Wednesday, 1 July 2020

Pengalaman Kulit Berjerawat Teruk Pulih Dengan Set Radiant 4 Shaklee

Kulit flawless.
Kulit glowing.
Kulit gebu.

Semua tu adalah kriteria kehendak semua individu tanpa mengira jantina.

Semua inginkan kulit yang cantik dan sihat tanpa cela.

b
Kiri : Selepas (Sekarang)
Kanan: Sebelum

Pengalaman Sisyat sendiri menghadapi masalah kulit berjerawat sehinggakan sampai satu tahap seakan 'merajuk' dengan kulit sendiri.

Kulit Tanpa Jerawat Berubah Sekelip Mata.

Daripada zaman persekolahan sehingga zaman Uni, kawan-kawan yang mengenali Sisyat memang tahu kulit muka Sisyat memang licin tanpa sebarang cela.

Walaupun sebiji jerawat.

Tapi, di kala umur 30an segalanya berubah.

Jerawat tumbuh dengan suburnya dan membiak dengan ganasnya. Teruk sangat rasanya pada masa itu.

Punca Tumbuhnya Jerawat

Suntikan perancang keluarga menjadi punca kepada masalah jerawat Sisyat yang teruk.

Selepas kelahiran si kecil (perempuan), Sisyat rasa ingin berehat dan fokus kepada 3 orang ni saja. Lagipun kami telah diberi anugerah lelaki dan perempuan. Biarlah Sisyat berehat seketika.

Tiba-tiba, Sisyat dapat rezeki menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam ketika baby berumur 4 bulan. Rezeki sangat setelah 9 tahun bekerja secara kontrak tanpa kenaikan gaji dan caruman KWSP. Rezeki anak kan!

Dengan tawaran kerja ini dan juga keinginan nak berehat, makin kuat perasaan Sisyat nak ambil perancang keluarga. Syarat untuk sah jawatan dalam perkhidmatan awam, lantikan baru perlu menjalani kursus wajib selama seminggu. Ini akan menentukan pengesahan lantikan dalam perkhidmatan awam.

Sekiranya pegawai lantikan baru (wanita) mengandung dalam tempoh kursus wajib ini, pegawai berkenaan tidak akan dibenarkan mengikuti kursus ini dan perlu mengikuti pada sesi berikutnya. Kesannya adalah pada tarikh pengesahan jawatan dalam perkhidmatan. Semakin lambat mengikuti kursus ini, semakin lambat la pengesahan jawatan itu.

Dengan umur yang semakin "matang" kedepan, Sisyat ambil keputusan kursus ini perlu dibuat secepat mungkin dan Sisyat kena ambil perancang keluarga selagimana tidak hadir kursus berkenaan.

So, here we go!

Suntikan perancang Depo Provera atau ‘medroxyprogesterone acetate’ adalah yang paling popular menjadi pilihan Sisyat. Just try and error.

Seram juga bila baca kesan sampikan suntikan ini tapi selagi tak cuba sendiri, kita tak akan tahu kesanya.

3 Kali Suntikan Depo Provera Jerawat Subur Sangat

3 kali suntikan iaitu selama 9 bulan Sisyat setia dengan suntikan ini walaupun dalam tempoh ini jerawat tumbuh subur sangat.

Kedua pipi belah kiri kanan.
Bahagian dahi.

Kulit kusam teruk dan berjerawat

Mula-mula pertumbuhan jerawat

Jerawat semakin subur dan kulit makin rosak
Makin teruk bila dalam kawasan yang dilitupi tudung.

Makin geram apabila jerawat ini meninggalkan kesan parut hitam selepas dipicit. Ya Allah, makin stress dibuatnya. Makanya, lagi lah subur ia keluar. Semakin lama semakin teruk sehingga kemerah-merahan di pipi kiri kanan dan dahi.

Rawat Kulit Dengan Menjaga Rutin Penjagaan Kulit

Apabila kulit semakin teruk, Sisyat rasa kehidupan harian pun berubah. Tahap keyakinan diri semakin menurun.

Pemikiran salah Sisyat ketika itu ialah dengan tidak memakai apa-apa di wajah, ianya membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat.

Salah ye kalian!

Kerja seperti Sisyat yang perlu hadir mesyuarat dan ke tapak memerlukan tampil berkeyakinan dan kelihatan bersemangat sentiasa. Tapi bila 'self confidence' dah tiada, macamana nak nampak ceria dan yakin kan?

Jadi, Sisyat mencari solusi untuk masalah kulit ni.

Setelah lama mencari, akhirnya Sisyat terasa ingin mencuba cara k-beauty dengan teknik 10 langkah penjagaan kulit muka cara orang Korea.

Bermula bulan November 2019, Sisyat cuba mengumpulkan 'skincare' sepertimana 10 cara orang Korea menjaga muka.

10 langkah penjagaan kulit muka cara Korea (kBeauty)

10 langkah penjagaan kulit muka cara Korea memerlukan:
1. Pencuci muka jenis minyak
2. Pencuci muka jenis buih
3. Scrub
4. Toner
5. Essense
6. Serum / Ampoule
7. Eye cream
8. Moisturizer
9. Mask / Sheet mask
10. Sunscreen

Masa ni gigih belikan dulu 10 item tu. Tanpa mengira jenama asalkan yang bersesuaian dengan jenis kulit muka.

Tapi sebelum beli, Sisyat memang buat pengesanan jenis kulit muka dengan Beauty Consultant (BC) Mary Kay merangkap jiran di kawasan perumahan.

Kalian yang masih tidak tahu jenis kulit muka sendiri, adalah sangat bagus jika membuat pemeriksaan ini. Percuma sahaja dengan BC Mary Kay ni. Selain daripada BC Mary Kay, kalian boleh juga buat di spa yang memberikan khidmat ini selain di Aeon Wellness. Cuma Sisyat tak tahu harga yang di kenakan oleh premis ini.

Jenis kulit Sisyat adalah kulit kering.

Kulit kering cenderung kepada pembiakan jeragat dan kulit kusam. Jerawat tumbuh pula disebabkan perubahan hormon akibat suntikan perancang keluarga.

Dah jadi 2 masalah utama di situ. Jerawat dan jeragat.

Sungguh, sangat stress melihat muka sendiri di cermin.

Lima bulan Sisyat disiplin dan konsisten mengamalkan 10 langkah penjagaan kulit muka cara Korea. Hasilnya, jerawat makin kurang membiak dan kulit nampak lebih sihat dan bermaya. Tetapi parut hitam masih tetap wujud di situ.



I need more for that.

Sisyat kena buat sesuatu untuk parut ni. Perlu baikpulih dari dalam untuk kulit lebih halus dan mulus.

Set Radiant 4 Shaklee Merawat Masalah Kulit Jerawat

Setelah berkira-kira dengan bajet dan keperluan, Sisyat ambil keputusan untuk merawat jerawat dari dalam dengan Set Radiant 4 Shaklee.

Set Radiant 4 Shaklee mengandungi 4 item yang sinonim dengan kecantikan kulit selain daripada memberi kebaikan yang lain kepada badan kita. 

Set Radiant 4 Shaklee:

1. Collagen Shaklee
2. ESP
3. Vitamin C
4. GLA Complex

Baca sini:

Masa ni Sisyat gigih kumpulkan duit untuk beli semua item yang berkenaan.

Kulit lagi sihat dengan penjagaan luaran (kBeauty step) dan juga dalaman (Radiant 4 Shaklee)


Kulit Sisyat sekarang. Makin bersih dan sihat

Sekiranya kalian mempunyai masalah kulit berjerawat seperti Sisyat, jangan mengalah untuk menjaga semula kulit.

Yakin pada usaha dan konsistensi untuk merawat kulit anda.

Pasti ada jalannya jika berusaha. Jangan biarkan kulit kita terus rosak tanpa ada usaha untuk menjaga dan merawat semula.

Ingat, kulit ini akan dipakai sehingga akhir hayat. Dan, tugas kita sebagai pemiliknya adalah dengan menjaga pemberian DIA dengan sebaiknya.

Percayalah, rawat dari dalam dengan supplemen dan jaga luaran dengan 'skincare' adalah langkah yang sebaiknya untuk memelihara kulit agar sentiasa sihat dan cantik.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
-Yang pernah memiliki kulit rosak berjerawat-

34 comments:

  1. wahh bagus produk ni
    kulit akak makin cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih litah :-)
      semua nikmat dariNya :-)

      Delete
  2. Jerawat ni selalunya hormon kan, hmmm dan stress.. nak kawal pun susah .
    thank you sharing 10 tips korean tu.. sngt2 diperlukan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahh, jerawat bpunca dari hormon yg kacau. Kena rawat hormon tu dulu.

      Yang step korea tu, sisyat sngat tertarik dengan result skin diorg yg skin glass tu 😅

      Delete
  3. Ramai yang fokus menjaga kecantikan dengan mengamalkan produk di luaran sahaja. Sebenarnya masalah hormone kita pun efek kepada kulit wajah kita. Penghasilan minyak berlebihan dan parut hitam di wajah. Pemakanan suplimen memang penting. Sebab diri kita kadang tak amalkan diet yang seimbang. Minum air kosong banyak pun susah. Hahaha. Tahniah akak dah dapat kulit cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ruby.kena jaga dalaman sebenarnya. Bila dalaman sihat, mmg akan terserlah kesannya.

      Delete
  4. wahh nampak ketara betul perbezaan sebelum dan selepas tu! selalu dengar juga keberkesanan produk Shaklee ni. Apa-apapun kalau memilih produk kena konsisten juga penggunaannya baru nampak kesannya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Nak nampak kesan kena konsisten dulu produk tu 😊.

      Delete
  5. Perempuan dan jerawat berpisah tiada. Nanti bolehla saya rekemen kat wife untuk pakai produk penjagaan jerawat ni. Sian dia ada bulan, jerawat naik banyak. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat bff là jerawat ni dengan kitorg.. sedeyy 😣.
      Tapi setiap masalah ada jln selesaikan. Boleh la kalau nk rekemenkan kat wife 😊

      Delete
  6. Nampak glowing lepas sisyat makan Shaklee tu ya. Kita dah masuk 3 series ni memang kena ambil supplemment tambahan kan? Nak kena ambil juga la nanti. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 series mmg perlu miera amik suplemen 😊

      Delete
  7. Good sharing! Memang nampak betul perubahannya tu. Tp btl utk pastikan kulit cantik bebas dr masalah kena jaga darindalam sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikmin. Betul tu, rawat dari dalam sangat penting sebenarnya 😊

      Delete
  8. Shaklee pun ada beauty set juga rupanya. Secondary school pernah hadapi kulit bermasalah. Hormon orang tua2 cakap. Masa tu tak konsisten apa produk. Tuptup hilang. Lepas kahwin pun alhamdulilah. Hmm betul tu penjagaan mesti dari dalam. Kena rajin minum banyak air dan suplemen pun main peranan. Baguslah ya sisyat kulit awak dah back to normal! Comel lote!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, lama jugak nk pulih balik.. :-)

      Delete
  9. Alhamdulillah. btw ramai juga suggest guna produk shaklee ni kalau ada masalah jerawat. so memang bagus la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, setakat ni ramai yang terima efek positif :-)

      Delete
  10. Tengok pada keserasian juga kann, sebab adik Sis guna, bertambah naik jerawat dia... tak tau kenapa.. then stop rehat kejap, elokk.. tak tau le kenapa, tak serasi agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik sislin guna produk shaklee nama apa? boleh sisyat tahu? :-)

      Delete
  11. Sungguhkan, bila muka berjerawat teruk, automatik kurang rasa yakin tu. baguslah bila dh jumpa produk yg serasi dgn kulit

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah jumpa yang sesuai, mmg tak tinggal dah :-)

      Delete
  12. Wah ternyata berkesan, tried their supplements before bagus juga kualiti nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. dah try sendiri, baru tahu sesuai ke tak kan :-)

      Delete
  13. Muka yg berjerawat mmg susah skt nak jaga silap2 muka npk berlubang2, eloklah ada produk Set Radiant 4 Shaklee ni kena beli satu klu nak npk kulit wajah kembali cantik

    ReplyDelete
  14. adoi.. bila masalah jerawat muncul, memang habis down rasa kerdil sangat diri ni sekaligus mood pun kacau.. hee~ bagus ya set Radiant ni.. biasa saya consume vitamin C shaklee je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vitamin C sangat bagus la sisyat rasa.. sangat2 membantu masalah kulit :-)

      Delete
  15. Sangat stress kan bila muka ada jerawat ni, masa 1st and 2nd years kat universiti, memang teruk muka berjerawat.. Syukur dah jumpa solusi masa 3rd years sampai skrg. Back to the topic, Shaklee memang produk tiptop juga kan.. banyak baca review yang bagus about produk2nya... selain itu, yang jadi agent pun dapat jana pendapatan lumayan.. Bagus tue..

    ReplyDelete
  16. Nak ikut style korea punya skincare memang kena disiplin sebab banyak. Iza pun amalkan shaklee jugak. tapi iza consume esp dgn vit c. hehe

    ReplyDelete
  17. wah nampak beza kulit after consume shaklee..ciktom on tgh mkn esp, vit c, zinc dgn oste..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.