Panduan Mengenali Jenis-Jenis Kulit Muka Dan Bahan Sesuai Untuk Digunakan | Jenis-jenis kulit muka terbahagi kepada 5 jenis yang perlu anda kenali.
![]() |
Kenali Jenis Kulit Muka |
Penting untuk kita kenali terlebih dahulu jenis kulit sebelum menggunakan sesuatu produk.
Kenapa Penting Perlu Kenali Jenis Kulit Muka
1. Untuk kita betul-betul menggunakan produk dan bahan yang sesuai untuk kulit muka dan benar-benar diperlukan.
2. Untuk kita tidak mudah terpengaruh membeli sesuatu produk yang tidak penting dan tidak sesuai untuk kulit kita.
3. Untuk mengelakan masalah kulit muka (breakout) menjadi semakin parah.
Jenis-Jenis Kulit Muka
Terdapat 4 jenis kulit muka yang kebiasaanya menjadi masalah kepada kita.
1. Jenis Kulit Muka : Normal
![]() |
Jenis Kulit Muka Normal |
‘Normal’ adalah istilah yang banyak digunakan untuk merujuk pada kulit yang seimbang. Istilah saintifik untuk kulit yang seimbang adalah eudermik. Zon T (dahi, dagu dan hidung) mungkin sedikit berminyak, tetapi secara keseluruhan sebum dan kelembapan seimbang dan kulit tidak terlalu berminyak atau terlalu kering.
Bagaimana cara mengenal pasti kulit normal?
Jenis kulit normal mempunyai:
- Liang pori yang tidak ketara (kecil dan halus)
- Mempunyai peredaran darah yang baik
- Teskstur kulit lembut dan halus
- Warna Kulit yang seragam, segar dan cerah
- Tanpa cela
- Kulit tidak terdedah kepada sensitiviti
2. Jenis Kulit Muka : Kering
![]() |
Jenis Kulit Muka Kering |
‘Kering’ digunakan untuk menggambarkan jenis kulit yang menghasilkan sebum lebih sedikit daripada kulit normal dan kurang hidrasi (kelembapan).
Akibat kekurangan sebum (minyak), kulit kering kekurangan lipid yang diperlukan untuk mengekalkan kelembapan dan membina pelindung dari pengaruh luaran.
Ini menyebabkan fungsi penghalang terjejas. Kulit kering (Xerosis) wujud dalam tahap keparahan dan bentuk yang berbeza.
Punca Kulit Kering
- Kehilanga air dari kelenjar yang disebabkan oleh panas, tekanan dan aktiviti.
- Kekurangan Faktor pelembap semula jadi terutamanya urea, asid amino dan asid laktik yang berfungsi membantu mengikat kelembapan di dalam air.
- Kekurangan lipid epidermis seperti ceramida, asid lemak dan kolesterol yang diperlukan untuk membantu fungsi penghalang kulit menjadi lebih sihat.
Bagaimana Cara mengenal pasti kulit kering
- Kulit kelihatan kering serta terasa ketat, rapuh, kasar dan kelihatan kusam.
- Mudah menggelupas dan terasa tegang selepas dicuci
- Mengalami kegatalan
- Sensitif terhadap kerengsaan dan kelihatan kemerahan
3. Jenis Kulit Muka : Berminyak
![]() |
Jenis Kulit Muka Berminyak |
'Berminyak' digunakan untuk menggambarkan jenis kulit dengan pengeluaran sebum (minyak) yang berlebihan.
Punca kulit berminyak
- Antara punca yang mencetuskan pengeluaran sebum (minyak) yang berlebihan ialah:
- Genetik
- Perubahan dan ketidakseimbangan hormon
- Pengambilan ubat-ubatan
- Tekanan
- Penggunaan kosmetik komedogenik (produk solekan yang menyebabkan kegatalan)
Bagaimana mengenal pasti pelbagai jenis kulit berminyak?
Kulit berminyak dicirikan oleh:
- Liang pori yang diperbesar dan jelas kelihatan
- Kulit kelihatan berkilat
- Kulit lebih tebal dan pucat: saluran darah mungkin tidak kelihatan
- Kulit berminyak terdedah kepada pelbagai bentuk jerawat dan bintik putih.
4. Jenis Kulit Muka : Kombinasi
![]() |
Jenis Kulit Muka Kombinasi |
Kulit kombinasi didefinisikan sebagai kulit yang mempunyai gabungan jenis kulit berbeza di zon-T dan pipi.
Kulit gabungan dicirikan oleh:
- Jenis berminyak di zon T (dahi, dagu dan hidung)
- Jenis normal/kering di bahagian pipi
Punca kulit kombinasi
Bahagian kulit kombinasi yang berminyak disebabkan oleh pengeluaran sebum (minyak) yang berlebihan. Bahagian kulit kombinasi yang kering disebabkan oleh kekurangan sebum dan kekurangan lipid yang sepadan.
Keadaan ini menjadikan bintik hitam dan putih mudah muncul di kawasan hidung.
5. Jenis Kulit Muka : Sensitif
![]() |
Jenis Kulit Muka Sensitif |
Tekstur kulit lembut tetapi mudah kering, merengsa, kemerah-kemerahan , gatal dan pedih.
Kulit mudah bertindak balas dengan kandungan produk, persekitaran dan makanan
Jadi, sudahkah anda mengenali kulit anda? Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda untuk lebih mengenali jenis kulit anda dan membantu anda memilih produk yang bersesuaian.

Rasa kulit saya kombinasi.
ReplyDeleteKena pilih bahan yang sesuai la NA. 😊
DeleteBagus info begini. Kena tahu kulit kita jenis yang mana, jadi mudah nk pilih produk yang sesuai.
ReplyDeleteBetul. Kenal kulit dulu utk tahu bahan yg sesuai, then baru pilih produk. 😊
DeleteSis kulit normal, tapi bahagian T tu ada sikit minyak..last check di Regency awal tahun hrtu..ni lama tak buat facial adoi rasa lemak kulit muka, tak sama kalau buat sendiri kann...kena maik tau jenis kulit, baru senang nak beli produk muka..
ReplyDeleteBetul sislin. Nasib baik kat taman perumahan ni ada beaty consuktant MK. Try scan kulit ituhari, jenis kulit sisyat is kering.
DeleteRawlins punyai kulit kombinasi - ada masanya agak sensitif. Thanks share info gini - ramai yang still cluelesa apa nak guna dan jenis kulit sendiri kan
ReplyDeletesisyat pun clueless pasal ni tapi keep on digging..cari info sebab kulit muka tu penting sangat kan. nak pakai lama :-)
Deletemmg btul tu kena kenali kulit muka sbb kdg2 produk kecantikkan tk sesuai dgn jenis kulit muka
ReplyDeletelain orang, lain jenis kulit kan. walaupun tengok orang pakai elok je, bila kita pakai..hancuss..hehe
DeleteKena pakai skincare yang sesuai dengan kulit kita. Ada skincare yang kita tak serasi bila pakai. Dah dapat yang serasi...sis dah tak tukar dah brand.
ReplyDeleteterus setia gitu kan ezna. bukan senang nk cari yang serasi ni, byk kali try n error jugak kan..
Deletekulit saya jenis kombinasi. area T zone ti memang oily. bahagian pipi kering je
ReplyDeletekena cari produk yang bersesuaian laa kan bae utk protect kulit tu :-)
DeleteSebelum ni nad fikir nad kulit berminyak dan sensitif, tapi masa pergi rawatan, cek nad kulit kering dan sensitif. Huhu.. Dah salah kat situ. Bgus kene tau kondisi kulit kita, so nak pilih produk produk muka yang sesuai dengan kulit
ReplyDeletebetul tu nad, kena check juga dengan tool khas. baru boleh tahu jenis kulit kte. kalau buat assumption sendiri, memang tak mengena selalunya :-)
Deleteaida ada buat skin check. so, memang no 4.
ReplyDeleteat first ingatkan oily jer. rupanya ada yg kombinasi, kan :)
kalau tak buat skin check, tak tau.
Eyqa sejenis kulit oily dan sensitive. Stress betul! Jerawat nie cepat je beranak pinak..
ReplyDeleteThanks for sharing! Now I understand my skill better !
ReplyDeleteKena ambil tahu kulit muka kita jenis apa baru boleh dapatkan pencuci muka yang sesuai utk kulit. Kalau tak lagi parah kulit muka kan.
ReplyDeletekulit muka mommy jenis berminyak.
ReplyDeletetapi yang peliknya dekat hidung tu, ada je kulit yang boleh kopek
geram mommy
Kering & menggelupas ke mommy? Moga cepat jumpa produk yang sesuai 😊
Deleteterima kasih share. Hari tu saya ada check keadaan kulit muka saya lepas tu barulah boleh tahu produk apa yg sesuai.
ReplyDeleteSis kulit kombinasi..selalu susah gak le nak cr produk.skincare yg kombinasi ni..tapi alhamdulillah setakat ni x ada masalah kulit wajah lagi
ReplyDeleteSaya jenis kulit berminyak. Di bahagian pipi memang ada sedikit pori terbuka. Stress tengok pori ni. Tapi bila gun asatu produk ni, pori memnag nampak mengecil tapi kena konsisten pakai. Kadang sendiri pun lupa.. Huhuhu
ReplyDeletethanks info ni. saya jenis kulit kombinasi, dah lama la. alhamdulillah
ReplyDeletethanks for the info. sangat bermanfaat untuk kami semua, huda dah siap bookmark dah entry ni later huda refer dgn lebih terperinci =D
ReplyDeleteThanks huda. Moga bermanfaat untuk semua 😊
DeleteSaya dah buat analisis kulit muka, kulit muka saya jenis kering dan ada masalah tona tidak sekata, sebab tu saya suka pakai serum muka bagi mengekalkan kelembapan kulit muka saya..
ReplyDeleteSama la bonde jenis kulit kita. Serum kena apply. Sisyat tanbah essense lg 1.. and apply sunscreen jugak. 😊
DeleteZaza dari muka berminyak jadi muka jenis berkombinasi. Mmg kena jaga betul2 ikut kulit muka
ReplyDeletejaga dengan rutin yang konsisten. pastu kena pilih produk yang sesuai laa kan zaza ;-)
Deletekulit kita ni akan berubah keadaan mengikut cuaca. sebab kita ni cuaca panas dan hujan. Ada kala musim hujan panjang. cuaca sejuk. kulit jd kering. musim panas plak kulit jd berminyak. tu yang ada beberapa pencuci muka utk kesesuaian keadaan. hahaha. konsisten pakai skincare okeh.
ReplyDeletebetul tu ruby. kena cari produk skincare yang bersesuaian utk kekalkan kelembapan kulit. baru kulit sihat.
Deletetraitement cicatrices Plexr
ReplyDeletemesothérapie cheveux
chirurgie seins