Monday, 28 September 2020

Tanda-Tanda Dan Gejala Sembelit Yang Perlu Diketahui

Sembelit merupakan satu keadaan yang sering dihadapi oleh individu yang mempunyai masalah dalam pembuangan najis atau sistem pencernaan.


Tanda-Tanda Dan Gejala Sembelit Yang Perlu Diketahui


Gejala Sembelit Yang Patut Diketahui

Sembelit sebenarnya merupakan satu gejala atau satu masalah dalam sistem pencernaan dan ianya bukan satu penyakit. Walaubagaimanapun, setiap orang pernah mengalami masalah sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya adalah disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Sembelit berlaku apabila kekerapan membuang air besar menjadi semakin berkurangan dan menghadapi kesukaran ketika ingin membuang air besar.

Tanda-Tanda Dan Gejala Sembelit 

Setiap orang yang mengalami masalah sembelit mempunya gejala yang berbeza. Namun, berikut adalah antara gejala sembelit yang sering dihadapi oleh orang yang menghadapi masalah ini:-
  • Kurang mempunyai selera makan
  • Kembung, rasa kejang atau sakit pada perut
  • Tidak membuang air besar selama beberapa hari.
  • Ketika membuang, najis yang terhasil adalah keras dan kering.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembt pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-Sebab Dan Punca Sembelit

Bagaimana proses sembelit berlaku?

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap terlalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menjadikan najis bergerak ke arah kolon dalam keadaan terlalu perlahan.

Akibatnya, najis menjadi terlalu keras dan kering.

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan ataupu najis.

Pengecutan otot pada kolon akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Ketika sampai ke rektum, ianya telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sebab-Sebab Berlakunya Sembelit
  • Tidak mengambil makanan berserat dalam diet harian
  • Kurang melakukan aktiviti fazikal
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable Bowel Syndrome)
  • Perubahan dalam kehidupan rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan membuang air besar
  • Kurang penambilan air dalam diet harian
  • Mempunyai masalah dengan kolon dan rektum
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik)

Apakah Kesan Dan Komplikasi Sembelit

Sembelit yang berpanjangan dan serius boleh menyebabkan buasir berlaku. Buasir terjadi apabila berlaku kesan koyakan pada kulit di sekeliling anus (Anal Fissure) disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar

Ia berlaku kerana najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya mungkin akan berlaku pendarahan pada rektum dimana darah akan kelihatan pada permukaan najis.

Selain itu, regangan juga boleh menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar ataupun untuk membaiki lapisan yang terjatuh.

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum dengan ketat yang mana penolakan najis secara normal tidak mampu membawa najis keluar.

Ini dikenali sebagai Fecal Impaction dan biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur.

Langkah Pencegahan Dan Rawatan Untuk Masalah Sembelit

Dalam membantu masalah sembelit yang dihadapi, tips mudah seperti berikut mungkin boleh membantu:
  • Makan pelbagai jenis makanan yang berasaskan kekcang, bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
  • Minum air secukupnya.
  • Melakukan aktiviti senaman secara berkala.
  • Elakan untuk menahan rasa untuk membuang air besar
  • Perkara utama dalam merawat masalah sembelit ialah dengan memastikan pengambilan air kosong adalah mencukupi dalam diet harian selain memakan makanan yang berserat tinggi.
Pengambilan air kosong yang mencukupi membantu masalah sembelit

Jika anda tidak mampu menahan sakit terlampau, langkah terbaik berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan rawatan atau ubat untuk membantu atasi sembelit. 

Ubat melembutkan najis akan diberikan bergantung kepada keseriusan masalah itu.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
-Yang pernah mempunyai masalah sembelit dan buasir-
Continue Reading

Saturday, 26 September 2020

Info Produk : Herb Lax Shaklee (Fungsi , Kebaikan dan Keistimewaan Serta Harga)

Anda mengalami masalah pencernaan?
Sembelit?
Susah membuang?

Di Shaklee, kami sediakan satu produk yang sangat di sarankan dalam proses detoksifikasi iaitu Herb Lax Shaklee. 

Item yang sangat hot kepada individu yang mempunyai masalah berkenaan.

Apa itu Herb lax Shaklee?

Herba Lax Shaklee adalah produk yang dikeluarkan khas untuk membantu anda dalam proses pencernaan. Ianya merupakan agen detox yang dihasilkan dengan herba-herba semulajadi bagi membantu masalah sembelit dan tidak lawas membuang.

Kandungan Herb Lax Shaklee
9 Bahan Utama Herb Lax

Herb Lax di hasilkan oleh Shaklee dengan 9 bahan semulajadi terdiri daripada herba-herba yang bagus untuk proses detoks iaitu:
  • Daun Sanna
  • Likouris
  • Daun Alfafa
  • Akar Culver
  • Jintan Hitam
  • Bunga Mullow Biru
  • Jintan Manis
  • Akar Rhubarb
  • Kulit Pokok Buckthorn
Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan. 

Almaklumlah perut adalah rumah segala penyakit.

Keistimewaan Herb Lax Shaklee

Keistimewaan Herb Lax Shaklee adalah kerana campuran 9 herba terpilih terbaik dalam bantu mencuci usus. Pernah dengar quote yang mengatakan 80% penyakit adalah berpunca daripada dalam perut?
  1. Daun Sanna - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  2. Likouris - membantu proses detoksifikasi
  3. Daun Alfafa - membersihkan usus, darah dan hati.
  4. Akar Culver - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  5. Jintan Hitam - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  6. Bunga Mullow Biru - membantu proses detoksifikasi danmengimbangi tekstur kulit
  7. Jintan Manis - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah semebelit dan kembung perut atau usus.
  8. Akar Rhubarb - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik
  9. Kulit Pokok Buckthorn - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus
Fungsi Herb Lax Shaklee
Fungsi Herb Lax Untuk Ransang Pergerakan Usus Bagi Melancarkan Proses Perkumuhan
  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.
Baca juga:


Siapa Yang Perlukan Herb Lax Shaklee
  • Mereka yang mengalami masalah sukar membuang / sembelit
  • Yang mengalami masalah jerawat yang sukar untuk dikawal
  • Individu yang baru mula mengambil suplemen dan ingin mencuci usus
  • Mereka yang ingin kurus / slim / menurunkan berat badan.
  • Individu yang mengalami masalah badan berbau.

Mengikut saranan Nutritionist Shaklee, Herb Lax Shaklee di sarankan kepada orang dewasa dan kanak-kanak 12 tahun ke atas.

Bagi peringkat umur ini, disarankan boleh ambil 2-4 tablet sekali sehari selepas makan secara selang sehari. Tidak perlu diambil setiap hari.

Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, anda perlu rujuk dengan doktor anda sebelum mengambil keputusan untuk mencuba Herba Lax.

Harga Herb Lax Shaklee

Harga Herb Lax Shaklee bagi Ahli Shaklee dan Bukan Ahli Shaklee adalah berbeza.
Harga Herb Lax Shaklee

Ahli Shaklee : RM46.00

Bukan Ahli Shaklee: RM57.50

1 botol Herb Lax Shaklee mengandungi 120 biji tablet. Penggunaan sehingga 2 bulan sekiranya mengambil 4 biji selang sehari.

Sekiranya kalian ingin mendapatkan dengan harga lebih jimat sehingga 20%, adalah disarankan untuk berdaftar sebagai Ahli Shaklee.

Baca juga:

Bagaimana Herb Lax Bertindak Kepada Usus?

Usus kita adalah tempat berlakunya penyerapan nutrient makanan yang kita makan. Sebab itulah, pentingnya menjaga usus daripada segala toksin yang terhasil daripada pemakanan kita,

Apabila usus kita tidak melalui proses detoksifikasi atau pembersihan usus dengan efisient, akan terdapat banyak kerak atau kotoran di permukaan usus. Ini akan menggangu proses penyerapan nutrient secara optimum.

Dan, jika badan tidak dapat menyerap semua nutrient daripada makanan yang diambil, maka akan mula muncul pelbagai penyakit lain.

Kebiasaanya, apabila usus kita sangkut dengan kerak-kerak tadi ia akan membuatkan perut rasa tidak selesa dan akan terjadinya punca sukar membuang ataupun sembelit. 

Itu yang ada 2-3 hari sekali baru nak membuang.

Doktor sendiri sarankan ambilkan buah-buahan atau sayuran yang mengandungi banyak serat untuk membantu melawaskan sistem pencernaan kita. Jika dibandingkan dengan mak ayah atau atuk nenek kita dulu, mereka biasanya makan ulam-ulam dan sayuran bagi melawaskan perut dan usus mereka.

Berbanding dengan kita di zaman serba canggih ni, ulam-ulam dan buah-buahan adalah bukan makanan utama seperti mereka. Setuju tak?

Sekiranya kalian ingin memiliki Herb Lax Shaklee, boleh hubungi kami di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk maklumat lanjut.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Friday, 25 September 2020

Testimoni Herb Lax Shaklee : Tiada Lagi Masalah Pencernaan Atau Sembelit

Setiap pagi adalah waktu yang paling bagus untuk melakukan proses pencernaan.

Apabila usus melakukan proses pencernaan, perut akan rasa selesa dan produktiviti sepanjang hari akan lebih baik.

Sebab itu la proses pencernaan perlu lancar.

Tiada masalah sembelit.

Tiada masalah susah membuang.

Tiada masalah buasir.

Di Shaklee, kami ada satu produk yang sangat menjadi kehendak kerana membantu masalah pencernaan.

Ianya ialah Herb Lax Shaklee.

Koleksi Testimoni Herb Lax Shaklee

1)Testimoni Herb Lax Shaklee : Senang Membuang Waktu Pagi

Testimoni Herb Lax Shaklee : Senang Membuang Waktu Pagi


"Saya sesekali je ambil Herb Lax. Tapi bila sesekali ambil tu rasa best sangat. 

Selalunya memang membuang sekali setiap pagi. Bila makan Herb Lax, membuang lebih dari sekali.

Makan banyak pun tak apa. Sebab akan dibuang juga nanti. Terasa ringan je perut sebab tak ada lagi sisa-sisa tak guna tu"

2)Testimoni Herb Lax Shaklee : Masalah Sembelit Tiada Lagi

Testimoni Herb Lax Shaklee : Masalah Sembelit Tiada Lagi

"Salam Jumaat semua. Nak share pengalaman sendiri.

Saya ada masalah sembelit yang agak teruk. Kadang-kadang seminggu dua kali baru membuang, itu pun agak susah.

Lepas dah consume Herb Lax, tiada lagi masalah sembelit. Setiap pagi mudah je nak membuang. Badan pun rasa cergas je"

3) Testimoni Herb Lax Shaklee : Membantu Masalah Buasir

Testimoni Herb Lax Shaklee : Membantu Masalah Buasir

"Alhamdulillah, customer ambil Herb Lax untuk slimming, tapi membantu juga masalah buasir dia.

Kalau nak membuang senang sahaja"

4) Testimoni Herb Lax Shaklee : Pembuangan Menjadi Lancar Dan Tiada Lagi Sembelit

Testimoni Herb Lax Shaklee : Pembuangan Menjadi Lancar


"Hai semua. Saya adalah pengguna Lecithin Shaklee dan Herb Lax yang tegar.

Saya kurus tidak, tapi masalah pembuangan saya jadi lancar. Saya bukan sembelit, tapi saya tidak pernah ada rasa nak buang air besar."

5) Testimoni Herb Lax Shaklee : Senang Membuang Dan Berat Makin Turun

Testimoni Herb Lax : Senang Membuang Dan Berat Makin Turun


"Salam, saya nak share mengenai Lecithin, Alfafa dan Herb Lax.

Dahulu saya memang mengalami masalah sembelit dan kadang-kadang keluar darah ketika buang air besar. Walaupun saya banyak minum air dan makan buah, tapi tetap susah membuang. Kepala jadi pening.

Selepas mencuba Alfafa dan Lecithin, saya dapat membuang setiap hari. Bila ambil Herb Lax pula, makin lawas jadinya. Berat pun makin turun"

Sekiranya kalian ingin memiliki Herb Lax Shaklee, boleh hubungi kami di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk maklumat lanjut.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara

Continue Reading

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.