Kebelakangan ini semakin ramai yang memilih untuk membeli belah secara online (atas talian) walaupun hanya satu item sahaja.
Sejak dunia di serang oleh wabak pandemik Covid19, kesedaran terhadap penjarakan sosial dan sentuhan fizikal di pasaraya atau kedai kian meningkat.
Situasi sekarang ialah lebih kepada kurang memberi kontak sesama kita.
Walaupun begitu, kita tetap perlu menjalani kehidupan harian seperti dahulu namun ianya harus dijalani dengan kaedah norma baharu.
Dan kerana norma baharu inilah, semakin ramai yang menggunakan medium belian secara online atau atas talian ini sebagai alternatif untuk mendapatkan barang keperluan.
Apakah medium beli belah online yang selalu kalian pilih? Untuk Sisyat, pilihan terbaik kami sekeluarga adalah membeli belah di PGMall.
Kalian sudah pasti kenal tentang PGMall kan?
PGMall merupakan satu medium beli belah online sepertimana medium online yang lain.
Tetapi, yang istimewanya PGMall ini ialah merupakan platform perdagangann (E-Commerce) tempatan yang pertama di Malaysia dan ditubuhkan pada tahun 2017. Pelbagai jenis barang yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.
Ingat ye kalian, platform perdangangan E Commerce tempatan. Bukan calang-calang medium dan ianya setaraf dengan medium E Commerce antarabangsa tau.
Konsep ConsuMerchant PGMall

PGMall berkonsepkan ConsuMerchant yang bermaksud pengguna ataupun pembeli di PG Mall boleh berkongsi keuntungan dalam perniagaan dan menjadikan mereka usahawan dengan membina perniagaan tetap di PG Mall.
Ini membezakan diantara PGMall dan medium beli belah online yang lain. Yang menjadikan PGMall sangat istimewa kepada para usahawan dalam meneruskan perniagaan mereka.
Kalian pernah dengar atau tahu tentang Iprice?

Iprice merupakan platform yang memaparkan website E-Dagang yang paling popular di Malaysia. Merujuk kepada laporan di link Iprice https://iprice.my/insights/mapofecommerce/, terdapat 50 website E Dagang paling popular yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.
Daripada 50 website daripada senarai tersebut, PGMall menduduki tangga ke tiga dengan lawatan laman web bulanan sebanyak 1,688,500. Satu angka yang sangat besar.
Ini menunjukan, PGMall menjadi salah satu pilihan utama rakyat Malaysia dalam membuat belian secara atas talian.
Dan salah seorang daripada rakyat Malaysia itu mestilah anda dan juga Sisyat kan.
Tawaran Menarik Daripada PGMall Dengan Hot Day Sales
Apa yang kalian paling suka bila beli belah samada secara walk in atau atas talian?
Kalau Sisyat, paling suka adalah bila waktu promosi.
Dan PGMall menggelarkan waktu promosi mereka dengan nama Hot Day Sales.

Hot Day Sales dilakukan setiap hari dengan memperuntukan 3 slot setiap hari iaitu pada jam 10.00 pagi, 4.00 petang dan 9.00 malam.
Kalau kalian ingin mendapatkan harga yang super jimat dan murah, kalian boleh lah mula shopping online di PGMall ini pada waktu yang telah Sisyat maklumkan tu.
Setiap kali Hot Day Sales di jalankan, PGMall memberikan tawaran:
- Harga rendah paling jimat
- Potongan harga sehingga 80% setiap hari terhadap semua item yang terpilih.
Menarik kan?
Tawaran sepanjang Hot Days Sales ni membuatkan makin ramai yang nak membeli belah di PGMall.
Kempen Love You 3000

Lagi menarik dari PGMall ialah Kempen Love You 3000.
Macam pernah dengar kan ayat ni? Ayat dari seorang ayah yang penyayang, Tony Stark kepada anak perempuan dia, Morgan Stark.
Babak paling sedih apabila semua superhero melihat rakaman video selepas Tony Stark meninggal dunia dalam filem Avengers : End Game.
PGMall menawarkan peluang keemasan kepada semua pelanggannya untuk menyertai kempen ini.
Setiap pembelian minimum RM30.00 kalian sudah layak untuk menyertai Kempen Love You 3000 ini. Lagi banyak pembelian yang kalian lakukan, lagi tinggi peluang untuk anda memenangi ganjaran yang disediakan.
PG Mall menyediakan ganjaran berupa hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan dalam C-Wallet dengan nilai keseluruhannya RM3000. Lumayan sekali ganjarannya kan!
Cabutan bertuah bagi kempen ini akan dilaksanakan setiap 2 minggu sekali iaitu pada 15 dan 30 haribulan. Jadi, cepat-cepatlah kita beli belah di sana. Banyak hadiah yang menanti ni.
Lagipun di PGMall ini terdapat 1 juta produk tempatan dan antarabangsa dari pelbagai kategori termasuk fesyen & aksesori, elektronik, telefon bimbit & tablet, perkakas rumah kediaman & tempat tinggal, kesihatan & kecantikan, kanak-kanak & bayi dan barangan runcit.
Macam-macam boleh pilih. Dan yang bestnya, boleh sertai Kempen Love You 3000 tu.
PGMall Sediakan Pulangan Tunai Forever Cash Back Sehingga 3.5%

Memang banyak sungguh ganjaran yang PGMall sediakan untuk para pelanggannya.
Setiap kali pelanggan membeli belah di medium ini, pelanggan akan menerima pulangan hasil daripada setiap perbelanjaan.
Setiap pembeli mampu perolehi pulangan tunai dari 0.5% hingga 3.5% untuk setiap pembelian yang dilakukan di PGMall.
Payweek Bonanza
Untuk meraikan rakyat Malaysia yang memilih PGMall sebagai medium beli belah online, PGMall menawarkan penghantaran percuma (FREE DELIVERY) bagi setiap pembelian yang bernilai RM50 dan ke atas (daripada kedai/store yang sama).

Keistimewaan Free Delivary ini hanya dalam tempoh 25hb sehingga 5hb bulan berikutnya sahaja sebagai tanda menghargai anda yang membeli belah di medium itu.
Banyak yang jimat kan?
Macam-macam promosi yang kita boleh nikmati hanya di PG Mall. Memang berbaloi-baloi. Potongan harga yang kaw-kaw, cashback lagi, siap ada cabutan bertuah lagi dan tak lupa juga penghantaran percuma semasa hari gaji. Tunggu apa lagi, bertindak sekarang!
Jom shopping di PGMall gais!
About PGMall:
Website PGMall:
https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=258
Website: www.pgmall.my
Instagram:PGMall.my , https://www.instagram.com/pgmall.my/
FB PGMall: PGMallOfficial
Hashtags:
#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #HDS #Payweekbonanza #Loveyou3k
Wow woww. Banyak sangat hat menarik pasal tawaran dari PGmall ni.
ReplyDeleteBeli pada harga jauh lebih murah pada waktu yang special.
Kempen love you tu syok jugak. Eh semua best2 lah dia bagi 🥳
kena cuba dulu..baru tahu loveee nye kat PGMall tu :-)
DeleteAlamak, ada yang kena 'racun' hehe. Norma baru, kedai online di mana-mana
ReplyDeletejom la shopping online :-)
Deletekita da install hihi..suka sebab boleh guna semua e-wallet kat sini..senang nak bayar masa checkout nanti..
ReplyDeleteBest kan Sunah dapat shoping kat sini. Mcm2 benda boleh pilih 😊
DeleteKena shopping cepat cepat niii .. Sekarang ni lebih mudah dan rasa selamat kalau beli secara online . Nak keluar rumah rasa takut2 jer ..Baiklah beli secara online ..
ReplyDeleteSama la kita ni. Klik2 online je la. Nak keluar ke mall mmg tak berapa berani lagi. Dengan kids yang kecik2..
DeleteShopping online je la dulu 😊
Senang dan mudah soping online aje, Sis dah berkali0kali dah hehehe..dari sebelum pose lagi..siap dapat cashback lagi...ayuh le kita...
ReplyDeleteWooww.. menarik tu. Siap dapat cash back. Kena pantas shopping sini la ni.. 😊
Deletegeram je tengok PG Mall dok buat macam2, bagi kupon lah, cash back lah, nak kena pergi shopping dekat sini jugak ni
ReplyDeleteJom la kte meramaikan shopping sni. Meriah laa hidup..sbb dapat mcm2 hanya dengan shopping online 😁
Deletememang dah tahu lama pasal pg mall ni. satu laman beli belah online tempatan yang ada banyak barangan menarik! :)
ReplyDeleteRugi kalau tak p shopping sini kan aerill. Macam2 ada 😊
DeleteI dari hati lg tengok orang bercerita paz pgmall ni tapi xsempat nak tengok lagi
ReplyDeleteJom la try jengah sekali. Mesti nak berkali2 sebab byk sgt rebate n promo yang diorg kasi 😊
Deletesince pkp ni mmg ramai yg shopping online ..mcm2 promosi ditawarkan..dpt diskaun, dpt cashback..mmg best sgt la
ReplyDeleteBetul tu. Lagipun xde modal minyak keta nak p shopping online. Klik2 je la..
DeleteDapat juga diskaun hebat 😊
Sis ada juga akaun kat pgmall ni. Memang kadang2 bila pgmall buat diskaun memang murah tau.
ReplyDeleteyanmie
http://www.yanmieonline.com
Betul tu. Sebab tu kena rajin pi klik sana. Kena pula time rebate @ promo, berganda2 dapat penjimatan 😊
Deletepg mall ni makin lama makin best pulak mommy tengok, mommy memang pengguna / pembeli di pg mall. sebab paling sukakan cash back yang banyak
ReplyDeleteSeronok la mommy.. cash back dapat time shopping kan..
DeleteRugi la kalo lambat p shopping sana 😊
Belum ada akaun di PG Mall ni..tak boleh jadi ni. Nak sign up sekarang.
ReplyDeleteHaa.. segera la btindak yaya. Sisyat pun baru jinak2 ni 😊
DeleteMemang satu satunya platform online tempatan yang memberikan pelbagai promosi menarik bagi pembeli dan peniaga.
ReplyDeleteYang meniaga pun dapat benefit.
DeleteYang membeli apatah lagi.
Byk promo, cash back, rebate..semua ada..
memang syok membeli kalau sambil2 beli dapat duit cash back. gian nak membeli
ReplyDeleteBerhantu gituu..betoi tak raihanah? 😅
Deletebestnyaa pgmall selalu ada offer-offer yang menarik haih kena tahan online shopping ni
ReplyDeleteMemang kena tahan napsu..hehe
Deletebangga juga jadi warga PG ni.. kalau dulu tanam saham emas kat PG je, sekarang ni siap boleh membeli belah.. hee~
ReplyDeletealhamdulillah..sisyat ni baru je lagi :-)
DeleteBest shopping kat sinim macam2 produk yg kita boleh beli. Berbaloi pulak tu
ReplyDeletebetul tu ayu..ralit kalo masuk sini..hehe
DeleteSekarang kita kena belajar untuk terima norma baharu ini. Semua dah online dah sekarang ni..so kenalah cari platform yg terbaik untuk kita shopping secara bijak dan menjual secara berhemah
ReplyDeletebetul sangat tu. Sisyat pun dah selesa shopping online.. tunggu jela parcel sampai :-)
Delete