Tuesday, 28 April 2020

Info Produk : Performance Drink Shaklee

Info Produk : Performance Drink Shaklee | Performance Drink Shaklee merupakan minuman isotonik yang sering menjadi pilihan para atlet (termasuk atlet bertaraf dunia) dan juga individu yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan.

Selain mereka yang berkenaan, kita juga disarankan mengambil Performance Drink Shaklee sebagai minuman dalam diet harian.

Apakah Performance Drink Shaklee

Performance Drink Shaklee dihasilkan buat pertama kali pada 1980an. Penghasilan minuman bertenaga yang bebas gas ini adalah hasil kerjasama para Sanitis Shaklee dengan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus.

Penerbangan Daedalus telah mencipta rekod yang tidak lagi dipecahkan setakat ini dengan penerbangan berkuasa manusia sejauh 72 batu.
Performance Drink Shaklee
Performance Drink Shaklee merupakan minuman isotonik yang dirumus khas dengan Opti-Lyte Proprietary tanpa mengandungi karbonat serta mempunyai gula yang sangat sedikit. Opti-Lyte Proprietary membekalkan elektrolit dan membantu badan menghasilkan tenaga segera yang berkekalan bagi membolehkan anda sentiasa aktif

2 Jenis Perisa Performance Drink Shaklee

1. Performance Drink Shaklee | Perisa Lemon Lime (BARU)

2. Performance Drink Shaklee | Perisa Oren 

Kedua-dua perisa ni sedap diminum ketika puasa dan cuaca panas. Sisyat lebih suka lemon lime.

Baca juga:

Kandungan Produk Performace Drink Shaklee

Performance Drink Shaklee mengandungi 6 jenis elektrolit yang diperlukan oleh badan iaitu
  1. Magnesium 
  2. Kalsium
  3. Potasium
  4. Sodium
  5. Fosforus 
  6. Klorida
Keistimewaan Dan Kelebihan Performance Drink Shaklee
Antara keistimewaan dan kelebihan Performace Drink Shaklee ialah:

  • Tidak bergas kerana ia bukan minuman berkarbonat walaupun ianya dikenali sebagai minuman bersifat isotonik.
  • Mengandungi gula yang sanga-sangat sedikit.
  • Tiada lemak dan kolestrol.
  • Tiada pewarna atau pengawet tambahan.
  • Dirumus khas dengan kandungan sodium, potasium dan karbohidrat yang mencukupi.
  • Kadar nitrium yang rendah membantu kadar penyerapan cecair dengaan lebih mudah.
  • Dengan proprietari OPTI-LYTE™ campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum.

Kebaikan Dan Manfaat Performance Drink Shaklee

Antara kebaikan mengambil Performance Drink Shaklee sebagai minuman dalam diet harian ialah:-
  • Membantu mengekalkan paras gula dalam darah.
  • Membantu mempercepatkan penyembuhan kecederaan otot
  • Meningkatkan daya tahan badan dan otot
  • Membantu menggantikan air yang hilang semasa aktiviti fizikal
  • Membantu badan lebih cergas dan aktif
  • Mengimbangi air dalam badan
  • Membantu kurangkan rasa haus ketika puasa atau cuaca panas
  • Melembabkan kulit yang kering
  • Mencegah badan daripada terhidrat (kekurangan air)

Siapa Yang Perlu Ambil Performance Drink Shaklee

Sebenarnya minuman ini sesuai untuk diminum seisi keluarga lebih-lebih lagi ketika bulan puasa atau ketika cuaca panas. 

Fungsi utama minuman ini adalah untuk mengekalkan badan dalam keadaan hidrasi dan bertenaga sepanjang hari.

Namun begitu, minuman ini juga sesuai kepada:
  • Atlet atau individu yang aktif bersukan
  • Individu yang berpuasa
  • Mereka yang sangat susah atau jarang mengambil air kosong
  • Yang sering tidur lewat malam
  • Mereka yang sering mengalami sakit kepala, demam dan selsema.
  • Wanita yang mengalami masalah vagina kering.
  • Mereka yang sangat sukakan minuman berkarbonat.
  • Mereka mempunyai paras gula rendah dalam darah
  • Mereka yang mempunyai masalah cirit birit (keracunan makanan)

Testimoni Performance Drink Shaklee

Rasa Bertenaga Dan Kulit Tidak Kering Lagi

Rutin harian saya banyak bergerak ke sana sini dengan cepat. Kerja hakiki yang melibatkan tenaga. Performnace drink banyak membantu daya bertenaga dan lebih energetic walaupun berpuasa sunat.

Paling saya suka, tumit kaki sayang yang selalu kering  telah jadi mosit dan tidak lagi kering.

Performance drink ni memang best. Lebih-lebih lagi bial buat jus dengan tembikai merah. Memang mabeles!

Harga Performance Drink Shaklee

Harga Performance Drink Shaklee
 Baca juga:

Sekiranya kalian ingin memiliki Performance Drink Shaklee, boleh hubungi kami di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk maklumat lanjut.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara

Continue Reading

Sunday, 26 April 2020

Testimoni Performance Drink Shaklee | Kekal Cergas Dan Bertenaga Walaupun Puasa

Testimoni Performance Drink Shaklee | Kekal Cergas Dan Bertenaga Walaupun Puasa | Salam 2 Ramadhan dari Sisyat dan keluarga.

Macamana 'performance' hari pertama semalam? Pertama kali kita semua berpuasa dalam keadaan perintah kawalan pergerakan (PKP). Sisyat doakan semua ddipermudahkan segala urusan di bulan mulia ini.

Hari ni Sisyat nak berkongsi tentang Testimoni Performance Drink Shaklee, minuman isotonik yang menjadi pilihan setiap kali bulan puasa. Setiap kali kedatangan Ramadhan, Performance Drink Shaklee memang akan menjadi "hot item".

Baca juga:

Testimoni Performance Drink Shaklee

1. Tekak Tak Kering Walaupun Berpuasa
Testimoni Performance Drink Shaklee - Badan Tak Rasa Kering
Wawa minum PD  masa bulan puasa. Tak rasa kering badan. Dari pagi sampai petang, kalau cici pun sebab banyak minum air je.

Beza sangat tak minum PD. Tengahari tekak dah rasa kering.

2. Tidak Dahaga Dan Kekal Bertenaga Walaupun Berpuasa
Testimoni Performance Drink Shaklee
Saya suka minum PD waktu sahur dan berbuka. Seharian berpuasa memang tak rasa dahaga. Badan pun sentiasa bertenga. Kalau minum PD, saya juga tak kerap ke tandas.

3. Badan Bertenaga Macam Tak Puasa
Testimoni Performance Drink Shaklee
Fara pula kalau minum PD rasa macam tak puasa.  Larat je.

Kalau tahun lepas masa Ramadhan ada projek yang kena turun naik tukar train dan belajalan naik bukit almost 1 KM.

Alhamdulillah, memang tak rasa penat. Suka sangat Performance Drink.


4.Badan Segar, Tidak Mengantuk Dan Kurang Haus Di Bulan Puasa
Testimoni Performance Drink Shaklee
  
Performance Drink jadi minuman rutin Wanie dan suami setiap kali lepas lunch. Rasa bafan lebihbsegar dan tak mengantuk.

Yang paling best, PD buat Wanie rasa kurang haus walaupun cuaca panas. Elok sangat la kalau diminum dalam bulan puasa. Dah 7 tahun berpuasa dengan PD.

5. Kekal Cergas Walaupun 1 Jam Bersenam
Testimoni Performance Drink Shaklee

Menjadi rutin saya setiap kali senaman pagi  akan disiapkan sekali air energy dink Performance Drink dibancuh sekali dengan 1 sudu Vivix.

Sediakan 1 hidangan (450ml) dan minum sikit-sikit masa rest untuk senaman selama 1 jam.

Pecah peluh pun masih boleh tersenyum.

Baca juga:
Set Berpuasa Shaklee

Performance Drink Shaklee memang menjadi minuman pilihan ramai rakyat Malaysia ketika bulan puasa lebih-lebih lagi jika dalam cuaca panas.
8 Manfaat Performance Drink Shaklee

Sekiranya kalian ingin memiliki Performance Drink Shaklee, boleh hubungi kami di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk maklumat lanjut.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Thursday, 23 April 2020

Niat Puasa Ramadhan : Harian Dan Sebulan Serta Doa Berbuka Puasa

Niat Puasa Ramadhan : Harian Dan Sebulan Serta Doa Berbuka Puasa | Alhamdulillah, hari yang dinanti oleh umat Islam diseluruh dunia telah tiba. Bersyukur sangat kepada Allah S.W.T kerana masih meminjamkan nyawa untuk bertemu lagi Ramadhan Kareem pada tahun 1441 H

Esok, 24 April 2020 bersamaan 1 Ramadhan 1441H seluruh umat Islam di serata dunia akan mula berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan ini.

Baca juga:

Puasa bermaksud menahan diri daripada melakukan perbuatan yang membatalkannya seperti makan dan minum dari terbit matahari (selepas Azan Subuh / waktu Imsak) sehingga tenggelamnya matahari (Azan Maghrib) dengan niat.

Yang penting kena berniat puasa terlebih dahulu.

Niat Puasa Ramadhan

Niat Puasa Ramadhan boleh dilakukan secara harian ataupun secara sebulan terus. Waktu berniat puasa ialah bermula pada terbenam matahari (Azan Maghrib) sehinggalah sebelum terbit fajar (Azan Subuh).

Niat berpuasa adalah syarat sah puasa sesorang itu dan boleh dilakukan dimana-mana waktu di antara waktu tersebut.

Niat Puasa Ramadhan : Harian

Nawaitu sauma ghadin 'an ada-i fardhi shahri ramadhana hazihis sanati lil'lahi ta'ala

Bermaksud:

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taa'la


Niat Puasa Ramadhan : Sebulan

Nawaitu sauma ghadin shahri ramadhana kullihi lil'lahi taa'la

Bermaksud:

Sahaja aku sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taa'la


Doa Berbuka Puasa : Sendirian

Allahumma laka somtu wabika amantu wa 'ala rizqika afthartu bi rahmatika yaa arhama rrohimiin

Bermaksud

Ya Allah, keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman di atas rezekiMu aku berbuka, dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Doa Berbuka Puasa : Beramai-ramai

Allahumma laka somnaa wabika amanna wa 'ala rizqika aftharna fatuqabbal minna innaka antassami 'ul 'alim

Bermaksud

Ya Allah, keranaMu kami berpuasa dan kepadaMu kami beriman di atas rezekiMu kami berbuka, dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Selain berniat puasa, kita juga disarankan menjaga adab ketika menjalani Puasa Ramadhan.

Adab Ketika Puasa Ramadhan
  1. Menyegerakan berbuka puasa walaupun dengan hanya sebiji kurma
  2. Bersahur
  3. Melewatkan waktu bersahur
  4. Menjaga tutur kata (Tidak berkata-kata perkara yang keji dan berunsurkan lucah)
  5. Mandi wajib sebelum terbit fajar
  6. Berdoa ketika berbuka puasa
  7. Memberi makan kepada orang berpuasa
  8. Perbanyakan bersedekah, membaca al-quran dan beriktikaf di masjid


Semoga perkongsian Sisyat berkenaan niat puasa Ramdhan ini sedikit sebanyak membantu kalian untuk memulakan Ramadhan pada tahun ni. Walaupun kita semua berpuasa tanpa terawih di masjid atau surau, tanpa bazar Ramadhan namun kita masih lagi boleh cipta kenangan Ramadhan paling manis tahun 2020 ini.

Baca juga:

Kekal bertenaga dengan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan kali ini. Walaupun ketika bulan puasa, jangan lupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit muka juga.

Baca juga:

Raya lebih meriah jika kekal sihat luar dan dalam.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Tuesday, 21 April 2020

Panduan Kenal Jenis-Jenis Kulit Muka : Punca dan Cara Mengenali

Panduan Mengenali Jenis-Jenis Kulit Muka Dan Bahan Sesuai Untuk Digunakan | Jenis-jenis kulit muka terbahagi kepada 5 jenis yang perlu anda kenali. 

Kenali Jenis Kulit Muka

Penting untuk kita kenali terlebih dahulu jenis kulit sebelum menggunakan sesuatu produk.

Kenapa Penting Perlu Kenali Jenis Kulit Muka
1. Untuk kita betul-betul menggunakan produk dan bahan yang sesuai untuk kulit muka dan benar-benar diperlukan.
2. Untuk kita tidak mudah terpengaruh membeli sesuatu produk yang tidak penting dan tidak sesuai untuk kulit kita.
3. Untuk mengelakan masalah kulit muka (breakout) menjadi semakin parah.

Jenis-Jenis Kulit Muka
Terdapat 4 jenis kulit muka yang kebiasaanya menjadi masalah kepada kita.

1. Jenis Kulit Muka : Normal
Jenis Kulit Muka Normal

‘Normal’ adalah istilah yang banyak digunakan untuk merujuk pada kulit yang seimbang. Istilah saintifik untuk kulit yang seimbang adalah eudermik. Zon T (dahi, dagu dan hidung) mungkin sedikit berminyak, tetapi secara keseluruhan sebum dan kelembapan seimbang dan kulit tidak terlalu berminyak atau terlalu kering.

Bagaimana cara mengenal pasti kulit normal?

Jenis kulit normal mempunyai:
  • Liang pori yang tidak ketara (kecil dan halus)
  • Mempunyai peredaran darah yang baik
  • Teskstur kulit lembut dan halus
  • Warna Kulit yang seragam, segar dan cerah
  • Tanpa cela
  • Kulit tidak terdedah kepada sensitiviti

2. Jenis Kulit Muka : Kering

Jenis Kulit Muka Kering

‘Kering’ digunakan untuk menggambarkan jenis kulit yang menghasilkan sebum lebih sedikit daripada kulit normal dan kurang hidrasi (kelembapan). 

Akibat kekurangan sebum (minyak), kulit kering kekurangan lipid yang diperlukan untuk mengekalkan kelembapan dan membina pelindung dari pengaruh luaran. 

Ini menyebabkan fungsi penghalang terjejas. Kulit kering (Xerosis) wujud dalam tahap keparahan dan bentuk yang berbeza.

Punca Kulit Kering
  • Kehilanga air dari kelenjar yang disebabkan oleh panas, tekanan dan aktiviti.
  • Kekurangan Faktor pelembap semula jadi terutamanya urea, asid amino dan asid laktik yang berfungsi membantu mengikat kelembapan di dalam air.
  • Kekurangan lipid epidermis seperti ceramida, asid lemak dan kolesterol yang diperlukan untuk membantu fungsi penghalang kulit menjadi lebih sihat.

Bagaimana Cara mengenal pasti kulit kering

  • Kulit kelihatan kering serta terasa ketat, rapuh, kasar dan kelihatan kusam.
  • Mudah menggelupas dan terasa tegang selepas dicuci
  • Mengalami kegatalan
  • Sensitif terhadap kerengsaan dan kelihatan kemerahan

3. Jenis Kulit Muka : Berminyak
Jenis Kulit Muka Berminyak

'Berminyak' digunakan untuk menggambarkan jenis kulit dengan pengeluaran sebum (minyak) yang berlebihan.

Punca kulit berminyak
  • Antara punca yang mencetuskan pengeluaran sebum (minyak) yang berlebihan ialah:
  • Genetik
  • Perubahan dan ketidakseimbangan hormon
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Tekanan
  • Penggunaan kosmetik komedogenik (produk solekan yang menyebabkan kegatalan)

Bagaimana mengenal pasti pelbagai jenis kulit berminyak?

Kulit berminyak dicirikan oleh:
  • Liang pori yang diperbesar dan jelas kelihatan
  • Kulit kelihatan berkilat
  • Kulit lebih tebal dan pucat: saluran darah mungkin tidak kelihatan
  • Kulit berminyak terdedah kepada pelbagai bentuk jerawat dan bintik putih.
4. Jenis Kulit Muka : Kombinasi
Jenis Kulit Muka Kombinasi

Kulit kombinasi didefinisikan sebagai kulit yang mempunyai gabungan jenis kulit berbeza di zon-T dan pipi. 

Kulit gabungan dicirikan oleh:
  • Jenis berminyak di zon T (dahi, dagu dan hidung)
  • Jenis normal/kering di bahagian pipi

Punca kulit kombinasi

Bahagian kulit kombinasi yang berminyak disebabkan oleh pengeluaran sebum (minyak) yang berlebihan. Bahagian kulit kombinasi yang kering disebabkan oleh kekurangan sebum dan kekurangan lipid yang sepadan.

Keadaan ini menjadikan bintik hitam dan putih mudah muncul di kawasan hidung.

5. Jenis Kulit Muka : Sensitif
Jenis Kulit Muka Sensitif

Tekstur kulit lembut tetapi mudah kering, merengsa, kemerah-kemerahan , gatal dan pedih.

Kulit mudah bertindak balas dengan kandungan produk, persekitaran dan makanan

Jadi, sudahkah anda mengenali kulit anda? Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda untuk lebih mengenali jenis kulit anda dan membantu anda memilih produk yang bersesuaian.

Continue Reading

Friday, 17 April 2020

Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 (Keistimewaan Dan Fungsi Kepada Kulit)

Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 (Keistimewaan Dan Fungsi Kepada Kulit) | Kehendak setiap individu tidak kira lelaki atau wanita ialah menginginkan kulit yang cantik dan sihat tanpa cela.

Shaklee The Radiant 4 Discover Beautiful Skin From Within

Disinilah Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 memainkan peranan untuk memastikan keinginan memiliki kulit cantik dan sihat menjadi impian. Bukan sekadar angan-angan dan kehendak.

Definisi Kulit Cantik Dan Sihat
  • Kulit licin dan bersih tanpa cela
  • Kulit tanpa jerawat dan pigmentasi
  • Tona kulit sekata.
  • Liang pori kurang terbuka
  • Kulit nampak lembab dan bersinar (glass skin)
  • Tanpa parut
  • Tiada whitehead dan blackhead
Bagaimana ingin memiliki kulit dengan kriteria kulit cantik dan sihat seperti itu? Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 akan membantu anda menjadi individu yang memiliki kulit seperti itu.

Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4
Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4

Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 diperkenalkan oleh Shaklee untuk kempen promo pada 2017 khas untuk membantu mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Namun kombinasi vitamin tersebut untuk masalah kulit masih releven sehingga hari ni.

Ianya terdiri daripada 4 kombinasi vitamin Shaklee iaitu:
  1. Energizing Soy Protein (ESP) - untuk membina kulit yang lebih sihat
  2. Collagen Shaklee - untuk mengekalkan keanjalan dan sifat tegang kulit
  3. GLA Complex
  4. Sustain Released Vit C - berfungsi untuk melembabkan kulit.
Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 : Energizing Soy Protein (ESP)

Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 | ESP Shaklee

ESP Shaklee merupakan sumber protein berkualiti tinggi berasaskan soya yang tidak diubah secara genetik (Non GMO Soy).

Protein penting dalam badan untuk membaiki sel kulit yang rosak dan membantu membina semula sel-sel yang lebih sihat. Apabila sel badan berada dalam keadaan sihat, secara tidak langsung kulit menjadi lebih canti, gebu dan halus.

Keistimewaan Dan Fungsi ESP Shaklee Kepada Kulit
  • Mengandungi 9 asid amino yang tidak dihasilkan oleh badan bagi membantu fungsi kulit dan badan secara optimum
  • Membantu menyokong penghasilan sel-sel kulit yang sihat.
  • Menghasilkan hormon dan enzim yang sihat untuk kulit cantik
  • Membantu melindungi sel kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari dengan menghasilkan asid amino glutation.

Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 : Collagen Shaklee
Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 | Collagen Shaklee
Kolagen merupakan item paling penting dalam mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Betul, badan kita dapat menghasilkan kolagen sendiri tetapi semakin berusia, penghasilan kolagen dalam badan semakin berkurangan. Jadi kulit berisiko untuk menghasilkan kedutan, pigmentasi. kendur dan tanda penuaan lebih cepat dari usia.

Pengambilan suplemen kolagen membantu mendapat kulit yang cantik, muda dan sihat.

Katakan tidak kepada mana-mana tanda penuaan dan mulakan pengambilan kolagen mulai sekarang untuk:
  1. Kulit yang lebih anjal
  2. Kulit yang tidak kendur
  3. Mengurangkan kedutan
  4. Mengurangkan parut.
Keistimewaan Dan Fungsi Collagen Shaklee Kepada Kulit
  • Dihasilkan daripada 4000mg kolagen dari sisik ikan merah (Red Snipper Scale) laut dalam
  • Sangat mudah diserap oleh badan kerana mempunyai molekul yang rendah.
  • Diperhebatkan lagi dengan 7 ramuan lain dari Ekstrak biji Camelia Japonica, Ekstrak Pfaffia, ekstrak kerang, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C, B2 dan B6.

Baca juga:


Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 : GLA Complex.

Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 | GLA Complex Shaklee
Asid Gamma Linolenic (GLA) merupakan asid lemak yang diperlukan badan untuk mendapatkan kulit yang sihat. GLA penting untuk mengekalkan kelembapan kulit, menyerikan kulit dan mengelakan kulit kering dan bersisik,

GLA Complex diformulasi daripada minyak borage yang mengandungi GLA yang berkepekatan tinggi dan tulen, semulajadi dan mudah di serap.

Keistimewaan Dan Fungsi GLA Complex pada Kulit

Asid lemak di dalam kandungan GLA Complex memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelembapan kulit dan menjalankan fungsi-fungsi berikut :
  • Mengurangkan kegatalan kulit
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengurangkan keradangan.

Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 : Sustained Release Vita C
Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 | Vita C Plus Shaklee
Vitamin C merupakan salah satu antioksidan yang mengatasi radikal bebas untuk menghasilkan kulit yang sihat.

Merupakan vitamin larut air yang tidak dapat dihasilan sendiri oleh kulit dan badan. Justeru itu, Vitamin C seharusnya diambil melalui pemakan yang sihat dan suplemen bagi mencukupkan keperluan badan.

Keistimewaan Dan Fungsi Vitamin C Untuk Kulit
  1. Dihasilkan daripada ekstrak jagung dan amat sesuai untuk yang mempunyai masalah perut sensitif.
  2. Menggalakan penghasilan kolagen dalam badan dan memberikan awet muda kepada kulit.
  3. Melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakan kulit.
  4. Mengurangkan kekusaman dan kekedutan kulit.
  5. Membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat dan garisan halus.
  6. Melegakan keadaan kulit yang kering dan kasar.
Khasiat The Radiant 4 
Pelbagai khasiat kombinat set Shaklee The Radiant 4

  • Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • Merawat masalah jerawat
  • Membantu memudarkan jeragat
  • Mengecilkan liang pori
  • Mencerah dan menggebukan kulit
  • Memudarkan parut jerawat
  • Mengatasi masalah keguguran rambut
  • Membantu proses detoksifikasi badan yang membantu menyihatkan kulit
  • Mengurangkan keradangan akibat masalah kulit
  • Menyokong baik pulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • Merapatkan keintiman wanita yang lepas bersalin
  • Menegangkan semula payudara yang dah kendur

Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 adalah sangat disarankan kepada individu yang ingin memiliki kulit cantik dan sihat tanpa cela.

Kulit yang cantik dan sihat akan memberikan keyakinan yang tinggi kepada diri sendiri.

Maka, pengambilan suplemen seperti Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 amatlah penting bagi mengelakan masalah kulit.

Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba produk Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4, anda boleh hubungi Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Thursday, 16 April 2020

Cara Kekalkan Kulit Cantik Dan Sihat Ketika Bulan Puasa

Ramai yang risau akan kesihatan kulit ketika bulan puasa. Ini kerana pengambilan air pada waktu siang tidak mencukupi untuk mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.

Lebih teruk lagi jika kalian adalah individu yang berada dalam situasi tempat kerja atau rumah yang sentiasa berhawa dingin. Tidur malam dalam bilik berhawa dingin dan siang hari beraktiviti atau bekerja di dalam suasana yang sama.

Lebih-lebih lagi cuaca ketika bulan puasa selalunya akan bersuhu panas yang agak melampau.

Kekurangan air dalam badan sangat memberi kesan kepada keadaan kulit terutamanya kulit muka kerana ia lebih terdedah kepada suhu atau cuaca yang panas. Kekurangan air akan menyebabkan kehilangan kelembapan pada kulit muka dan menjadikan kulit kusam, kasar dan kering.

Jadi, adalah penting untuk kalian mengekalkan kulit agar sentiasa cantik dan sihat walaupun ketika bulan puasa.


Tanda Kulit Tidak Cantik Dan Sihat

Antara tanda tidak sihat ialah kulit kering dan menjadi sensitif dengan terbentuknya garis kedut halus, terutama di tulang pipi, sekitar mata dan dahi diiringi rasa gatal, kaku dan kemerahan pada kulit. Apabila keadaan ini dibiarkan terlalu lama tanpa penjagaan yang betul sel kulit akan mati hingga mengelupas seterusnya menjadi kusam.

Kulit yang kusam akan menampakan kita lebih berusia daripada umur yang sebenarnya dan menjadikan kita hilang keyakinan diri.

Apabila dehidrasi terjadi ketika berpuasa, kerosakan kulit menjadi lebih parah sekiranya langkah pencegahan tidak diambil segera.

Bagaimanapun, usah bimbang kerana keadaan itu dapat diatasi dengan banyak cara, malah masalah ini boleh dikurangkan dengan menjauhkan diri dari punca menyebabkan kulit kering seperti menghindari tempat panas atau sejuk yang ekstrim.

Cara Kekalkan Kulit Cantik Dan Sihat Ketika Bulan Puasa

Berikut antara langkah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan kulit kering dan kekal cantik dan sihat ketika berpuasa.

1. Pengambilan air yang cukup ketika berbuka puasa dan bersahur.
Minum banyak air kosong ketika bersahur dan selepas berbuka dengan secukupnya. Air bukan hanya menghidrat dan melembapkan kulit, malah membuatkan kita dapat menahan lapar serta berfungsi dengan baik sepanjang hari.

Secara normal, purata keperluan air dalam tubuh ialah lapan gelas air sehari dan ia membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Ketika bulan puasa elakkan mengambil minuman seperti kopi dan teh kerana ia bersifat diuretik atau mendorong pengeluaran air kencing dan menyebabkan badan cepat kehilangan air. Selain itu, pengambilan buah-buahan segar ketika berbuka atau bersahur membantu menambakan kandungan air dalam tubuh.

Ketika solat Tarawih, bawalah bersama botol air. Anda boleh minum selepas selesai rakaat kedua, keempat, keenam dan seterusnya. Melalui cara ini, anda dapat menambah dan mengekalkan kandungan air secara sedikit demi sedikit.

2. Elakan penggunaan solekan yang tebal.
Ketika bulan puasa, segala aktiviti luar tidaklah serancak ketika bulan bukan puasa. Jadi, jika anda seorang yang gemar mengenakan solekan tebal ketika bekerja atau beraktiviti luar, seeloknya diminimumkan seketika sepanjang bulan puasa. 

Solekan yang minimum membantu merehatkan kulit daripada bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik dan mengelakkan kulit menjadi kering dan rosak.

3. Kekalkan kelembapan persekitaran anda


Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh dikekalkan dengan semburan air mineral atau face mist ke wajah untuk mengelakkan kekeringan. Anda juga boleh meletakkan bekas berisi air di meja (yang tidak ditutup) untuk melembapkan udara.

4. Sentiasa melembabkan kulit wajah dengan pelembap (moisterizer) yang sesuai dengan jenis kulit.

Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting ketika berpuasa puasa. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim khas melembapkan bagi memaksimumkan fungsinya.

Bagi menghalang kulit menjadi terlalu kering sapuan losen pelembap dua atau tiga kali sehari adalah disarankan bagi mengelakan ianya berlaku.

Menurut Pakar Estetik Klinik Dr Shah Dr Shaharom Sulaiman, “Pastikan pilih losen dengan kandungan utama iaitu asid stearik, emolien seramik dan kolesterol. Kolesterol yang disapu pada kulit tidak akan meningkatkan paras kolesterol dalam badan kerana fungsinya amat berbeza,” katanya.

Bagi yang sering melakukan rawatan wajah jangan abaikannya ketika Ramadan. Teruskan seperti biasa agar kulit sihat dan cantik tatkala menyambut lebaran nanti.

Ditanya fungsi vitamin C pada kulit jelas Dr Shaharom ia sebenarnya membantu pembentukan kolagen dan kaya antioksidan. Vitamin C juga membantu menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinar matahari. Jadi tiada masalah dengan pengambilan vitamin C atau produk berasaskan vitamin C,” ujarnya.

Sumber sini:

5. Menggunakan sabun dan pencuci muka yang mempunyai pH seimbang
Selain pelembap, bagi mengembalikan kesegaran dan kelembapan kulit pada bulan puasa selain minum banyak air, wanita dinasihatkan menggunakan sabun lembut dan sesuai kulit, kurangkan berjemur di bawah terik matahari, mengurangkan mandi dan berendam terlalu lama yang akan membuatkan kulit semakin kering.

6. Rejim penjagaan kulit yang lebih disiplin

Pastikan rejim penjagaan kulit diamalkan seperti biasa dan lebih disiplin agar kulit kekal sihat selama menjalankan ibadat puasa dengan rutin membersihkan wajah, eksfoliasi serta melembapkan kulit. 

Cara ini akan membuat kulit terhindar dari masalah kulit yang merosakkan penampilan.

Baca juga:

7. Kekalkan kulit cantik dan sihat dengan penjagaan dalaman (makanan berkhasiat)

Selain melakukan penjagaan luar, anda boleh menjaga kesihatan kulit dari dalam dengan mengambil makanan kaya serat seperti buah, kekacang, ikan dan makanan berserat agar kulit sentiasa sihat sepanjang bulan ini.

Bagi umat Islam yang berpuasa, dinasihatkan memilih makanan yang dapat meningkatkan kelembapan kulit iaitu mengandungi asid lemak asas, asid lemak gamma linolenik (GLA) seperti biji rami, evening primerose, minyak biji borage, minyak zaitun dan salmon yang semuanya bukan sahaja membantu mengekalkan kelembapan kulit malah baik untuk penghidap ekzema. 

Selain itu pastikan makanan yang diambil adalah jenis rendah lemak, kurang garam, gula dan minyak.

8. Penggunaan pelindung suria atau sunscreen (sunblock)

Seperti yang kita tahu, suhu dan cuaca ketika bulan puasa sangat panas. Pelindung suria atau sunscreen sangat penting untuk melindungi kulit kita daripada cahaya matahari yang terik.

Penggunaan sunscreen yang konsisten membantu melindungi kulit daripada kulit kusam, pigmentasi, kering dan darkspot.

9. Pengambilan sumber protein yang mencukupi.

Sumber protein merupakan makanan yang terbaik untuk membantu membaikpulih sel kulit yang rosak di samping mencatikan kulit. Yogurt antara makanan berprotein yang baik untuk kesihatan maka ia elok diambil sepanjang Ramadan ini. Jika dapat menjadikan pengambilan yogurt sebagai amalan sepanjang hayat, ia lebih baik. 

Kandungan protein yang tinggi dalam yogurt dapat memberi nutrisi pada kulit secara optimum. Ambil semasa bersahur atau berbuka malah jadikan yogurt sebagai pupur kulit untuk kekal berseri.

Jika anda menggemari makan protein yang lain, jadi silakan ambil dengan konsisten demi mengekalkan kulit cantik dan sihat sepanjang berpuasa.

10. Kekal cantik dan sihat dengan amalan mulia

Sememangnya kecantikan dan penjagaan kulit wajah amat penting terutama bagi kaum wanita, namun pada bulan mulia ini juga sewajarnya kita meningkatkan kecantikan rohani dengan menggandakan amal ibadat, menjaga semua perkara yang boleh menjejaskan kualiti puasa khususnya percakapan, pemikiran, penglihatan, pendengaran dan lintasan hati.

Itu sahaja tips penjagaan kulit yang mungkin membantu anda mendapatkan kulit yang cantik dan sihat sepanjang bulan puasa.
Rakan Kulit Sihat Anda
-Sisyat-
Continue Reading

Tuesday, 14 April 2020

Resepi Kek Milo 3 Bahan Yang Viral Dan Pengalaman Membuatnya

Menjadi salah seorang frontliner di rumah memang bukan tugas mudah tapi tidak lah sama mencabar dengan para petugas frontliners Malaysia yang hebat seperti doktor, jururawat, PDRM, BOMBA, RELA dan yang lain-lain tu. 

Aktiviti utama mama (frontliner dirumah) bukan sahaja melaksanakan kerja pejabat (bagi yang bekerjaya) tapi kerja seorang suri rumah dan kerja seorang guru. 

Tugas suri rumah sebagai chef adalah paling membahagiakan. Tika ni lah semua skil membuat dan mencuba resepi baru dapat menjadi kenyataan. 

Resepi Dan Pengalaman Buat Kek Milo 3 Bahan Yang Viral 
Kek Milo 3 Bahan Yang Viral

Pertama kali cuba buat kek tanpa bahan asas seperti gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat. 

Cuak juga tau takut tak menjadi. 

Kek Milo 3 Bahan Yang Viral

Bahan-bahan kek milo 3 bahan: 

1. Milo - 2 cawan
2. Telur - 2 biji
3. Susu pekat - 1 sudu (kemanisan sedang elok bagi Sisyat. Kalau nak lebih manis, boleh tambahkan sukatan susu pekat)

Cara-cara membuatnya: 

1. Blend semua bahan di atas kemudian masukan dalam loyang atau acuan yang sesuai dan kukus selama 20-25 minit.
2. Siap dan sedia untuk dihidangkan. 

Review daripada kaca mata seorang emak anak 3 

1. Bahan 2 cawan milo tu menghasilkan sebiji kek milo 3 bahan viral yang bersaiz kecil. Kena gandakan bahan baru sesuai untuk anak ramai yang suka kan kek.
2. Terlalu sedap. Sekali jalan je terus habis.
3. Masa menghasilkannya terlalu cepat dan pantas. Anak-anak pasti boleh sabar menunggu tanpa tantrum. 

Jadi, apa lagi ibu-ibu. 

Cuba la buat resepi kek milo 3 bahan yang viral ni. Mudah sangat. Dan yang pasti confirm jadi.


Senang kan cara nak buat dan pikat hati anak-anak. 

Musim PKP ni memang sentiasa lapar saja sebab terkurung je dalam rumah.

Selamat mencuba ibu-ibu.
Continue Reading

Monday, 13 April 2020

Daftar Ahli Shaklee 2020 Serendah RM35 Sahaja

Pada Februari 2020, Shaklee telah menambahbaik peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan produk Shaklee pada harga jimat dengan revise harga pendaftaran keahlian.

Walaubagaimanapun, hanya individu yang mempunyai keahlian sahaja layak mendapat harga jimat tersebut iaitu harga ahli.

Jadi, Sisyat sarankan kalian yang telah atau baru mengamalkan suplemen Shaklee dalam rutin harian berdaftar sebagai Ahli Shaklee.

Daftar Ahli Shaklee 2020 Serendah RM35 Sahaja

3 Cara Mendaftar Ahli Shaklee 2020

1) Keahlian Berbayar : Daftar Ahli Shaklee 2020 Serendah RM35 Sahaja

Yuran pendaftaran ahli Shaklee pada tahun-tahun sebelum ini (2019 dan sebelumnya) adalah sebanyak RM65.00.

Namun pada Mac 2020, Shaklee telah mengurangkan kadar yuran pendaftaran ahli Shaklee sebanyak RM30.00 dan menjadikan yuran pendaftaran hanya RM35.00 sahaja.

Daftar Keahlian Shaklee Serendah RM35 Sahaja

Kalian boleh membayar yuran pendaftaran ini tanpa membeli produk.

Apa yang kalian akan dapat?

1 memberkit Shaklee yang mengandungi booklet dan senarai harga setiap produk Shaklee.

2) Keahlian Percuma : Belian Produk Shaklee 100uv Ke atas Bernilai Sekurang-Kurangnya RM370 Dalam Satu Resit.
Keahlian Percuma Dengan Belian 100uv Dalam 1 Resit

i) Keahlian Percuma : Belian Produk Shaklee 100uv (RM370.00)

Belian setiap produk Shaklee atau Set Shaklee yang mempunyai ni 100uv melayakan kalian menjadi ahli secara percuma

ii) Keahlian Percuma : Belian Produk Shaklee 200uv dan lebih (minimum RM760.00)

Perbezaan Keahlian Percuma belian 100uv dan 200uv adalah rebat tunai.

Setiap belian 200uv dalam satu resit layak mendapat rebat tunai bernilai minimum RM30 yang akan dikreditkan ke dalam akaun kalian di setiap pertengahan bulan.

Selain itu, keahlian melalui belian 200uv juga layak mendapat penghantaran secara percuma.

Baca sini:

3) Keahlian Percuma : Belian Set Jom Shaklee (Sehingga Jun 2020 Sahaja)

Belian Set Jom Shaklee melayakan kalian menjadi ahli Shaklee secara percuma, rebat tunai dan penghantaran secara percuma.

Baca sini:

Cara Daftar Ahli Shaklee 2020

1) Untuk berdaftar sendiri, klik link dibawah dan isikan maklumat yang diperlukan secara terperinci.


Nama:
No kad pengenalan:
Alamat:
No tel:
Emel:
No akaun bank (untuk kreditkan rebat tunai):
Nama pasangan:
No tel pasangan:

Setelah berdaftar, ikut arahan yang diberikan untuk mengaktifkan ID (keahlian) anda.

2) Klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk Sisyat bantu daftarkan keahlian anda.

Sekiranya kalian menghadapi masalah untuk proses pendaftaran menjadi ahli Shaklee, Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Saturday, 11 April 2020

Set Puasa Shaklee Premium

Set Puasa Shaklee Premium adalah kombinasi Set Puasa Bertenaga bersama vitamin lain yang mana untuk tujuan tertentu.
Baca juga:

Maksud tujuan tertentu ialah lebih kepada "keperluan" ketika menghadapi bulan puasa dan juga hari raya yang bakal tiba.

Apa yang selalu menjadi impian ketika bulan puasa? Rata-rata menginginkan sesuatu hasil yang menyeronokan setelah sebulan berpuasa.

Ada yang ingin kurangkan berat badan. Ada juga yang ingin mempunyai kulit yang cantik dan sihat. Dan ada juga yang menghadapi masalah kesihatan ketika berpuasa iaitu gastrik.

Itulah yang dimaksudkan dengan Set Puasa Shaklee Premium. Disediakan khusus untuk memenuhi impian tersebut. Sisyat kongsikan dengan kalian antara Set Puasa Shaklee Premium yang menjadi rebutan ketika bulan puasa.

Set Puasa Shaklee Premium

1. Set Puasa Bertenaga (Popular) Dan Kurus

Terdiri daripada 5 jenis produk iaitu:

Set Puasa Shaklee Premium (Kurus)

🌸 Energizing Soy Protein (ESP)
  • Dihasilkan daripada protein soya berkualiti tinggi yang tidak di ubah secara genetik (Non GMO Soy).
  • Ianya membekalkan tenaga dan memberikan rasa kenyang dengan lebih lama ketika berpuasa. Selain itu juga, ESP membantu membina otot yang kuat dan sihat. Ini menjadikan badan anda tidak menggeleber walaupun berat badan semakin menurun.

🌸 Performance Drink
  • Merupakan minuman isotonik tidak bergas yang menjadi pilihan para atlet dan angkasawan Amerika Syarikat. 
  • Selain itu, PD juga dirumus khas dengan mempunyai lebih elektrolit berbanding minuman isotonik terkemuka yang biasa kita minum. 
  • Antara fungsi Performance Drink Shaklee ketika bulan puasa ialah mengelakan kelesuan badan dan kehilangan air dalam badan dengan cepat ketika berpuasa.

🌸 Omega Guard
  • Minyak ikan berketulenan tinggi ini mempunyai Omega-3 yang membantu mengurangkan lemak di sekitar organ penting (visceral fat) seperti jantung. 
  • Disamping itu juga, Omega Guard membantu membakar lemak-lemak degil di dalam badan anda dan mengekalkan lemak yang baik. Penggunaan secara konsisten dapat mengekalkan dan mengawal berat badan secara semulajadi.
  • Kombinasi bersama Lecithin dan HerbLax sangat-sangat membantu dalam proses penurunan berat badan.

🌸 Lecithin
  • Antara fungsi Lecithin Shaklee adalah mengemulsikan (pecahkan lemak jadi kecil-kecil) lemak anda supaya ia mudah dikeluarkan ketika membuang atau kencing atau berpeluh. 
  • Lecithin juga mampu melarutkan lemak anda di dalam salur darah. Jadi, ketika berpuasa proses penurunan berat badan menjadi lebih mudah kerana pengambilan lemak serta makanan manis juga semakin berkurang.

🌸 Herbalax
  • Antara fungsi Herbalax adalah membantu membersihkan usus dengan lebih baik, mengempiskan perut dan mengelakkan sembelit. Sekiranya kalian adalah individu yang susah untuk membuang, herb-lax mampu membantu anda membuang dengan lebih baik dan lancar.
  • Herbalax lebih dikenali sebagai suplemen yang melancarkan proses pelawasan.

2. Set Puasa Bertenaga (Popular) Dan Kulit Cantik

Kombinasi Set Puasa Bertenaga (Popular) bersama Omega Guard dan Vitamin C.


Set Puasa Shaklee Premium (Cantik)

🌸 Energizing Soy Protein (ESP)
  • Minuman protein yang berperisa soya dan vanilla dihasilkan daripada soya yang berkualiti tinggi yang tidak diubah secara genetik (non-GMO) untuk membekalkan tenaga dan memberikan rasa kenyang dalam tempoh masa yang lama. Ini kerana ESP Shaklee mempunyai indeks glisemik yang rendah. 
  • Amatlah disarankan diambil ketika bersahur dan ianya mampu membantu memberikan kalian tenaga sepanjang hari ketika puasa. 
  • Jika diambil setiap hari, ESP membantu menyerikan kulit wajah anda kerana salah satu fungsi protein ialah membaikpulih sel-sel yang rosak atau "sedang sakit". Sekiranya kalian mempunyai masalah "breakout" yang teruk, ambil lah protein untuk baikpulih sel yang dah rosak itu. 

🌸 Performance Drink
  • Merupakan minuman isotonik tidak bergas yang menjadi pilihan para atlet dan angkasawan Amerika Syarikat. 
  • Selain itu, PD juga dirumus khas dengan mempunyai lebih elektrolit berbanding minuman isotonik terkemuka yang biasa kita minum. 
  • Antara fungsi Performance Drink Shaklee ketika bulan puasa ialah mengelakan kelesuan badan dan kehilangan air dalam badan dengan cepat ketika berpuasa.

🌸 Omega Guard
  • Omega Guard merupakan minyak ikan omega 3 yang berketulenan tinggi. Kebaikan Omega Guard terhadap kecantikan kulit ialah kandungan omega 3 membantu mengurangkan masalah iritasi kulit di samping memberikan kelembapan kepada kulit. 

🌸 Sustained Release Vita C Plus (Vitamin C)
  • Vitamin C Shaklee dirumus khas mempunyai bioflavanoids dan mengandungi 500 vitamin C yang mana membekalkan vitamin c dalam badan selama 5 jam berturut-turut dengan berkesan. 
  • Walaupun ketika berpuasa, badan kalian tetap mendapat bekalan vitamin C secukupnya. Fungsi Vitamin C ialah membantu memberikan kulit yang halus dan gebu jika diamalkan secara konsisten. Sekiranya kalian menpunya masalah jerawat atau masalah kulit yang lain, Vitamin C membantu mencantikkan kulit dan mengurangkan masalah tersebut.

3. Set Puasa Bertenaga (Popular) Dan Gastrik

Kombinasi 5 jenis produk dalam 1 set khusus untuk kalian yang mempunyai masalah gastrik ataupun gerd.

Set Puasa Shaklee Premium (Gastrik)

🌸 Energizing Soy Protein (ESP)

🌸 Performance Drink

🌸 Peppermint Ginger Plus
  • Para penghidap masalah gastrik selalunya mempunyai lebihan angin dalam perut yang menyebabkan rasa pedih perut dan ulu hati.
  • Peppermint Ginger Plus membantu mengeluarkan angin tersebut dari dalam badan. Bila angin dalam badan kurang, risiko untuk rasa sakit gastrik juga akan kurang.

🌸 B Complex
  • Salah satu kebaikan B Complex ialah berfungsi untuk menukarkan makanan yang kalian ambil kepada tenaga. Jadi, ia juga membantu meningkatkan tenaga anda ketika berpuasa dan mengelakkan badan menjadi lesu, lemau dan letih.

🌸 Ostematrix
  • Ostematrix merupakan tablet kalsium daripada Shaklee. Fungsi kalsium selain menguatkan gigi dan tulang ialah membantu menurunkan keasidan (rasa pedih dan panas perut bagi pengidap gastrik), kerana kalsium bersifat alkali. 
  • Seterusnya, ia membantu mengurangkan rasa pedih pada bahagian perut ketika anda berpuasa.

Set Puasa Shaklee Premium dicadangkan khusus untuk anda yang ingin mencapai target menurunkan berat badan, membantu berpuasa walaupun mempunyai masalah gastrik dan menginginkan kulit halus mulus letika hari raya.

Lebih istimewa lagi, pembelian Set Puasa Shaklee Premium ini melayakan kalian mendapat Keahlian Percuma Shaklee secara automatik.

Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba produk promosi Shaklee, anda boleh hubungi kami di talian 019-397 9157 untuk maklumat lanjut dan tempahan ataupun klik sahaja button Whats App di bawah sebelah kiri blog.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.