Percutian kali ni rasanya Sisyat lebih berpuas hati. Banyak gambar kenangan yang di rakam bersama-sama. Dan banyak tempat menarik yang berjaya di kunjungi.
Pada hari kedua (31 Disember 2019) lokasi pertama kunjungan kami ialah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.
![]() |
Pusat Ikan Hiasan Port Dickson |
Hanya 12 minit sahaja dari rumah penginapan Airbnb kami.
Seperti biasa, bertolak dari rumah selepas solat zohor seperti yang telah di rancang. Waktu pagi banyak di habiskan di pantai dan juga pool. Part mandi-manda ni kan memang kesukaan anak-anak.
Makan Tengahari Di Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy
Memandangkan kami masih belum makan makanan berat, maka kami singgah makan di Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy. Jalan yang sama menuju ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.
![]() |
Nasi Kukus Ayam Panggang Port Dickson |
![]() |
Sedia untuk makan |
Menu utama ialah Nasi Kukus, Ayam Panggang, dan Sup Kosong.
Review ikhlas dari Sisyat 4.0 / 5.0 sahaja.
- Ayam Panggang bersama sos. Agak sedap walaupun di ratah begitu sahaja.
- Sayur cendawan sos tiram mungkin namanya telah disiapkan dalam pinggan dan telah disusun. Cuma pelanggan perlu ambil sahaja. Tapi agak sejuk. Kalau panas lagi sedap rasanya.
- Air minuman. Kami pilih teh o limau ais sahaja.
Bagus juga la kan tak perlu menu yang banyak untuk disediakan.
Jumlah yang kami perlu bayar untuk makan tengahari cuma RM40++ sahaja beserta nasi tambah. Agak murah untuk 5 orang makan.
Alamat:
Port Dickson, Lot 643 Jalan Pantai batu 6 71050 teluk kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi:
Tutup - 7PM
Pusat Ikan Hiasan Port Dickson
6 minit perjalanan dari lokasi kedai makan Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy, kami sampai di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.
Pertama kali juga kami sampai sini walaupun telah berkali-kali datang PD.
Misi Sisyat "accomplish" sebab janji dengan anak-anak nak bawa tengok ikan dan penyu. Masa ni tawakal sahaja lah sekiranya tiada penyu. Hehe
Tapi syukur sangat, memang ada penyu di sana. 2 ekor penyu dewasa dan beberapa anak penyu yang sedang di bela.
Bagi Sisyat, ini adalah tempat yang sangat mnarik untuk bawa anak-anak mengenali hidupan laut. Selain daripada ikan, kalian juga boleh lihat prosedur pembiakan terumbu karang.
Sisyat lupa nak ambil gambar. hehe
Memang ada 1 bilik khas untuk projek pembiakan terumbu karang ini.
Selain itu juga, terdapat 1 bilik tontonan 3D hidupan laut. Bayaran RM1.00 untuk cermin mata 3D.
Okay, bagaimana nak ke sana? Anda boleh waze kan alamat seperti dibawah.
![]() |
Anak penyu yang cantik |
![]() |
Kami!! |
![]() |
Mama & 2nd son, Awish |
Sisyat lupa nak ambil gambar. hehe
Memang ada 1 bilik khas untuk projek pembiakan terumbu karang ini.
Selain itu juga, terdapat 1 bilik tontonan 3D hidupan laut. Bayaran RM1.00 untuk cermin mata 3D.
Okay, bagaimana nak ke sana? Anda boleh waze kan alamat seperti dibawah.
Address:
Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi:
Tutup: 5PM
Bayaran masuk / Tiket:
PERCUMA (cuma perlu bayar Parking RM3.00 sahaja)
Untuk melihat lebih banyak gambar menarik ikan-ikan dan suasana di pusat ikan hiasan ini boleh klik link INI
Setakat ini dulu blogpost kali ini. Next entry Sisyat kongsi lagi pengalaman bersama anak-anak di PD Ostrich Farm ye.
Your Bestie a.k.a Your Shaklee Distributor:
Hayati Suki (SisYat)
Simple makan nasi kukus ayam panggang.
ReplyDeleteBagus bagi anak tengok hidupan laut.
Pusat ikan hiasan! First time dengar. Kalau pergi PD mungkin boleh singgah sini juga nanti
ReplyDeleteBaru tau ada tempat ikan kat Port Dickson tu.
ReplyDeleteBerbaloi ke sini Kan.. jemput join GA mama
ReplyDeletePusat Ikan Hiasan tu kan belakang rumah saya je. Hahaha.. Tapi tak pernah pergi padahal jalan kaki je. Makan kat cowboy tu memang sedap. Lama tak makan kat situ
ReplyDeletedah lama tak jalan-jalan ke PD, sedapnya nengok ayam bakar kat cowboy tu
ReplyDeletemenarik ni. bolehlah cuba singgah kalau ke PD
ReplyDelete