunyai dapur yang lengkap dengan peti ais, microwave dan penapis air Coway. Untuk kelengkapan dapur yang lain, ada cas tambahan.
- Kelengkapan lain yang disediakan ialah hair dryer, iron bersama ironboard, weight scale, dan mesin urut kaki.
- Walaupun jauh dari Teluk Kemang, tapi lokasinya tetap dikira berdekatan dengan tempat-tempat menarik yang lain di PD.
- Kaiyo Apartment adalah rumah di tingkat paling bawah dan mudah untuk akses pantai.
Tetapi, Sisyat rasa host boleh meningkatkan lagi tempahan Kaiyo Apartment dengan menambahbaik 2 perkara berkenaan:
- Tekanan air yang perlahan di dalam bilik air. Masih basah kalau mandi tu, cuma jika kelajuan air bertambah makin gembira la para penghuninya.
- Baiki Coway Hot water yang tidak berfungsi dengan baik. Walaubagaimanapun, host tetap sediakan 1 kettle untuk kegunaan sepanjang di sana.
Sekiranya anda berminat untuk menginap di Kaiyo Apartment, anda boleh hubungi Puan Ira (Host) di talian 012-351 5706 atau klik link dibawah:
https://www.airbnb.com/c/norhayatia82?currency=MYR
You'll get RM165 off your first trip.
Dapat RM165.00 off tau. Boleh gunakan penjimatan tu untuk jalan-jalan di lokasi menarik nanti.
Your Bestie a.k.a Your Shaklee Distributor:
Hayati Suki (SisYat)
Murah tu. Mesti bertenaga lepas balik bercuti.
ReplyDeletealhamdulillah..memang recharge balik dah ni..hehe
DeleteNampak selesa bilik tu. Dari koridor boleh nampak pantai.
ReplyDeleteSangat selesa..anak-anak pun suka :-)
DeleteDah lama x pergi sana.. Biasa pergi pun balik hari.. Tak stay
ReplyDeletechantek selesa n nmpk murah air bnb nih.. :p
ReplyDeleteStay rumah macam ni lagi best kalau ramai berbanding stay hotel
ReplyDeleteAida suka part terus nampak pamtai tu. Ohsem!
ReplyDeleteNampak selesa sgt. Anak2 ramai2 boleh bebas main kan.
It's been sometime I visit Port Dickson, but normally we go for hotel. But this looks fun! Gotta try home stay soon!
ReplyDeleteTak pernah lagi menggunakan khidmat web airbnd. Corus Paradise ni sis pernah pergi hotel tu tapi nak parking penuh sampai kena ke seberang jalan. Sis rasa maybe kat penginapan ni ada designated parking kan?.
ReplyDeletebanyaknya diskaun. dah lama tak ke. port dickson. lepas pkp ni boleh la tenangkan fikiran kat laut
ReplyDeleteDah kama tak ke PD jadi tak boleh nak bayangkan pernah ke kawasan ini atau tak? Tapi selalunya klu ke PD sis prefer hotel je...
ReplyDeleteNanti bolehlah bawa family bercuti ke Port Dickson. Dah lama tak pergi ke sana pun.
ReplyDeleteBila semua kembali pulih bolehlah nanti bercuti di sini. Rindu pulak nk ke PD..lama betul tak kesana
ReplyDeleteZa selalu dgr airbnb ni tp x pernah cuba selalu agoda je la. Airbnb ni more kepada homestay kan?
ReplyDeleteLamanya tak pergi PD, mesti dah cantik kan? Nampak tempat penginapan pun selesa tambah-tambah view air laut. Cantiknya..Tak sabar habis PKP rasa nak bercuti dalam Malaysia
ReplyDeleteMommy suka book dengan airbnb. Book 1 rumah. Pandai cr ada yg sediakan internet dn neflix. Bestttt
ReplyDeletemenarik. bilik berhadapan dengan laut, tengok suasana pun dah tenang kan. best bercuti dekat sini. Btw, huda pun suka bercuti dekat tempat macam ni.
ReplyDeletePort Dickson kampungku... Hehehe... Di Port Dickson memang banyak hotel. Hotel corus paradise ni betul betul tepi jalan. Hotel tu memang selalu full booked hujung minggu atau cuti am. Kalau dapat bilik view pantai memang best. Kalau view jalan raya hah kiralah kereta yang lalu lalang tu ada berapa..
ReplyDeletewah syoknya dapat duduk tepi laut, pemandangan cantik sekali.. pernah stay hotel ni, dapat view laut best sangat
ReplyDeleteAirBnb makin banyak org guna. Senang. Berurusan direct dgn owner. Dapat rilex kt tempat view cantik mcm ni mest best
ReplyDeletekalau tengok harga tu murah tu...betul tu, kalau pi mana-mana, nikmatnya dapat air besar, nak mandi syampoo rambut rasa puas kan..rindu plak nak travel kannn..
ReplyDeleteMurah tu harganya! Rindunya cuti2.. Skrg pergi shopping seminggu sekali pun mcm adventure. XD
ReplyDeletehttps://rachelstruth.home.blog