Tuesday, 14 April 2020

Resepi Kek Milo 3 Bahan Yang Viral Dan Pengalaman Membuatnya

Menjadi salah seorang frontliner di rumah memang bukan tugas mudah tapi tidak lah sama mencabar dengan para petugas frontliners Malaysia yang hebat seperti doktor, jururawat, PDRM, BOMBA, RELA dan yang lain-lain tu. 

Aktiviti utama mama (frontliner dirumah) bukan sahaja melaksanakan kerja pejabat (bagi yang bekerjaya) tapi kerja seorang suri rumah dan kerja seorang guru. 

Tugas suri rumah sebagai chef adalah paling membahagiakan. Tika ni lah semua skil membuat dan mencuba resepi baru dapat menjadi kenyataan. 

Resepi Dan Pengalaman Buat Kek Milo 3 Bahan Yang Viral 
Kek Milo 3 Bahan Yang Viral

Pertama kali cuba buat kek tanpa bahan asas seperti gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat. 

Cuak juga tau takut tak menjadi. 

Kek Milo 3 Bahan Yang Viral

Bahan-bahan kek milo 3 bahan: 

1. Milo - 2 cawan
2. Telur - 2 biji
3. Susu pekat - 1 sudu (kemanisan sedang elok bagi Sisyat. Kalau nak lebih manis, boleh tambahkan sukatan susu pekat)

Cara-cara membuatnya: 

1. Blend semua bahan di atas kemudian masukan dalam loyang atau acuan yang sesuai dan kukus selama 20-25 minit.
2. Siap dan sedia untuk dihidangkan. 

Review daripada kaca mata seorang emak anak 3 

1. Bahan 2 cawan milo tu menghasilkan sebiji kek milo 3 bahan viral yang bersaiz kecil. Kena gandakan bahan baru sesuai untuk anak ramai yang suka kan kek.
2. Terlalu sedap. Sekali jalan je terus habis.
3. Masa menghasilkannya terlalu cepat dan pantas. Anak-anak pasti boleh sabar menunggu tanpa tantrum. 

Jadi, apa lagi ibu-ibu. 

Cuba la buat resepi kek milo 3 bahan yang viral ni. Mudah sangat. Dan yang pasti confirm jadi.


Senang kan cara nak buat dan pikat hati anak-anak. 

Musim PKP ni memang sentiasa lapar saja sebab terkurung je dalam rumah.

Selamat mencuba ibu-ibu.

0 comments:

Post a comment

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.