Thursday, 23 April 2020

Niat Puasa Ramadhan : Harian Dan Sebulan Serta Doa Berbuka Puasa

Niat Puasa Ramadhan : Harian Dan Sebulan Serta Doa Berbuka Puasa | Alhamdulillah, hari yang dinanti oleh umat Islam diseluruh dunia telah tiba. Bersyukur sangat kepada Allah S.W.T kerana masih meminjamkan nyawa untuk bertemu lagi Ramadhan Kareem pada tahun 1441 H

Esok, 24 April 2020 bersamaan 1 Ramadhan 1441H seluruh umat Islam di serata dunia akan mula berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan ini.

Baca juga:

Puasa bermaksud menahan diri daripada melakukan perbuatan yang membatalkannya seperti makan dan minum dari terbit matahari (selepas Azan Subuh / waktu Imsak) sehingga tenggelamnya matahari (Azan Maghrib) dengan niat.

Yang penting kena berniat puasa terlebih dahulu.

Niat Puasa Ramadhan

Niat Puasa Ramadhan boleh dilakukan secara harian ataupun secara sebulan terus. Waktu berniat puasa ialah bermula pada terbenam matahari (Azan Maghrib) sehinggalah sebelum terbit fajar (Azan Subuh).

Niat berpuasa adalah syarat sah puasa sesorang itu dan boleh dilakukan dimana-mana waktu di antara waktu tersebut.

Niat Puasa Ramadhan : Harian

Nawaitu sauma ghadin 'an ada-i fardhi shahri ramadhana hazihis sanati lil'lahi ta'ala

Bermaksud:

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taa'la


Niat Puasa Ramadhan : Sebulan

Nawaitu sauma ghadin shahri ramadhana kullihi lil'lahi taa'la

Bermaksud:

Sahaja aku sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taa'la


Doa Berbuka Puasa : Sendirian

Allahumma laka somtu wabika amantu wa 'ala rizqika afthartu bi rahmatika yaa arhama rrohimiin

Bermaksud

Ya Allah, keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman di atas rezekiMu aku berbuka, dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Doa Berbuka Puasa : Beramai-ramai

Allahumma laka somnaa wabika amanna wa 'ala rizqika aftharna fatuqabbal minna innaka antassami 'ul 'alim

Bermaksud

Ya Allah, keranaMu kami berpuasa dan kepadaMu kami beriman di atas rezekiMu kami berbuka, dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Selain berniat puasa, kita juga disarankan menjaga adab ketika menjalani Puasa Ramadhan.

Adab Ketika Puasa Ramadhan
  1. Menyegerakan berbuka puasa walaupun dengan hanya sebiji kurma
  2. Bersahur
  3. Melewatkan waktu bersahur
  4. Menjaga tutur kata (Tidak berkata-kata perkara yang keji dan berunsurkan lucah)
  5. Mandi wajib sebelum terbit fajar
  6. Berdoa ketika berbuka puasa
  7. Memberi makan kepada orang berpuasa
  8. Perbanyakan bersedekah, membaca al-quran dan beriktikaf di masjid


Semoga perkongsian Sisyat berkenaan niat puasa Ramdhan ini sedikit sebanyak membantu kalian untuk memulakan Ramadhan pada tahun ni. Walaupun kita semua berpuasa tanpa terawih di masjid atau surau, tanpa bazar Ramadhan namun kita masih lagi boleh cipta kenangan Ramadhan paling manis tahun 2020 ini.

Baca juga:

Kekal bertenaga dengan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan kali ini. Walaupun ketika bulan puasa, jangan lupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit muka juga.

Baca juga:

Raya lebih meriah jika kekal sihat luar dan dalam.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara

14 comments:

  1. Alhamdulilah dah 9 hari kita berpuasa...masih lagi FULL..harap-haraplah FULL tahun ni..

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah kita pun dah masuk 9 hari puasa dan jika ada yg masih blm hafal niat dan doa puasa bolehlah baca di sini...

    ReplyDelete
  3. bila baca niat automatik ternyanyi haha. syukur dah 9 ramadhan. moga Allah terim semua ibadah puasa kita aamiin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, dah 9 Ramadan. Cepatnya masa berlalu.Salam Ramadan dan Stay Safe ye.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah sekejap je dah hari kesembilan berpuasa. Alhamdulilah. Moga puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas nak diterima olehNYA.

    ReplyDelete
  6. paling bagus, berdoa. ramadhan ni kan special.
    then, byk kan baca Quran.
    kebetulan pkp kan sampai 12 mei. alhamdulillah.
    tq atas peringatan ni :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Cepat masa berlalu. Hari ini pun dah hari ke 9 berpuasa. Masa bulan puasa inilah semua kena tingkatkan lagi amalan.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan meneruskan puasa tahun ini. Moga kita dapat menjalankan ibadah ini dengan sempurna

    ReplyDelete
  9. Memang selalu amalkan niat puasa sebulan tu. btw terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  10. Alhamduliah perkongsian yang bagus.saya selalu baca niat yang harian tak baca sebulan. Lelaki elok amalkan yang niat sebulan ni kan.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah sudah masuk hari ke 10 ramadhan. Beruntung banget berkunjung ke blog ini bosa baca banyak doa selama puasa ramadhan. Semoga berkah bersama kita

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian ini. Boleh tunjuk pada anak2 suruh dia hafal

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan ramadan tahun ni. Tapi tu la, tahun ni berbeza sikit la suasana berpuasa. Apa pun, ada juga hikmahnya sebab dapat berpuasa dengan keluarga...

    ReplyDelete
  14. Terima kasih utk pengkongsian ini. Tak sangka kita dah berpuasa selama 9 hari.

    ReplyDelete

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.