Monday, 13 July 2020

Testimoni Youth Shaklee : Jerawat Berkurang Dan Kulit Makin Sihat

Jerawat merupakan musuh utama kepada sesiapa sahaja. Baik lelaki atau wanita.

Ianya bukan sahaja menghilangkan seri wajah, tapi juga mengurangkan keyakinan diri terhadap diri sendiri. Apatah lagi keyakinan diri ketika berhadapan dengan publik.

Namun, pengalaman pengguna Youth Shaklee mungkin dapat membantu kalian yang ingin bebas jerawat dan mengembalikan keserian dan keyakinan diri.

Testimoni Youth Shaklee Terhadap Masalah Jerawat


1) Pertumbuhan Jerawat Under Control

Testimoni Youth Shaklee : Jerawat Tumbuh Under Control
Saya pakai Youth Shaklee dah setahun. 

Dulu makan Vitamin C je, jerawat under control. Lepas dah pakai Youth, jerawat mkin okay. Tona kulit makin sekata. Jerawat yang muncul pun cepat kering dan tak tinggal parut

- Pn. Nurul Fatihah-

2) Jerawat Semakin Berkurang

Testimoni Youth Shaklee : Jerawat Semakin Berkurang
Alhamdulillah, jerawat pada muka sayan semakin berkurang dan kulit makin cantik dan sihat. Jerawat pun susah nak timbul balik.

-Pn. Azliza Sahin-

Baca sini:

3) Jerawat Sudah Tiada Lagi

Testimoni Youth Shaklee : Jerawat Dah Tiada Lagi
Wani suka sangat produk Youth Skincare Shaklee ni. Sebab jerawat muka dah tak ada. Kulit muka Wani makin cantik berbanding dulu.

-Pn.Wani-

Baca sini:

4)  Jerawat Hilang Dan Liang Pori Mengecil

Testimoni Youth Shaklee : Jerawat Hilang Dan Liang Pori Mengecil
Saya pakai Youth Full Set selama 9 bulan. Dan hasil dia sangat memuaskan.

Jerawat dan bekasnya sekali dah hilang. Liang pori juga semakin mengecil. Muka lebih nampak bersih dan makin cerah.

Saya sangat sukakan Youth dan masih pakai hingga hari ini.

-Pn.Aeinna Musa-

5) Jerawat Serta Parut Hilang Dan Kulit Lebih Halus Dan Bersih

Testimoni Youth Shaklee : Jerawat Serta Parut Semakin Hilang
Jerawat yang menimbun dulu, dah semakin hilang. 

Kulit menjadi kemerah-merahan dulu juga pun dah lesap. Parut bekas jerawat yang banyak tu juga beransur hilang.

-Pn.Zawani Suhaimi-

Jerawat sememangnya menghalang pergerakan sosial kita kerana keyakinan diri semakin berkurang. Jadi, untuk mengembalikan keyakinan diri tersebut, perlulah kita mencari solusi untuk mendapatkan semula kulit yang sihat dan cantik tanpa jerawat.

Youth Shaklee adalah pilihan yang paling tepat.

Selain mengambil masa selama 8 tahun bagi proses penyelidikan dan kajian sebelum bersedia untuk di pasarkan, Youth Shaklee adalah berasaskan 100% bahan semulajadi (tumbuhan) dan tidak melalui proses kekejaman terhadap binatang.
Baca sini:

Rangkaian Youth Shaklee mempunyai 7 item yang akan menjaga dan membelai kulit anda pada tahap yang paling optimum.
Baca sini:

Sekiranya kalian ingin memiliki Youth Shaklee, boleh hubungi kami di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk maklumat lanjut.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara

-Yang pernah memiliki kulit rosak berjerawat-
Continue Reading

Sunday, 12 July 2020

Kenali 10 Jenis Jerawat Dan Kesan Pada Kulit

Kenali Jenis Jerawat Dan Kesan Pada Kulit | Jerawat merupakan musuh kepada kecantikan dan kesegakan setiap individu wanita mahupun lelaki.

Jerawat boleh menyebabkan individu hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan publik. Jadi, kita seharusnya mengenali jenis jerawat untuk memudahkan mencari cara rawatan paling berkesan. Kulit yang sihat adalah kulit tanpa cela terutamanya jerawat.

Kenali Jenis Jerawat Dan Kesan Pada Kulit.

Kenali jenis jerawat adalah sangat penting untuk memudahkan kita mencari jalan penyelesaian paling berkesan. 
Jenis jerawat

10 jenis jerawat yang sering menjadi masalah kepada kehidupan kita.

1. Jerawat Jenis Whitehead

Jerawat jenis Whitehead

Merupakan jerawat yang senang dikenali.

Jerawat jenis ini terjadi ketika lapisan tipis kulit menutup pori-pori dengan sel kulit mati atau kotoran, menciptakan gumpalan bulat putih pada kulit. Jerawat jenis ini disebabkan oleh berbagai jenis faktor. 

Namun, yang paling umum disebabkan oleh minyak berlebihan, sel kulit mati, dan perubahan hormon.

Cara terbaik untuk mengatasi whitehead adalah menjaga kawasan sekitarnya agar bebas dari bakteria dan sel kulit mati. Rata-rata whitehead secara alami hilang dalam waktu sekitar satu minggu. 

Namun, jika jerawat ini tak segera hilang dicadangkan agar mencuci wajah di pagi dan malam hari dengan pembersih wajah yang mengandung asid salisilik.

2. Jerawat Jenis Blackhead

Jerawat jenis Blackhead

Sama seperti whitehead, seorang doktor kulit Jol Schlessinger menjelaskan komedo disebabkan oleh pori-pori tersumbat dan penghasilan minyak berlebihan kerana perubahan hormon. Dia mengatakan whitehead terjadi karena pori-pori tertutup lapisan kulit sehingga menimbulkan komedo yang dibiarkan terbuka dan terkena udara. Inilah yang membuatnya berwarna gelap dan dikenali sebagai Blackhead. 

Untuk mengatasinya, kita perlu amalkan secara konsisten 'scrubbing'/ 'exofliate' demi menghilangkan komedo yang menyumbat pori-pori. 

Scrub / exofliate sangat penting dalam rutin penjagaan kulit muka kerana langkah ini akan menanggalkan sel kulit mati dan mengembalikan kulit yang sihat dan cantik.

3. Jerawat di Zon T

Jerawat jenis ini cenderung tumbuh di kawasan zon T seperti dahi, hidung dan dagu. Jerawat jenis ini biasanya disebabkan oleh polusi dan menghasilkan jerawat merah dan whitehead.

Whitehead biasanya ditemui di kawasan Zon T dan dapat dibasmi dengan produk yang mengandung asam salisilat, benzoyl peroxide, dan retinoid,” kata Dendy Engelman, ahli dermatology dari Manhattan.

4. Jerawat Hormon

Jerawat ini muncul disebakan oleh penghasilan minyak yang berlebihan dan dihasilkan hormon, menyebabkan penumpukan, pori-pori tersumbat, hingga menimbulkan jerawat. Engelman juga mengatakan pil perancang yang biasa diambil oleh wanita juga boleh menimbulkan jerawat.

Oleh karena itu, pilihlah pil perancang yang boleh menyeimbangkan kadar hormon sehingga mampu membersihkan kulit. Sebagai alternatif, kita juga bisa menggunakan co-cyprindiol untuk perawatan hormonal yang dapat digunakan membasmi jerawat yang lebih parah, yang tak berkesan dengan antibiotik.

5. Jerawat Pustula

Jerawat jenis Pustule
Pustula adalah benjolan yang berisi cairan atau nanah pada kulit yang merupakan hasil dari infeksi bakteri di pori-pori.

Menurut Schelessinger, tingkat keparahan jerawat pustula sangat bervariasi. Variasi tersebut tergantung pada berapa banyak dan seberapa cepat jerawat terbentuk. "Pustula yang berukuran lebih kecil akan berkurang secara alami dan dapat di ubati dengan produk yang mengandung asid salisilat,” kata Schlessinger.

6. Jerawat Papula

Jerawat jenis Papula

Papula biasanya muncul dalam bentuk benjolan kecil berwarna merah pada kulit. Benjolan ini biasanya berkelompok dan bisa sangat menyakitkan. Untungnya, papula boleh diubati dengan ubat seperti antibiotik atau perawatan topikal lain seperti tretinoin.

Retinol juga bisa dipakai untuk mengatasi papula.

7. Jerawat Kistik

Jerawat jenis ini biasanya terjadi jauh di bawah permukaan kulit dan sangat menyakitkan.

"Jerawat jenis ini terjadi ketika pori-pori tersumbat oleh minyak dan sel-sel kulit mati, tetapi infeksi itu masuk lebih dalam ke kulit, menghasilkan benjolan merah yang lebih besar dan terisi oleh cairan," kata Schlessinger.

Menurut dia, jerawat kistik biasanya hasil dari perubahan hormon. Inilah yang menjadi faktor jerawat jenis ini kerap terjadi pada remaja, meskipun dapat terjadi pada orang-orang dari segala usia. Untuk mengatasinya, lebih baik berkonsultasi pada doktor untuk menemukan pengobatan yang sesuai. “Biasanya kombinasi antibiotik dan perawatan topikal dengan resep dokter bekerja dengan sangat baik,” papar Schlessinger.

Jerawat jenis ini, kata Schlessinger, juga bisa diubat dengan isotretinoin.

8. Jerawat Fulminans

Melissa Kanchanapoomi Levin, doktor kulit di New York City mengatakan, jenis jerawat ini merupakan bentuk langka jerawat kistik yang parah, dan sering terjadi pada remaja laki-laki.

Jerawat jenis Fulminans

Jerawat ini ditandai oleh nodul dengan radang yang parah dan plak dengan luka terbuka yang melibatkan dada, punggung, dan wajah.

 "Ada juga tanda-tanda sistemik seperti demam, jumlah sel darah putih yang meningkat, nyeri sendi, keterlibatan tulang, dan nyeri otot," tambahnya. Melissa juga mengatakan, untuk mengubati jerawat ini seringkali memerlukan steroid sistemik oral, isotretinoin, dan ubat sistemik lainnya.


9. Jerawat Nodul

Jerawat jenis Nodul / Kistik (Cyst)

Seperti jerawat kistik, nodul adalah bentuk lain dari jerawat yang memerlukan bantuan pakar kulit membutuhkan bantuan dokter kulit. "Jerawat nodular bisa bertahan selama berminggu-minggu atau bahkan berbulan-bulan jika tak ada perawatan yang tepat," kata Schlessinger.

Tidak seperti jerawat kistik, kata Schlessinger, jerawat ini memiliki warna yang mungkin sama dengan kulit atau berubah menjadi merah saat mengalami peradangan. Untuk pengubatan, dia menyarankan agar penggunaan antibiotik dan perawatan topikal yang disarankan oleh doktor kulit.

10. Jerawat Mechanica

Lily Talakoub, selaku ahli dermatologi, mengatakan, jerawat jenis ini terjadi sebagai akibat dari panas dan gesekan.

Jerawat jenis Mechanica

Selain itu, tekanan terhadap kulit, pemakaian perlengkapan olahraga atau pakaian olahraga basah, yang memicu peningkatan iritasi, dan kelebihan minyak juga dapat menyebabkan jerawat jenis ini. Talakoub juga mengatakan, jerawat jenis ini kerap disebut ‘sports-induced acne’ kerana kerap terjadi pada atlet. Untuk mencegah jerawat mechanica, beliau menyarankan agar kita segera mandi usai berolahraga atau berkeringat.

Sumber Asal

Tip Untuk Kurangkan Jerawat

Sekiranya jerawat tumbuh di wajah tanpa ada kompromi, ada tip untuk kalian lakukan iaitu kaedah rawatan secara dalaman ataupun secara luaran

Rawatan Secara Luaran

  • Cuci muka sebaiknya dengan 'Cleanser' yang sesuai.
  • Konsisten memakai masker.
  • Disiplin sapukan krim jerawat
  • Kawal stress dan banyakan bersenam / olahraga
  • Pakai pelembab muka yang bersesuaian dengan jenis kulit.

Rawatan Secara Dalaman

  • Minum air putih secukupnya setiap hari.
  • Dapatkan tidur yang berkualiti 
  • Perbanyakan makan makanan berserat.
  • Kawal stress dan banyakan bersenam / olahraga
  • Hindari makanan berminyak dan jenis kekacang.
  • Ambil makanan tambahan seperti vitamin A, C, E yang bagus untuk kulit kerana ianya bersifat anti-oksidan.
Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
-Yang pernah memiliki kulit rosak berjerawat-
Continue Reading

Wednesday, 1 July 2020

Pengalaman Kulit Berjerawat Teruk Pulih Dengan Set Radiant 4 Shaklee

Kulit flawless.
Kulit glowing.
Kulit gebu.

Semua tu adalah kriteria kehendak semua individu tanpa mengira jantina.

Semua inginkan kulit yang cantik dan sihat tanpa cela.

b
Kiri : Selepas (Sekarang)
Kanan: Sebelum

Pengalaman Sisyat sendiri menghadapi masalah kulit berjerawat sehinggakan sampai satu tahap seakan 'merajuk' dengan kulit sendiri.

Kulit Tanpa Jerawat Berubah Sekelip Mata.

Daripada zaman persekolahan sehingga zaman Uni, kawan-kawan yang mengenali Sisyat memang tahu kulit muka Sisyat memang licin tanpa sebarang cela.

Walaupun sebiji jerawat.

Tapi, di kala umur 30an segalanya berubah.

Jerawat tumbuh dengan suburnya dan membiak dengan ganasnya. Teruk sangat rasanya pada masa itu.

Punca Tumbuhnya Jerawat

Suntikan perancang keluarga menjadi punca kepada masalah jerawat Sisyat yang teruk.

Selepas kelahiran si kecil (perempuan), Sisyat rasa ingin berehat dan fokus kepada 3 orang ni saja. Lagipun kami telah diberi anugerah lelaki dan perempuan. Biarlah Sisyat berehat seketika.

Tiba-tiba, Sisyat dapat rezeki menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam ketika baby berumur 4 bulan. Rezeki sangat setelah 9 tahun bekerja secara kontrak tanpa kenaikan gaji dan caruman KWSP. Rezeki anak kan!

Dengan tawaran kerja ini dan juga keinginan nak berehat, makin kuat perasaan Sisyat nak ambil perancang keluarga. Syarat untuk sah jawatan dalam perkhidmatan awam, lantikan baru perlu menjalani kursus wajib selama seminggu. Ini akan menentukan pengesahan lantikan dalam perkhidmatan awam.

Sekiranya pegawai lantikan baru (wanita) mengandung dalam tempoh kursus wajib ini, pegawai berkenaan tidak akan dibenarkan mengikuti kursus ini dan perlu mengikuti pada sesi berikutnya. Kesannya adalah pada tarikh pengesahan jawatan dalam perkhidmatan. Semakin lambat mengikuti kursus ini, semakin lambat la pengesahan jawatan itu.

Dengan umur yang semakin "matang" kedepan, Sisyat ambil keputusan kursus ini perlu dibuat secepat mungkin dan Sisyat kena ambil perancang keluarga selagimana tidak hadir kursus berkenaan.

So, here we go!

Suntikan perancang Depo Provera atau ‘medroxyprogesterone acetate’ adalah yang paling popular menjadi pilihan Sisyat. Just try and error.

Seram juga bila baca kesan sampikan suntikan ini tapi selagi tak cuba sendiri, kita tak akan tahu kesanya.

3 Kali Suntikan Depo Provera Jerawat Subur Sangat

3 kali suntikan iaitu selama 9 bulan Sisyat setia dengan suntikan ini walaupun dalam tempoh ini jerawat tumbuh subur sangat.

Kedua pipi belah kiri kanan.
Bahagian dahi.

Kulit kusam teruk dan berjerawat

Mula-mula pertumbuhan jerawat

Jerawat semakin subur dan kulit makin rosak
Makin teruk bila dalam kawasan yang dilitupi tudung.

Makin geram apabila jerawat ini meninggalkan kesan parut hitam selepas dipicit. Ya Allah, makin stress dibuatnya. Makanya, lagi lah subur ia keluar. Semakin lama semakin teruk sehingga kemerah-merahan di pipi kiri kanan dan dahi.

Rawat Kulit Dengan Menjaga Rutin Penjagaan Kulit

Apabila kulit semakin teruk, Sisyat rasa kehidupan harian pun berubah. Tahap keyakinan diri semakin menurun.

Pemikiran salah Sisyat ketika itu ialah dengan tidak memakai apa-apa di wajah, ianya membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat.

Salah ye kalian!

Kerja seperti Sisyat yang perlu hadir mesyuarat dan ke tapak memerlukan tampil berkeyakinan dan kelihatan bersemangat sentiasa. Tapi bila 'self confidence' dah tiada, macamana nak nampak ceria dan yakin kan?

Jadi, Sisyat mencari solusi untuk masalah kulit ni.

Setelah lama mencari, akhirnya Sisyat terasa ingin mencuba cara k-beauty dengan teknik 10 langkah penjagaan kulit muka cara orang Korea.

Bermula bulan November 2019, Sisyat cuba mengumpulkan 'skincare' sepertimana 10 cara orang Korea menjaga muka.

10 langkah penjagaan kulit muka cara Korea (kBeauty)

10 langkah penjagaan kulit muka cara Korea memerlukan:
1. Pencuci muka jenis minyak
2. Pencuci muka jenis buih
3. Scrub
4. Toner
5. Essense
6. Serum / Ampoule
7. Eye cream
8. Moisturizer
9. Mask / Sheet mask
10. Sunscreen

Masa ni gigih belikan dulu 10 item tu. Tanpa mengira jenama asalkan yang bersesuaian dengan jenis kulit muka.

Tapi sebelum beli, Sisyat memang buat pengesanan jenis kulit muka dengan Beauty Consultant (BC) Mary Kay merangkap jiran di kawasan perumahan.

Kalian yang masih tidak tahu jenis kulit muka sendiri, adalah sangat bagus jika membuat pemeriksaan ini. Percuma sahaja dengan BC Mary Kay ni. Selain daripada BC Mary Kay, kalian boleh juga buat di spa yang memberikan khidmat ini selain di Aeon Wellness. Cuma Sisyat tak tahu harga yang di kenakan oleh premis ini.

Jenis kulit Sisyat adalah kulit kering.

Kulit kering cenderung kepada pembiakan jeragat dan kulit kusam. Jerawat tumbuh pula disebabkan perubahan hormon akibat suntikan perancang keluarga.

Dah jadi 2 masalah utama di situ. Jerawat dan jeragat.

Sungguh, sangat stress melihat muka sendiri di cermin.

Lima bulan Sisyat disiplin dan konsisten mengamalkan 10 langkah penjagaan kulit muka cara Korea. Hasilnya, jerawat makin kurang membiak dan kulit nampak lebih sihat dan bermaya. Tetapi parut hitam masih tetap wujud di situ.



I need more for that.

Sisyat kena buat sesuatu untuk parut ni. Perlu baikpulih dari dalam untuk kulit lebih halus dan mulus.

Set Radiant 4 Shaklee Merawat Masalah Kulit Jerawat

Setelah berkira-kira dengan bajet dan keperluan, Sisyat ambil keputusan untuk merawat jerawat dari dalam dengan Set Radiant 4 Shaklee.

Set Radiant 4 Shaklee mengandungi 4 item yang sinonim dengan kecantikan kulit selain daripada memberi kebaikan yang lain kepada badan kita. 

Set Radiant 4 Shaklee:

1. Collagen Shaklee
2. ESP
3. Vitamin C
4. GLA Complex

Baca sini:

Masa ni Sisyat gigih kumpulkan duit untuk beli semua item yang berkenaan.

Kulit lagi sihat dengan penjagaan luaran (kBeauty step) dan juga dalaman (Radiant 4 Shaklee)


Kulit Sisyat sekarang. Makin bersih dan sihat

Sekiranya kalian mempunyai masalah kulit berjerawat seperti Sisyat, jangan mengalah untuk menjaga semula kulit.

Yakin pada usaha dan konsistensi untuk merawat kulit anda.

Pasti ada jalannya jika berusaha. Jangan biarkan kulit kita terus rosak tanpa ada usaha untuk menjaga dan merawat semula.

Ingat, kulit ini akan dipakai sehingga akhir hayat. Dan, tugas kita sebagai pemiliknya adalah dengan menjaga pemberian DIA dengan sebaiknya.

Percayalah, rawat dari dalam dengan supplemen dan jaga luaran dengan 'skincare' adalah langkah yang sebaiknya untuk memelihara kulit agar sentiasa sihat dan cantik.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
-Yang pernah memiliki kulit rosak berjerawat-
Continue Reading

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.