Thursday, 16 April 2020

Cara Kekalkan Kulit Cantik Dan Sihat Ketika Bulan Puasa

Ramai yang risau akan kesihatan kulit ketika bulan puasa. Ini kerana pengambilan air pada waktu siang tidak mencukupi untuk mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.

Lebih teruk lagi jika kalian adalah individu yang berada dalam situasi tempat kerja atau rumah yang sentiasa berhawa dingin. Tidur malam dalam bilik berhawa dingin dan siang hari beraktiviti atau bekerja di dalam suasana yang sama.

Lebih-lebih lagi cuaca ketika bulan puasa selalunya akan bersuhu panas yang agak melampau.

Kekurangan air dalam badan sangat memberi kesan kepada keadaan kulit terutamanya kulit muka kerana ia lebih terdedah kepada suhu atau cuaca yang panas. Kekurangan air akan menyebabkan kehilangan kelembapan pada kulit muka dan menjadikan kulit kusam, kasar dan kering.

Jadi, adalah penting untuk kalian mengekalkan kulit agar sentiasa cantik dan sihat walaupun ketika bulan puasa.


Tanda Kulit Tidak Cantik Dan Sihat

Antara tanda tidak sihat ialah kulit kering dan menjadi sensitif dengan terbentuknya garis kedut halus, terutama di tulang pipi, sekitar mata dan dahi diiringi rasa gatal, kaku dan kemerahan pada kulit. Apabila keadaan ini dibiarkan terlalu lama tanpa penjagaan yang betul sel kulit akan mati hingga mengelupas seterusnya menjadi kusam.

Kulit yang kusam akan menampakan kita lebih berusia daripada umur yang sebenarnya dan menjadikan kita hilang keyakinan diri.

Apabila dehidrasi terjadi ketika berpuasa, kerosakan kulit menjadi lebih parah sekiranya langkah pencegahan tidak diambil segera.

Bagaimanapun, usah bimbang kerana keadaan itu dapat diatasi dengan banyak cara, malah masalah ini boleh dikurangkan dengan menjauhkan diri dari punca menyebabkan kulit kering seperti menghindari tempat panas atau sejuk yang ekstrim.

Cara Kekalkan Kulit Cantik Dan Sihat Ketika Bulan Puasa

Berikut antara langkah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan kulit kering dan kekal cantik dan sihat ketika berpuasa.

1. Pengambilan air yang cukup ketika berbuka puasa dan bersahur.
Minum banyak air kosong ketika bersahur dan selepas berbuka dengan secukupnya. Air bukan hanya menghidrat dan melembapkan kulit, malah membuatkan kita dapat menahan lapar serta berfungsi dengan baik sepanjang hari.

Secara normal, purata keperluan air dalam tubuh ialah lapan gelas air sehari dan ia membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Ketika bulan puasa elakkan mengambil minuman seperti kopi dan teh kerana ia bersifat diuretik atau mendorong pengeluaran air kencing dan menyebabkan badan cepat kehilangan air. Selain itu, pengambilan buah-buahan segar ketika berbuka atau bersahur membantu menambakan kandungan air dalam tubuh.

Ketika solat Tarawih, bawalah bersama botol air. Anda boleh minum selepas selesai rakaat kedua, keempat, keenam dan seterusnya. Melalui cara ini, anda dapat menambah dan mengekalkan kandungan air secara sedikit demi sedikit.

2. Elakan penggunaan solekan yang tebal.
Ketika bulan puasa, segala aktiviti luar tidaklah serancak ketika bulan bukan puasa. Jadi, jika anda seorang yang gemar mengenakan solekan tebal ketika bekerja atau beraktiviti luar, seeloknya diminimumkan seketika sepanjang bulan puasa. 

Solekan yang minimum membantu merehatkan kulit daripada bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik dan mengelakkan kulit menjadi kering dan rosak.

3. Kekalkan kelembapan persekitaran anda


Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh dikekalkan dengan semburan air mineral atau face mist ke wajah untuk mengelakkan kekeringan. Anda juga boleh meletakkan bekas berisi air di meja (yang tidak ditutup) untuk melembapkan udara.

4. Sentiasa melembabkan kulit wajah dengan pelembap (moisterizer) yang sesuai dengan jenis kulit.

Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting ketika berpuasa puasa. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim khas melembapkan bagi memaksimumkan fungsinya.

Bagi menghalang kulit menjadi terlalu kering sapuan losen pelembap dua atau tiga kali sehari adalah disarankan bagi mengelakan ianya berlaku.

Menurut Pakar Estetik Klinik Dr Shah Dr Shaharom Sulaiman, “Pastikan pilih losen dengan kandungan utama iaitu asid stearik, emolien seramik dan kolesterol. Kolesterol yang disapu pada kulit tidak akan meningkatkan paras kolesterol dalam badan kerana fungsinya amat berbeza,” katanya.

Bagi yang sering melakukan rawatan wajah jangan abaikannya ketika Ramadan. Teruskan seperti biasa agar kulit sihat dan cantik tatkala menyambut lebaran nanti.

Ditanya fungsi vitamin C pada kulit jelas Dr Shaharom ia sebenarnya membantu pembentukan kolagen dan kaya antioksidan. Vitamin C juga membantu menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinar matahari. Jadi tiada masalah dengan pengambilan vitamin C atau produk berasaskan vitamin C,” ujarnya.

Sumber sini:

5. Menggunakan sabun dan pencuci muka yang mempunyai pH seimbang
Selain pelembap, bagi mengembalikan kesegaran dan kelembapan kulit pada bulan puasa selain minum banyak air, wanita dinasihatkan menggunakan sabun lembut dan sesuai kulit, kurangkan berjemur di bawah terik matahari, mengurangkan mandi dan berendam terlalu lama yang akan membuatkan kulit semakin kering.

6. Rejim penjagaan kulit yang lebih disiplin

Pastikan rejim penjagaan kulit diamalkan seperti biasa dan lebih disiplin agar kulit kekal sihat selama menjalankan ibadat puasa dengan rutin membersihkan wajah, eksfoliasi serta melembapkan kulit. 

Cara ini akan membuat kulit terhindar dari masalah kulit yang merosakkan penampilan.

Baca juga:

7. Kekalkan kulit cantik dan sihat dengan penjagaan dalaman (makanan berkhasiat)

Selain melakukan penjagaan luar, anda boleh menjaga kesihatan kulit dari dalam dengan mengambil makanan kaya serat seperti buah, kekacang, ikan dan makanan berserat agar kulit sentiasa sihat sepanjang bulan ini.

Bagi umat Islam yang berpuasa, dinasihatkan memilih makanan yang dapat meningkatkan kelembapan kulit iaitu mengandungi asid lemak asas, asid lemak gamma linolenik (GLA) seperti biji rami, evening primerose, minyak biji borage, minyak zaitun dan salmon yang semuanya bukan sahaja membantu mengekalkan kelembapan kulit malah baik untuk penghidap ekzema. 

Selain itu pastikan makanan yang diambil adalah jenis rendah lemak, kurang garam, gula dan minyak.

8. Penggunaan pelindung suria atau sunscreen (sunblock)

Seperti yang kita tahu, suhu dan cuaca ketika bulan puasa sangat panas. Pelindung suria atau sunscreen sangat penting untuk melindungi kulit kita daripada cahaya matahari yang terik.

Penggunaan sunscreen yang konsisten membantu melindungi kulit daripada kulit kusam, pigmentasi, kering dan darkspot.

9. Pengambilan sumber protein yang mencukupi.

Sumber protein merupakan makanan yang terbaik untuk membantu membaikpulih sel kulit yang rosak di samping mencatikan kulit. Yogurt antara makanan berprotein yang baik untuk kesihatan maka ia elok diambil sepanjang Ramadan ini. Jika dapat menjadikan pengambilan yogurt sebagai amalan sepanjang hayat, ia lebih baik. 

Kandungan protein yang tinggi dalam yogurt dapat memberi nutrisi pada kulit secara optimum. Ambil semasa bersahur atau berbuka malah jadikan yogurt sebagai pupur kulit untuk kekal berseri.

Jika anda menggemari makan protein yang lain, jadi silakan ambil dengan konsisten demi mengekalkan kulit cantik dan sihat sepanjang berpuasa.

10. Kekal cantik dan sihat dengan amalan mulia

Sememangnya kecantikan dan penjagaan kulit wajah amat penting terutama bagi kaum wanita, namun pada bulan mulia ini juga sewajarnya kita meningkatkan kecantikan rohani dengan menggandakan amal ibadat, menjaga semua perkara yang boleh menjejaskan kualiti puasa khususnya percakapan, pemikiran, penglihatan, pendengaran dan lintasan hati.

Itu sahaja tips penjagaan kulit yang mungkin membantu anda mendapatkan kulit yang cantik dan sihat sepanjang bulan puasa.
Rakan Kulit Sihat Anda
-Sisyat-

33 comments:

  1. tq for sharing tips kekal cantik dan sihat bln ramadhan especially dr segi pemakanan & juga pembersihan kulit muka

    ReplyDelete
  2. tq for sharing.
    yg pertama tu yg utama, kan. num air.
    bila pkp ni, mudah skit la nak jaga kulit.
    aida ni, sekaligus pantau kulit anak-anak.
    remind they all utk tempek mask, utk pakai moisturizer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aida. air kena cukup untuk kekalkan kulit terhidrat.
      tang PKP tu, setuju sangat. mmg cukup masa nak jaga kulit muka. hehe

      Delete
  3. air memang paling penting kena cukup dalam badan. tu inner needs kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sesakali skip air kalau nak kulit kekal sihat. kulit kena sentiasa minum air..hehe

      Delete
  4. good sharing. sepanjang pkp ni memang tak mekap lansung. haha sihat kulit muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kite. masa PKP cuma disiplin tempek skincare je. mekap memang takde.. sihat sangat rasanya kulit ni. :-)

      Delete
  5. Thanks for the great tips to achieve good skin. Need it especially we can't go for facial now. Selamat berpuasa ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah raya la dik baru sempat reply :-)
      Jom la kita sama2 dapatkan kulit yang sihat dan cantik.

      Delete
  6. terima kasih share ya. bukan perempuan sahaja yg boleh ambil manfaat drpd artikel ni, lelaki pun sama. selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aerill..jaga kulit ni tak kira gender.. sebab kite pakai kulit sampai bila-bila. Moga bermanfaat :-)

      Delete
  7. Thanks share tips ni. Za pun kena amalkan lah sbb sejak pkp ni penjagaan semua ke laut dah.. Sunscreen pun malas pakai.. Hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul za.. tp sunscreen paling wajib dalam rutin skincare ni.. :-)
      kalo tak, cepat aje jeragat singgah.

      Delete
  8. Betul.. Kene minum banyak air kosong waktu sahur dan berbuka. Jangan solek sangat.. Duduk rumah jela.. Hehehe.. Jangan tinggal skincare walaupun dlm rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nadia. Kita takut sangat nk tinggalkan skincare ni.. maklum la da 3 series..haha

      Delete
  9. thanks kak sharing tips yang amat berguna ni. lagi-lagi bulan puasa ni kan. minum air masak tu penting sangat-sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan puasa la paling sukar nak kekalkan kelembapan kulit sebab kurang minum air.
      tapi tak pe, kita usaha cukupkan pengambilan air kan..

      Delete
  10. Perkongsian yg sangat bagus. Memang kena jaga muka dan dalaman badan so masa lps berbuka tu lah yg penting pengambilan makanan dn minuman kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat. kena cukup ambil air kosong.. lepas buka puasa tu la yang memainkan peranan. sebab tu jangan tibai air manis berlebihan bila berbuka..hehe

      Delete
  11. Saya suka pakai serum... kerana kulit muka mudah kering, minum air tu kena belah tukar mood minum time malam/sahur sebab dah puasakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. serum penting untuk baikpulih kulit yang kurang sihat. Sisya pun tak tinggal juga..hehe

      Delete
  12. Terima kasih atas perkongsian..iena mmg suka minum air yg banyak utk jaga kulit. kalau bulan puasa ni time mlm kene minum banyak and sahur sekurang2 nya1 liter air iena kene minum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan puasa kena elakan minum ais yang warna warni tu. karang tak terminum air kosong..hehe

      kesian kat kulit kan kalo tak cukup air kosong. Kulit akan kering, then macam-macam yang akan keluar kat muka..

      Delete
  13. Bila berpuasa waktu siang memnag terasa kulit muka kering sebab tak dapat minum sekerap hari biasa. Memang time macam ni penggunaan pelembap pada muka tu bagus kan.acam saya standby gel aloevera untuk pastikan muka sentiasa sejuk dan lembap

    ReplyDelete
  14. Minum air dan ambil makanan berprotein mmg penting semasa berpuasakan

    ReplyDelete
  15. good shring info ni. kena jaga juga kesihatan kulit time puasa ni

    ReplyDelete
  16. Memang yaaa, time puasa ni kulit akan kering sebab kurang minum air kan..
    Macam sis bab kulit muka, tenyeh krim selalu, lepas solat fardhu memang akan tenyeh hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sisyat memang jenis kulit kering. Toner + pelembab mmg tak bileh tinggal. wajib apply :-)

      Delete
  17. I time PKP ni kulit glowing lain macam sebab ye la tak overexposed dibawah cahaya matahari. Lepas tu makan vitamin shaklee lagi heee tak sabo tunggu cleanser baru spun thanks for the tip

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..time PKP kan byk berkurung dalam rumah. pastu rutin skincare pulak konsisten. mmg rasa kulit glowing + lembab sangat..

      Delete
  18. Thanks for sharing. This MCO I am so going to take care of my skin! Wanna be pretty!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom la sama2 kita dapatkan kulit sihat dan cantik :-)

      Delete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.